BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Friday, September 23, 2016

Yang melutut dan merangkak ....


  Hanya 4 hari saja berlalu Hj Hadi Awang kata Parti Amanah Negara (AMANAH) akan 'melutut' kepada Pas dalam persada politik negara....

"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti AMANAH akan melutut kepada kita," katanya di sini

 Pas yang begitulah angkuh dengan mendabik dada konon partinya itu lebih kuat bila bersendirian....Pas boleh hidup tanpa PKR, DAP, kata Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Jangan berlagak sombong...
 Tiba-tiba Pas pula telah datang merayu minta MP PKR dan DAP supaya menyokong RUU pindaan akta 355 yang akan dibentangkan pada sidang parlimen Oktober nanti...

 Selasa lepas, Pas Kawasan Lumut menghantar beberapa ahli jawatankuasanya untuk menemui YB Mohd Imran Hamid, MP Lumut di pejabatnya bagi tujuan tersebut.

Siang tadi pula, Pas Taiping menagih sokongan MP DAP, Ngah Kor Meng di pejabatnya. Pas Taiping menghantar TYDPnya, Hj Alias dan NYDP, Ibrahim Ismail.

  Jangan berteriak-teriak marah! 

Surat yang tidak beretika dalam aturan menulis.
Ada kesalahan lain, selain penggunaan huruf besar
 Adalah sangat memalukan, apabila surat rasmi minta sokongan MP DAP itu ditulis dengan huruf besar. Menulis dengan mengaktifkan huruf besar (kekunci Caps Lock) dapat diartikan sebagai pertanda kemarahan dan kurang ajar.

 Orang mungkin menganggap penulisnya  sebagai tidak beretika, atau tidak sopan sama sekali. Di sekolah kita semua belajar membuat karangan, jadi gunakan ilmu tersebut. Gunakan huruf besar dan kecil pada tempatnya, bukan huruf besar kesemuanya.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

PAS dah jadi penipu sejak ketiadaan TGNA..Pas dah terikut karektor umno..ulamak sendiri tidak ada etika islam..

Mat Safian said...

Akhirnya PAS melutut depan DAP minta sokongan!

Anonymous said...

RUU 355 bukan hudud dan tak wajib sokong.
Kami nk hudud sebenar spt dijanjikan.kami hudud yg diterjemahkan dari quran dan hadis..kami tak mahu hudud pas sbb bila oresiden mereng maka mesti hudud mereka pun byk yg mereng mereng.sila draf hudud guna semua kepakaran para ilmuan2 seluruh malaysia..ilmuan dlm pas tak boleh pakai, mereka hanya ilmuan temberang.

652203 4423143 said...

Hadi Awang dah rosakan PAS macam Najib rosakan UMNO.2 parti melayu ni dah tak boleh pakai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...