BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Tuesday, September 27, 2016

Tak sokong akta 355, jatuh iman ...kami tanam jerat!


 Sedang viral di media maya, Ust Shaharuddin Ibrahim, YDP Pas Padang Serai yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah ; kini menghukum mereka yang tidak menyokong pindaan RUU 355 yang akan dibentangkan oleh Hj Hadi di parlimen nanti sebagai  jatuh kafir dan ditanam di jerat Cina!

 Berikut adalah transkrip ucapan, YDP Pas Padang Serai, sewaktu membuat Roadshow Akta 355 di sebuah masjid mengenai pindaan Akta RUU 355.
Pergi jumpa Wan Azizah... jumpa tuan-tuan...Yang Berhormat Kak Wan… Kak Wan nanti Tan Sri Pandikar tanya :

 “Ahli-ahli yang behormat, siapa yang menyokong akta 355 sila angkat tangan”

 Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan! Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan ‘jatuh iman’ Kalaulah ditakdirkan lepas tak angkat tangan itu mati, kami tanam jerat!

 Kena habaq macam tu la… pi habaq elok-eloklah jangan habaq kasaq ni… err cakap elok-elok!

 Supaya kita habaq dulu ..hukum dia hukum! Lepas tu hari tu dia nak angkat tangan… dia tepuk dada, dia tanya iman…

Begitu mudah YDP Pas ini menjatuhkan hukum : Hang tidak sokong pindaan akta 355 ciptaan manusia ... hang tak ada iman...bahasa kasarnya kafir le tu ...hang mati kalau, dia nak tanam hang kat jirat Cina!

 Sebelum ini beliau terpaksa memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang setelah diancam akan diambil tindakan undang-undang oleh exco agama, Datuk Abdul Malik Abu Kasim.

  Apakah tuduhan-tuduhan liar seperti ini mahu dibiarkan berleluasa begitu sahaja tanpa diambil tindakan?

  Entah berapa ramai sekarang ini yang terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri dalam mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.

   Ternyata bahawa YDP Pas Padang serai ini jenis yang gelojoh dan terburu-buru menjatuhkan hukum waima pindaan Akta 355 itu sendiri belum lagi bibentangkan dan dibahas di parlimen.

  Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya golongan agamawan yang separuh masak berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar.

 Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

  ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

 Diharapkan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil tindakan yang wajar untuk mengajar manusia celupar seperti YDP Pas Padang Serai ini. Kali ini tiada maaf baginya!
Comments
10 Comments

10 comments :

Lelaki Dicermin said...

Itu hari dlm satu blog.. kalau baca artikal yusof qardawi.. suruh betulkan kehidupan umat islam negara tu dulu baru buat hudud..soalan ini di tanya salah seorg pelayar ke sebuah blog pro pas.. apa kah yusof qardawi juga kafir sbb dia tak suruh buat hudud.sedangkan yusof qardawi ketua ulamak dunia...dah tak menjawab walaun pas..ydp pas ni sama lah dgn walaun2 pas..nak keluarkan ayat kat mulut tak berfikir..

Azim Alias said...

Inilah Bal'am bin Baura akhir zaman

Anonymous said...

Ni lah ydp di kawsan aku.penuh dgn smgat dlm berkata-kata.dulu heboh nak menang nak putrajaya lpas tu barulah berusaha tunjukkan islam kpd rakyat.dulu kata kita perlu kuasa sbb nak memerintah.sokong dap tak salah sbb nak kpd keadilan.laaaaaa niiii ayat2 tu semua ltak tp dah.menghukum org pula style yer.indahnya islam tu di mana???

Anonymous said...

'Forgive your enemies, but never forget their names.'

antiasobiyah said...

Pas laa nii,apa sgt.Yang depa tau buat ONAR!Malaun chukong$

Anonymous said...

Elok kasi saman saja pak lebai luncai ni. Hidup atas muka bumi sebarkan dakwah sesat. Mudah2an dia sempat bertaubat.

Anonymous said...

RUU 355 ini undang-undang yang datangnya dari Quran kah? Kenapa dengan mudahnya menjatuhkan hukuman pada manusia, tahukah ustaz ini bahawa RUU 355 ini pernah ditolak oleh Arwah TG Nik Aziz pada 1984 ketika dibentangkan bagi penambahbaikan atau menambah hukuman dengan alasan Arwah TG Nik Aziz bahawa RUU 355 ini adalah ciptaan manusia bukannya dari Allah. Apa sudah jadi dengan ustaz-ustaz PAS sekarang ini yang begitu taksuf dengan parti sampai sanggup mempergunakan Islam demi kepentingan parti dan jawatan. Semoga Allah memberikan pertunjukkan kepada kita semua.

Anonymous said...

Ruu tu...hukum hudud ka??? Wajib yaa...???
Sapa cipta ruu tu??? Pak hang kan??

Mat Safian said...

Ustaz2 camni biasanya berani depan penyokong je tapi takut berdebat. Cuba mana2 ustaz dlm AMANAH ajak dia debat, mesti dia lari punya!!

Anonymous said...

YDP Parti politik Pan Malaysian Islamic Party (PAS), Padang Serai. Ustaz ahli politik memang kerja dia politik guna agama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...