BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Monday, September 05, 2016

Siapa itu lelaki bernama Husam Musa

  Berikut adalah sebuah catatan ringkas oleh Syam Ghaz, Setiausaha R yang menerangkan Siapa itu lelaki bernama Husam Musa.

 Menurut pengakuannya, Syam Ghas ini bukan anak usroh Husam Musa, apatah lagi anak buah dan saudaranya. Beliau menulis daripada pemerhatiannya.

 Kebetulan pula, catatan (khususnya yang kelima) Syam Ghaz ini walaupun telah ditulis seawal September 11, 2013 lalu, ianya amat menarik untuk sama-sama kita renung dan mengimbal tuduhan 'Jahil Agama' yang dilontarkan kepadanya oleh Hj Hadi.

HUSAM MUSA YANG KU KENALI - Syam Ghaz

  September 11, 2013 : Mula mengenali beliau sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, hingga digelar "newsmaker" oleh Malaysiakini kerana kebijaksanaan beliau mengutarakan isu-isu di Parlimen. Waktu tu aku jadikan dia sebagai 'Benchmark' dalam gerakan jemaah.

  Alhamdulillah bertuah selepas tamat pengajian, dapat tawaran kerja di Pusat Kajian Strategik (PKS), waktu PAS berada dalam keadaan majoriti 1 Kerusi, kritikal dan bila-bila masa Kerajaan boleh bertukar tangan.

 Peranan aku bersama rakan dari Tabung Amanah Tok Kenali (pada waktu itu Pengarahnya Saifuddin Nasution Ismail, boleh dikatakan waktu paling cemerlang TATK adalah pada zaman kepimpinan beliau) pada waktu tu adalah program Bunyanum Marsuss aka Tamrin Pimpinan diseluruh DUN di Negeri Kelantan, yang diketuai oleh Mantan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Hussein yang dulu merupakan rakan sepejabat dan mantan Setiausaha Politik TGNA iaitu saudara Hj Anual Bakri, hendak lihat kehebatan beliau lihatlah kejayaan beliau semasa menjadi SUP.

 Nadi utama program tersebut adalah arwah Ustaz Wan Jamil dan arwah Ustaz Yahya Othman, Al-Fatihah untuk mereka berdua. Program ini sangat berkesan dan impaknya boleh dilihat kepada kekuatan Jentera PAS semasa PRU12, dimana PAS menang 40 kerusi (kemudian kalah satu di DUN Galas pada PRK) daripada hanya 24 kerusi (kemudian tinggal 23 selepas kalah di Pengkalan Pasir), pertambahan 16 kerusi. Di belakang tabir program ini adalah Dato Husam Musa, yang mana Saifuddin Nasution adalah rakan rapat beliau. Melihat kepada kebijaksanaan mereka berdua pada waktu itu, boleh dikatakan mereka seperti dua butir permata untuk PAS Kelantan selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Kedua perananku adalah untuk mengendalikan Kajian Prestasi DUN/Parlimen di seluruh Kelantan, dari sini aku dan rakan-rakan terpaksa turun membuat kajian prestasi YB di setiap DUN. Disinilah ku kenal setiap orang "Tok Wakil PAS", pandangan pengundi kepada pimpinan dan kerajaan Negeri, kekuatan jentera dan dun/parlimen mana yang 'pick up' buat kerja parti. Daripada sini, ku tahu macamana Husam Musa kerja di DUN Kijang, DUN yang dianggap paling lemah dalam Parlimen Pengkalan Chepa, daripada DUN paling lemah, selepas dikendalikan oleh beliau, DUN Kijang menjadi antara DUN 'Top 10' terbaik dari segi kerja-kerja politik, jentera dll. Dan tidak terkecuali DUN-DUN lain, dari sini ku kenal siapakah "tok wakil" yang buat kerja dan tidak secara terus dari mata rakyat, jentera dan orang awam.

 Ketiga berkaitan projek-projek Ekonomi Baru yang akan dibuat di Kelantan, pada waktu itulah muncul Projek Gaharu, Projek Dinar Emas, Projek Kifalah, Projek Kambing Jamnapari dan penubuhan PMBK Sawit dengan mengambil alih tanah FELCRA yang sehingga kini berjaya menyumbang lebih RM49 juta kepada Kerajaan Negeri dan PMBK serta anak-anak syarikat lain. Dari mana ia datang dan kenapa ia hadir? ku tahu apa yang terjadi di belakang tabir. Idea untuk memenangkan PAS Kelantan pada waktu PRU12 itu banyak datangnya dari "mat buku" si Husam Musa dengan disokong padu oleh sifu beliau yang tidak lain dan tidak bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tidak dinafikan sumbang dari Exco dan YB2 lain. Projek tersebut adalah benda baru yang mematikan serangan UMNO Kelantan pada waktu itu yang amat agresif menyerang Kelantan dan projek-projek tersebut memberi kesan signifikan kepada kemenangan besar PAS Kelantan pada PRU12. Kejayaan terbesar projek projek diatas adalah menyelamatkan PAS Kelantan yang pada waktu itu 'nyawa-nyawa ikan' selepas PRU11 dengan tidak menafikan sedikit sebanyak kelemahan yang berlaku dan boleh dibaiki.

 Keempat, ku kenal Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri adalah majikan aku pada waktu itu (pasca PRU11-12). Secara jujur dan ikhlas ku katakan,aku respek cara kerja Husam Musa dan aku boleh bandingkan cara kerja Exco-Exco lain, hingga aku jadikan Husam Musa adalah "Benchmark" aku dalam profesionalisme kerja harian. Ideanya cukup kritis dan kreatif, hanya yang mahu terus maju kehadapan sahaja yang akan menjiwainya.

 Kelima dan terakhir sebelum sambungan pasca PRU12, bagaimana peribadinya? Yang ku kenali beliau walaupun bukan seorang "Ustaz" tetapi beliau adalah anak kepada seorang Tok Guru Hj Musa, yang cukup terkenal pada zaman dulu. Mulutnya sentiasa lekat dengan bacaan Al-Quran dan wirid-wirid, perbualan dengannya tidak memburukan orang dan ceramahnya tidak menyerang peribadi atau memburukan orang lain. Rumahnya penuh dengan buku-buku hingga bukunya terpaksa diletakkan di Pustaka Az-Zahra akibat tidak muat dirumanya di Kg Kota, sampaikan jika aku ingin membaca buku-buku yang dibacanya aku terpaksa ke Pustaka Az-Zahra. Jika anda tak percaya, naiklah kereta dengan beliau, beliau hanya bercakap benda yang perlu dan nak dibincangkan sahaja, lepas tu beliau akan baca ayat-ayat Al-Quran. Jika yang tidak mengenali peribadi beliau mungkin akan mengatakan beliau ni "agah", tetapi selepas mengenalinya beliau adalah sebaliknya, jika tak percaya lihatlah sikapnya dengan rakyatnya di DUN. Berkenaan ilmunya, jika anda hendak menilai beliau pergilah semasa Kuliah Ilmu hari Jumaat sewaktu beliau mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang paling ku minat bila beliau tafsir Surah Yusuf. Ataupun jika ada mana-mana yang ingin mempertikaikan ilmu dan keupayaan beliau dari sudut agama, mungkin kita boleh adakan debat, wacana, diskusi, seminar dll untuk beliau bentangkan dan sama-sama kita nilainya. Ilmunya dari mana? Daripada ayahnya, daripada murabi kita semua, beliau adalah salah seorang anak usroh kesayangan arwah Ustaz Yahya Othman, daripada TGNA, daripada Alim Ulama yang beliau kenal di peringkat Malaysia dan Antarabangsa, lihatlah jaringan ilmu dan hubungan beliau dengan alim ulama besar yang beliau kenali untuk mengenali beliau.

 Akhirnya, Rasulullah SAW adalah idolaku sepanjang hidupku, Tok Guru Nik Aziz adalah ikon hidupku dan Husam Musa ku jadikan Benchmarkku dalam gerak kerja aktivisme dan ngo-ngo besar yang ku dan rakan2 kendalikan. Ilmu dan cara kerja daripada budaya kerja Husam Musa, ku terapkan dalam sebuah ngo bernama "R", yang umurnya baru setahun jagung tetapi sudah sebaris dengan ngo-ngo besar seperti BERSIH, ANTI LYNAS, ANAK dan berjaya memberikan impak besar pada PRU13 lalu.

 Tulisan ini tiada niat untuk menaikan sesiapa, apatah lagi menjatuhkan sesiapa, aku hanya berkongsi pemerhatianku kepada seorang insan bernama Husam Musa yang Ku Kenali. Kini beliau tidak dan Tok Guru Nik Aziz tidak lagi berada dalam saf Exco Kelantan, tsiqah ku pada mereka tetap ada selagi mereka tidak melanggar hukum Allah SWT.

 Aku Insan Biasa, Husam Musa Benchmark-ku'

 Syam Ghaz.

 Komen al-Husseyn :

  Moga akan ada mana-mana pihak yang akan berusaha untuk menganjurkan pertemuan antara Hj Hadi vs Husam Musa.

  Beri p3eluang Hj Hadi  yang melabel Husam sebagai 'Jahil Agama' agar dapat membuktikan kebenaran tuduhannya itu di khalayak ramai diatas satu pentas bersama Husam Musa.

 Sila adakan debat, wacana, diskusi, seminar;  supaya orang ramai dapat menilai sejauh mana benarnya tohmahan Hj Hadi tersebut.
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Apabila yang dianggap ulamak dijadikan seperti Rahib maka inilah jadinya. Anak kunci syurga seolah-olah berada ditangan mereka.

Anonymous said...

Setuju sgt2 dgn tuan,,

Anonymous said...

Debat bukan budaya kita, ini budaya umno dan pas jangan ikut, kalau tak mahu ditolak anak muda.

Anonymous said...

Xyah g jauh2 nilai je sendiri kata2 husam yg berfakta berbanding hadi yg suka melabel...situ blh tau siapa yg jahil agama..

Anonymous said...

Hadi x setaraf husam..husam pejuang rakyat..hadi pejuang dedak..

Anonymous said...




Betapa bersahajanya Husam membaca hadis dan ayat2 Quran

Hadis dan ayat2 Quran ibarat air terjun yg mengalir tak putus2 dibibirnya

Hadis n ayat2 Quran yg dibawanya itu sentiasa menepati citaRASA jiwa2 kosong yg bnar2 dahaga mencari sbnar2 hakikat KBNARAN ddlm konteks & situasi masaalah yg sdang dihadapi oleh rkyt dinegara ini

Dgn bacaan hadis n Quran serta urutan HARFIAH yg tepat dan jls, sudah tentu mrk yg dikalangan PRASAN sbg "ulamak" akan bnar2 rasa tercabar...dan sudah tentu mrk pulak yg TERASA "jahil" jk dibandingkan dgn Husam..

...lantas dgn TAKDIR drpd NYA terpantul lah perkataan "jahil" itu dari mulut yg dah pun terpukau dgn sbnr2 karisma Husam itu kini, lantaran TERASA akan ketololan dan "kejahilan" dirinya sendiri..


...dan dia akan terus dgn ketololan dan kejahilan nya itu, terus2an sentiasa membuka pekong BANGKAI dirinya sendiri, SAKSIKAN lah yer yg seterusnye nnti..!





Timnajib Jomfikir said...

Tak beranilah Hadi Awang tu...! Saya rapat dengan arwah TGNA melalui kaset pun...org dah tak percaya.

Jangan ckp org....jahil agama...nanti buruk padahnya. Saman Sarawak Report..jangan buat2 lupa pulak!

Anonymous said...

Sayang sekali PAS memecat Husam.. Lepas satu skru boleh rosak semua enjin.... Boleh ganti skru lain tapi tret tk sama... Tu jer. Ancient Mariner

pak maun said...

Setuju

Anonymous said...

Sila baca hikayat si baju merah petak2 karangan blogger@penganalisis penyokong husam musa no satu iaitu MSO@sayuti omar diblog diarymaya beliau...masa tu boleh kenal siapa husam musa...hussin jgn kata x kenal plak sayuti omar tu sapa hehehe

Anonymous said...

Sayuti omar mso kata husam ni pengamal politik baling batu sembunyi tangan dan seorang individu oportunis yg sanggup membuat apa sahaja demi kepuasan diri waima hingga sanggup melakukan rasuah demi melepaskan burung kakaktua yg cuba diseludup dari airport medan...kahkahkahkah...mso ni lupa nk delete blog diary maya hikayat si baju merah petak petak kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...