BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Tuesday, September 06, 2016

RUU 355 : Perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong? - Mujahid

Hadi perlu jelaskan usul persendirian yang dibuat sebelum dilihat agama sebagai
bahan mainan politik semata-mata.
   Baru-baru ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dibidas PAS sebagai “tidak beradab” selepas beliau dilapor mempertikai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mewajibkan umat Islam menyokong usul Hadi itu.

   Datuk Mujahid berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

“Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

 “Isu sebenarnya ialah pertama dia (mufti) minta ahli Parlimen Islam wajib sokong (usul RUU355), saya menjawab bagaimana saya boleh menyokong sesuatu sedangkan benda itu tidak dibahas lagi.

 “Sebagai seorang mufti dia harus kena faham peraturan parlimen, kalau dia orang awam saya tidak kisah.

  Secara umumnya saya tidak menidakkan apa yang mufti cakap, tetapi perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong.

   “Lepas bentang usul itu kena bahas, bahas itu tidak semestinya saya menolak dan bahas itu juga tidak semestinya saya menerima bulat-bulat apa yang diminta, tidak pernah terkeluar dari mulut saya perkataan menolak tetapi perlu teliti dahulu,” katanya.

 Mujahid berkata tidak perlu terlalu emosi menyalahkan pihak yang tidak menyokong RUU 355 dan menuduh mereka menentang Islam kerana isu tersebut terlalu teknikal. (Sila baca RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib)

 Sementara itu dilaporkan, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, Amanah tidak ada masalah menyokong rang undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, tajaan PAS dengan syarat ia menjelaskan lebih lanjut mengenai pindaan itu.

 Khalid Samad berkata terdapat kekeliruan terhadap usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu kerana ia dibentangkan tanpa dibahas dan dijelaskan maksud usul berkenaan.

 “Ada yang mendakwa ianya berhubung perlaksanaan hudud di Kelantan dan ada yang kata ianya tiada hubungan dengan soal hudud. Ada yang kata ianya bercanggah dengan perlembagaan dan ada yang kata sebaliknya,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat Amanah di sini.

 Amanah menganggap tindakan membaca usul itu tanpa bahas dan menangguhkan perbahasan selama 5 bulan bukan sahaja tidak berhemah tetapi tidak bertanggungjawab. ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Timnajib Jomfikir said...

RUU 355 yang cuba dibawa persendirian oleh MP Marang(Hadi Awang) adalah mainan politik semata2. Buktinya, disokong oleh Menteri tak pakai tudung, bersifat serupa jantan dan apabila diminta oleh dewan speaker untuk dibahaskan...boleh pula..minta ditangguhkan. Serius kah...RUU 355 persendirian Hadi Awang ini...?


Azim Alias said...

Betullahhhh.... Belum bahas lagiiii.... Takkan main sokong jeeee..... In Syaa Allah dah bahas dan dah tahu A to Z barulah boleh buat keputusan utk sokong ke tidak

Anonymous said...

Kesilapan rakyat marang melantik orang tolol menjadi wakil rakyat mereka..mereka kena sedar org yg belajar agama tidak semestinya menjadi warak dan pandai jika hati hitam dan berkarat.

Mat Safian said...

Dr. Mujahid sepatutnya tak perlu terkejut dgn kenyataan hentaman PAS yg cuba mengatakan AMANAH tak menyokong RUU 355. Dia kena sebut sokong saja kerana dia berada di luar dewan parlimen. Dia kena faham, orang awam sebenarnya tak faham istilah undag2 dlm parlimen seperti 'Bentang Usul', 'Bahas Usul', 'Sokong Usul', 'Tolak Usul' dan sebagainya.

Org awam hanya faham dua perkara, 'sokong' atau 'tidak'. Jd tidak salah jika Dr. Mujahid sebut sokong RUU 355 walaupun belum bahas. Ia taktik politik UMNO-PAS utk quotes kata-kata ahli politik AMANAH dan menlabelnya dgn tanggapan negatif.

Mufti WP lebih bijak kerana beliau faham akan 'kedangkalan org awam' tentang undang2 khususnya walaun2 PAS yg suka hentam semborono. Mufti tahu bhw walaun2 PAS dah anggap PAS macam agama sementalah PAS sendiri pun guna nas2 al-quran dan hadith utk menutup kemungkaran sendiri.

Anonymous said...

Mujahid tak nak komen ke persatuan hokkien yg awal2 lg dah kempen tolak ruu355...gunalah ayat belum bentang lg tu kt geng hokkien tu...ke takut abg DAP marah...kahkahkah...

Anonymous said...

Asalkan bunyi nya RUU 355, terus sokong. Asalkan ada selit perkataan 'Islam' terus wala'.

Sepatutnya terus dibahas. Tidak jadi lah saling salah menyalahkan. Ini ditangguh 5 bulan.. memang tidak bertanggungjawab punya MP.

Anonymous said...

Untuk sokong kena lah dibahas.

Yang hokkien tolak ialah apa yang di bentang oleh Hadi. Mereka bukan tolak apa yang di bahas tetapi mereka tolak apa yang di bentang !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...