GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, October 18, 2016

Dato Mahfuz Omar seru ahli Pas sertai BERSIH 5


Tidak ada masalah untuk mana-mana pihak dalam Pas untuk menyertai perhimpunan Bersih, demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Pas, Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar sewaktu ditemui wartawan diruang legar parlimen petang kelmarin.

Ditanya samada kenyataan Dato Husam Musa yang mendakwa Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pernah membuat kenyataan supaya ahli parti Pas menghadiri perhimpunan Bersih, Dato Mahfuz Omar mengesahkan memang benar, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz ada membuat kenyataan tersebut.

"So tidak ada masalah untuk mana-mana pihak dalam Pas untuk menyertai perhimpunan Bersih," jelas Mahfuz.

Beliau turut memberi perakuan bahawa dia sendiri akan hadir perhimpunan BERSIH 5 yang akan diadakan 19 November nanti.

Menurutnya lagi, dia bersama YB Nurul telah turut menghadiri ceramah Bersih sempena konvoi Bersih daripada Alor Star ke Sungai Petani baru-baru ini.

Mahfuz menyeru semua pihak dalam Pas, termasuk ahli-ahli dibawah untuk bersama menyertai BERSIH 5, kerana BERSIH lebih menekankan persoalan untuk memastikan pilihanraya ke 14 yang akan berlangsung nanti benar-benar dalam keadaan yang demokratik.


Mahfuz hanya mengulangi seruan yang Allahyarham Tok Guru Nik Aziz pernah ucapkan sewaktu hidupnya.

Menentang ketidakadilan telah menjadi sebahagian daripada perjuangan PAS. Sudah menjadi darah daging orang Pas untuk turut bersama sebab dari dahulu telah ditarbiyah kewajiban menentang kezaliman.

Ayuh kita semua sama-sama menyertai BERSIH 5 yang akan diadakan pada 19 November depan.
Comments
2 Comments

2 comments :

syah adam said...

Satu satunya ahli parlimen yg cuba membawa pas back in track. Nak harapkn presidennya.. berak keras la..

usop ali said...

Tv3/4 dah putar ucapan tuang president....amacam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...