GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, October 18, 2016

Husam Musa : AMANAH mewarisi perjuangan Tok Guru Nik Aziz.


Sedutan Ucapan Dato Paduka Hj Husam Musa " Dalam Ceramah Mega Amanah Selangor:

Saya nak ulangi lagi: Bagi yang was-was sampaikan BERSIH pun dia tak boleh hadir. Minta maaf saya tak mahu apolegetic. Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH, masa dia hidup!

Ada orang kata, dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam; tapi dia dah lupa apa yang Tok Guru pesan : Tok Guru kata wajib hadir, Harakah letak muka depan!

 Dan semalam Harakah letak muka depan : Tidak Hadir Bersih5!

 Tok Guru pesan, saya masih ingat, tuan-tuan pun masih ingat : Hadir Bersih… dan bawa air sembahyang, ada wudu’… Dimana azam bergema, disitu terus solat berjemaah. Tunjukan kepada rakan-rakan kita, orang-orang Cina dan India, disiplin sebagai seorang Muslim.

“Dan AMANAH Alhamdulillah , pada saya mewarisi perjuangan Tok Guru Nik Aziz.” Husam Musa.

 Yang buruk itu buruk, yg baik itu baik. Yang hitam itu hitam, yang putih itu putih. Dan yangg lebih penting ialah Islam itu bukan milik kaum. Islam itu tidak boleh diikat dengan kelemahan satu-satu kaum.

 Islam itu adalah dalam framework multiracial all the time. Islam itu membawa rahmat; bukan membawa perseteruan dan persengketaan.

 Islam melayan kaum-kaum yang belum memeluk Islam sebagai potential market, potential followers. Dan inilah yang dibawa oleh AMANAH.

 Dan … dengan tepatnya keperluan Negara kita pada hari ini dan BERSATU datang dan rakan-rakan kita yang lain datang.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

hanya jauhari yang mengenal manikam....
pas.... jauh panggang dari api... makin hilang arah tuju..
rapatkan saf... berjemaahlah... kpd yg ragu2 mcm PAS tu.. abaikan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...