BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Saturday, September 24, 2016

Surat Layang Fitnah kepada Dato Husam dan Datok Wan Rahim


  Jahat sungguh puak-puak yang menyibarkan berita surat palsu yang memfitnah untuk memburuk-burukan Datuk Husam Musa dan Dato Wan Rahim.

Fitnah tersebut mula dimuatnaik menerusi fesbuk Gabungan Anak Muda Sayang Kelantan (GASAK) yang kononnya menerima daripada Ust Taftazani Atiqullah.

 Menurut GASAK : Pihak admin telah menerima kiriman surat maya dari penyokong AMANAH yang kecewa dan mereka meminta agar admin GASAK viralkan surat maya mereka.Demi memenuhi hasrat mereka,maka pihak admin GASAK pamirkan surat tersebut tanpa diedit sepatah pun.

Fitnah tersebut boleh diakses di sini . Ia turut dimuat naik oleh Tranungkite On line.

 Berikutan itu, Ust Taftazani Atiqullah yang menggunakan nama Abe Biey di fesbuk telah membuat penafian mengenai dakwaan admin GASAK.

السلام عليكم ورحمة الله...Sahabat2 yg dikasihi sekelian...

Unk makluman tuan/puan yg mendapat kiriman FB atau sebaran artikel melalui wasap spt di dlm gambar... Atas nama TAFTAZANI ATIQULLAH..
Ambo dgn ini menafikan sekeras2nya knyataan tersebut..dia bukan milik ambo 100%..page GASAK telah menggunakan nama ambo sbg admin..padahal ambo tak tahu menahu pun segala yg d sebarkan d atas..mohon sahabat2 bhenti drp mnyebarkan artikel tsebut..krn akan menimbulkn bibit2 fitnah..

Drp:Taftazani Atiqullah (original)
24.9.2016 ; 2.47 ptg Tlg sebarkan.

   Fitnah tersebut turut dinafikan oleh aktivis #R Kelantan, Syam Ghaz :
Selepas pihak kami membuat semakan, TIDAK ADA makhluk manusia bernama Che Ibrahim Awang Hassan.

 Nama yg hampir dgnnya adalah sahabat Dato Wan Rahim sejak 1979, Che Abd Hamid Awang Hassan yg lebih dikenali sbg Tok Ngulu Nordin.

 Pd program 16 September 2016 di Wisma Tok Guru, hanya ada 4 orang daripada Dabong yg duduk depan di barisan depan pentas ucapan:

1. Abd Aziz Daud
2. Abd Ghani Mat Sin
3. Ismail Mat Dahan
4. Zuki Mat Ali

 Gambar saf hadapan hadirin Ceramah 16 September 2016 disertakan.

Nyata surat itu berniat jahat dan ingin menjatuhkan imej Dato Husam Musa dan Dato Wan Rahim.

Jadi pihak kami berpandangan surat itu tidak wajar dipenjangkan, yang menyebarnya seperti menyebar fitnah, terimalah balasan di akhirat kelak.

Kami juga ingin memohon jasa baik pengarang, mohon tampilkan diri dan menghubungi pihak kami. Andaikata ada wujud. Terima kasih.
 Sebarkan.

Syam Ghaz
24 September 2016

Comments
9 Comments

9 comments :

Azim Alias said...

Blog tranung kite memang celaka... Sebar firnah

Anonymous said...

rupanya tranong kita pong jadi tempat sebar fitnah yer???
tak sangke kawe....

Anonymous said...

Hahaha...dah kena penyamun jual penyangak...husam kuasa sepuluh akan kembali bersinar...saman 1mdb ditarik balik...hebat belitan husam...tak pernah dlm sejarah amerika individu cuba jd wakil rakyat amerika untuk saman sesuatu entiti...hahahaha husam ni power dia kalah amerika...aku rasa husam boleh bertanding jawatan presiden amerikaaaa...visi dia lebih hebat dari barrack obama...hahaha

Anonymous said...

Anoy 3:16 ketinggalan bas lagi. Nak komen biarlah dah tau betul2. Komen serkap jarang hanya menampakkan sifat gopah dan tak prihatin serta berniat jahat.

Lelaki Dicermin said...

Anonymous 16.00 dahsyat komen anda. Kesah Zaman nabi ibrahim sewaktu di bakar dulu. Seekor burung mengunakan paruhnya membawa air utk memadamkan api yg membakar nabi ibrahim.. tindakkannya menjadi bahan ketawa makluk2 yg melihat peristiwa itu.. bila di tanya pd burung air yg di curah berulang2 kali takkan dpt memadam api yg sedang membara membakar. Jawapan burung itu.. walau air yg aku bawa tak dpt memadamkan api itu..tp aku sudah ada jawapan bila aku mengadap Allah nanti.bg aku tidakkan husam itu kurang lebih spt burung itu. Tidakkan spt setengah2 mp tu.. dilantik sebagai mp sekadar nak panaskan telur dlm perlimen..fikir2kan lah

Anonymous said...

Memang celaka sbb marang pun kat dlm negeri tu.

Anonymous said...

Gopoh gapah tamak haloba mcm tuang presideng.

Anonymous said...

Usaha husam tu sama mcm burung yg nk tolong nabi ibrahim?hahaha...ko pergi tanya husam tu usaha projek kambing jamnapari dia mcm mana yg menelan duit kerajaan kelantan masa jadi exco duly...ko nk puas hati ko pergi tanya mso aka sayuti omar tuhhhh...org bodoh boleh la husam kelentong...kalo org yg tak kenal feel perangai husam ni boleh la diperbodohkan dan dewa2 kan husam...aku dulu sebelom tahu perangai bijak kelentong org yg husam amal ni aku pom sokong dia...teruja tengok dia bercakap...ada duit 400k konon buat bangunan pas salor...husam jd mcm rosmah jugak ke menabung dari kecik sampai boleh ada cash money 400k...hahahaha..usin jgn tutup mata la ko kenal sapa husam ni tp saja nk sekongkol hahaha...usin ko tanya sayuti tu betul ke cerita dia pasal husam nih dlm blog diary maya...hahaha

Alhusseyn Alhusseyn said...

Projek kambing jamnapari dan beberapa kes lain mula dibangkitkan oleh YB Norzula (Paloh) dan YB Muhd Adhan Kechik (Bukit Bunga) telah disaman RM6 Juta oleh DHM dan sudah meminta maaf secara terbuka. Janganlah jadi setan menyibarkan fitnah. Kalau kamu yakin dengan cerita kamu, sila nyatakan diri kamu sebenarnya, dan buatlah dakwaan terhadap DHM secara terbuka.Jgn sembunyi dibelakang nama anonymous dan buat fitnah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...