JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, September 15, 2016

Syiah tetap Islam, kata mufti Pulau Pinang

  PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

“Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.

 “Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut,” katanya ketika dihubungi FMT.

 Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: “Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya”.

 Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.

 Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran “sesat” dan tidak boleh diamalkan. Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.

 Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar “Islam tanpa Sektarianisme” yang juga membincangkan persoalan yang sama.

 Kita sibuk dengan pembahagian9 Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan “takfiri” (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.

 Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.

“Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi,” katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.

 “Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini.”

 Sebelum ini, ahli jawatankuasa Pemuda Umno, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, yang menjadi rujukan utama Umno dalam soal Islam, menyeru pihak berkuasa memerangi pengikut Syiah dengan menuduh mereka sama bahaya dengan militan IS.

 Ia bagaimanapun mengundang kritikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Ahmad, yang berkata perbandingan itu tidak sesuai.

 Aliran Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar dengan pengikutnya tertumpu di Iran, Iraq, Bahrain, beberapa bahagian Arab Saudi dan negara teluk lain.

 Ia berbeza pandangan dengan aliran Sunnah mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam. Pengikut Syiah juga kerap menjadi sasaran keganasan pejuang IS, kumpulan militan yang mengamalkan fahaman Wahabi berasal dari Semenanjung Arab.

 Malaysia merupakan satu-satunya negara di mana pihak berkuasa agama secara rasmi mengharamkan umat Islam berfahaman Syiah.

Komen al-Husseyn :

 Ummat Islam Iran dianggap dianggap bukan Islam, tetapi kenapa ummat Islam Iran tetap dibenarkan mengerjakan haji ke Baitullah?

Di samping itu, Iran diterima keahlian dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)...
 

   Malaysia yang sama pongpang-pongpang kutuk Iran / Syiah, tapi jemput Iran hantar pesertanya untuk pertandingan tilawah al-Quran....

Bagaimana senang-senang mengatakan mereka ‘bukan Islam’ dan Majusi?
Comments
5 Comments

5 comments :

Mat Safian said...

Syiah tetap bukan Islam Sunni. Yg menetapkan Syiah bukan Islam ialah imam 4 mazhab dan termasuklah imam2 selepas mereka. Jgn terpesong dgn mengatakan pendapat syiah adalah bukan Islam adalah pandangan kerajaan Malaysia dan ulama PAS. Kerajaan Saudi tidak mewakili umat Islam seluruh dunia. Jemputan Saudi ke Mekah telah menimbulkan kemarahan para ulama seluruh dunia.

Sila baca kitab2 karangan Ayatolah Komenei, semuanya menganggap sahabat Rasulullah adalah kafir kecuali Ali bin Abi Talib. Soal Syiah ini bukan lagi soal politik.

Tahukah anda bahawa Syiah hanya sembahyang sehari 3 kali?

Jangan rosakkan kekuhan parti Amanah hanya dgn pendapat seorang sahaja. Jgn kita ikut stail PAS, apa sahaja yg disebut pemimpin dan ulama mereka semuanya dianggap wahyu. PAS lah yg mengikut cara Syiah. Pemimpin tak boleh ditegur.

Dalam Syiah, orang Sunni halal dibunuh dan dianggap kafir. Itu adalah fakta.

Itu hanya pandangan Mufti Pulau Pinang sahaja bukannya fatwa.

Anonymous said...

rasul melayu..ajaran2 sesat yg lain ditakrif sesat kerana mengaku islam tp amalan dn ajarannya menyimpang.

begitu jg dgn syiah. mulut mengaku islam tp ajaran dn amakan menyimpang

cuba la kaji pula bgaimana syiah mengkafirkn sahabat rdh. dn mereka yg menyayangi mereka... iaitu kitala umat islam.

musuh yg paling bahaya adalah musuh dlm jubah syiah.

ajarannya byk blh menjadikn pengamalnya batal syahadah tp demi maslahat dunia kita xblh melabel srmua syiah kafir.

tp hakikatnya begitula. tk perlu lafaz tp faham saja dlm hati.

maka menghapuskn ajaran syiah dr bumi malaysia adalah relevan. tnyalah penganut syiah malaysia kenapa mereka keluar islam dn masuk syiah... sbb perbezaannya adakah akidah dn usul bukan furuq seperti mazhab ahli sunnah yglain.

kajilah syiah dr kitab2 dn mulut2 imam mereka. jgn terpedaya dgn ajaran taqiyah mereka yg sgt bahaya.

Anonymous said...

boleh beritau nas yg mwajibkn beramal dgn aswj?

boleh beritau slps rasulsaw wafat umat ikut mazhab apa?

sila baca deklarasi aman, fatwa syeikh alazhar. percaya kpd sahabat bukn tmasuk aqidah.

yg nyata ialah aswj adalah bidaah sbb tak wujud dlm nas.

sila baca hadis dr aisya bkenaan dgn bidaah.

ahmadmusadik sham said...

Pandangan ss mufti ni tak di detailkan pon. Kalau hanya satu hadith tu saja sebagai sandaran,dan tidak rujuk hadith2 lain yang wajar dibaca bersama,maka hujah itu tak valid. Itu pandangan beliau yang barangkali tidak dibincangkan bersama ulama lain.

Mazlum Syahid said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...