JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, September 13, 2016

Tragedi Kren : Kerajaan Arab Saudi mesti bertanggung jawab bukan sekadar ehsan kepada mangsa

 Dalam tragedi kren tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram di Mekah pada 11 Sept tahun lalu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera.

  Sehingga kini, walaupun setelah setahun masa berlalu, waris mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut masih lagi menunggu penuh harapan.

 Sakit hati bila baca laporan di sini , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kata, tiada ikatan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berhubung tempoh bayaran sumbangan kepada mangsa kren tumbang di Makkah tahun lepas ... tidak timbul isu berlakunya kelewatan bayaran sumbangan kepada anggota keluarga tujuh jemaah haji Malaysia yang terkorban...

  Apa yang dimaksudkan Dr Asyraf ialah tiada perjanjian 'bersurat' antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berhubung tempoh bayaran sumbangan tersebut...

  Tetapi menurut Saudi Press Agency, penjaga dua kota suci iaitu Raja Salman memerintahkan pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

  Selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apakah yang  Datuk Dr Asyraf lakukan selama ini untuk memastikan bayaran tersebut dapat disalurkan dengan secepat mungkin pada tempoh tertentu?

  Dr Asyraf seolah-olah tidak tahu nak buat apa-apa diatas kelewatan pembayaran kepada mangsa dan mengharapkan belas dari kerajaan Arab Saudi semata-mata....

   Kerajaan Arab Saudi patut bertanggungjawap diatas tragedi tersebut. Ini bukan soal ehsan semata-mata. 

 Pengurusan Haji di Tanah Suci sepatutnya mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut pampasan bagi mangsa yang terlibat.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Apakah Wang sumbangan itu telah dibayar melalui kerajaan Malaysia??
Dan hilang ditengah jalan.

Anonymous said...

Walaupun tidak ada perjanjian tetap ada tempoh yang munasabah. Kita ini orang Islam ikut lah cara Islam bila orang ditimpa kecelakaan atau mati disebabkan kecuaian orang lain. Lagi pun yang menyuruh membayar ganti rugi ialah seorang Raja Islam.

Baru-baru ini sibuk satu dunia baca Quran ..

Anonymous said...

Jepun telah bayar ganti rugi kepada mangsa dan tawanan yang jadi buruh paksa semasa perang dunia. Duit tersebut tidak sampai pada waris yang masih hidup.

Keluarga mangsa telah membayar RM 12 juta kepada pengganas tetapi yang diterima oleh pengganas ialah RM 8 juta.

Pembayaran tersebut boleh dibayar terus kepada waris mangsa atau kepada mangsa yang cedera.

Bagaimana Arab Saudi boleh dakwa Iran sebagai Kafir.

Anonymous said...

https://diarymaya.wordpress.com/2009/05/10/hikayat-si-baju-merah-7/

Bacalah...

Anonymous said...

NAMPAK SANGAT ORG ARAB NI JENIS YG TAK SUKA BAGI DERMA JUTA2. PELIK PULAK KALU ADA ARAB DERMA 2 BILUON.....

Anonymous said...

Entah-entah duit pampasan itu telah pun dilunaskan tapi kita faham sajalah pemimpin kerajaan kita dari dulu lagi wang yang ihksan ke imbuhan ke pampasan ke keraja akan gunakan lebih dulu hingga sampai ketika ia akan terbongkar sendiri sepertimana wang imbuhan tentera yang berkhidmat di Bosnia dulu selepas terburai pecah dimulut baru tahu yang tentera yang berkhidmat di Bosnia tu ada ganjarannya begitulah juga yang lain-lainnya,kita tunggu dan lihat nanti.

Anonymous said...

Mangsa culik terkejut, pengganas lagi terkejut. Duit tebusan RM 12 juta tetapi di serahkan pada pengganas hanya RM 8 juta.

Kerajaan Jepun telah bayar pampasan kepada mangsa perang buruh paksa tetapi tidak seorang waris pun yang terima pampasan tersebut.

Masih juga yang undi BN.

Anonymous said...

Pelik bin ajaib. Adakah jemaah tidak diinsurankan? Itu yg paling hampir jika dijadikan sebagai batu ukur. Atau pampasan yg di beri kerajaan Arab Saudi telah diselewengkan..? Ini adalah pertanyaan atau persoalan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...