JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, September 09, 2016

SOLIDARITI BUAT SDR. MAZLAN ALIMAN*

Sdr. Mazlan Aliman antara aktivis masyarakat yang sangat disegani kawan dan lawan. Kehidupannya banyak ditumpukan kepada memperjuangkan hak peneroka dan golongan tertindas di seluruh negara.

 Di saat ada pemimpin negara membolot harta untuk kekayaan sendiri, Mazlan pula bergolok bergadai turun naik mahkamah dalam menyuarakan hak para peneroka yang ditindas.

 Pengorbanan beliau bukan sedikit. Kegigihan beliau bersama anggota Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) dalam mengangkat martabat para peneroka felda tiada tandingannya.

 Sebelum ini, beliau menulis sebuah buku berjudul "FELDA... Dulu tolong Sekarang Ah Long" dalam menceritakan keperitan warga peneroka yang terpaksa berhadapan Felda. Bagaimanapun beliau telah disaman oleh Felda kerana didakwa telah memfitnah mereka dalam buku tersebut.

 Kini beliau bersama syarikat pencetak diarahkan membayar gantirugi RM500,000 oleh mahkamah. Kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya warga peneroka, perlu membantu mereka.

 Menyumbanglah setakat termampu walaupun hanya RM10 supaya Mazlan boleh terus membela nasib mereka yang ditindas.

 Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:

 Pusat Penggerak Mobilisasi Akaun No: *564258576644 (Maybank)
Sila maklumkan maklumat sumbangan anda ke nombor : 017-7709869 (Rahmat).

 Kepada pihak-pihak lain yang telah memulakan kutipan, adalah dinasihatkan untuk memaklumkan dan menyerahkan kutipan kepada Pusat Penggerak Mobilisasi dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan penyelarasan.

Harapan Baru

HJ MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
8 September 2016
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Dlm bab ni..kita semua diam mnnyepi..

Rangga said...

Jom bantu & yok war2kan utk membantu sdr Mazlan Aliman sebagai tanda solidariti pd perjuangan beliau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...