JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, October 18, 2016

Azmin Ali : Tolak mana-mana pihak yang bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional

  Hadir bersama di Sambutan Setahun Amanah Selangor, di Shah Alam, malam kelmarin, MB Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali pastinya telah menggemparkan ramai kalangan terutamanya dari pihak Pas, rakan sekutu kerajaan Selangor.

Tambahan lagi dalam ucapannya dimajlis tersebut, Azmin Ali dengan tegas menyatakan, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional, rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya yang akan datang!

Walaupun Azmin tidak menyebut nama parti tertentu, umum sangat memahami pihak yang Azmin maksudkan itu.

Menurut Azmin, kita tidak boleh lagi mendukung kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Bukan sahaja tidak boleh menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib, tetapi rakyat tidak akan menerima mana-mana pihak , bukan sahaja sokong , tetapi kalau dilihat bersama dengan Perdana Menteri … rakyat tidak boleh terima!

Kita tidak boleh bersekongkol dengan Kezaliman. Kita tidak boleh bersekongkol dengan kemungkaran! Kita tidak boleh bersekongkol dengan Bapak Rasuah Negara! 

Mana mungkin kita mendukung Najib Tun Razak! Beliau bukan lagi perdana menteri tetapi perompak nombor satu negara. Malam ini kita ingin mengulangi ikrar kita : 

Mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional, rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya yang akan datang!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Azmin ni ckp xserupa bikin..dia yang beria2 nk memujuk pernah kata "akan pujuk pas smpi kiamat"...skrg dia suruh org tolak pulak..apa ni Min...

Anonymous said...

Nak tanye kat Azmin Ali.hang dok lagi nak Pujok Hj Hadi ke?.klu masih nk pujok patut nye PH dah TENDANG hang kluaq.cakap tak serupa bikin. Kargh Putuihh

Azim Alias said...

Terbaeeeekkkk.... Rakyat bakal menolak pas sebagaimana rakyat menolak umno dan bn

Anonymous said...

pas ni dah jadi pro umno.

tak takut ke exco2 pas akan pecahkan rahsia mesyuarat pd umno?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...