GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 26, 2016

Pertemuan Antara Dr Rozaimi dan pimpinan PAS : Semua terkesima dengan soalan at-Takiri?


Berikut adalah versi yang ditulis oleh Wan Rohimi Bin Wan Daud, Pengarah JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia:
1. Suatu pertemuan santai antara Dr Rozaimi, YB Dr Juanda dan rakan - rakannya seramai 7 atau 8 orang bersama 3 orang pimpinan PAS iaitu YB Dato' Takiyudin, YB Ustaz Nasrudin dan YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, 25/10/2016 jam 5.00 petang. Pertemuan berlangsung dalam keadaan baik, mesra dan harmonis. Saya turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

2. Konteks pertemuan adalah berkisar kepada isu yang tercetus daripada video ucapan Dr Rozaimi yang dilaporkan mendapat kritikan ramai apabila beliau bercakap mengenai isu RUU355.

3. Dialog pertemuan itu lebih menjelaskan mengenai kenapa dan bagaimana PAS membawa RUU355 ke Parlimen. Apakah langkah yang diambil oleh PAS dan apakah sikap PAS terhadap pihak yang tidak bersetuju.

4. Segalanya dijelaskan dengan baik dan terang oleh YB Dato' Takiyudin selaku Setiausaha Agung PAS dan YB Datuk Dr Khairudin At Takiri mengenai isu RUU355. Beliau menjawab dgn tegas bahawa pendirian PAS yang sentiasa diulang-ulang bahawa PAS tidak menghukum, tetapi menerangkan hukum. PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa bahkan bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yg mengkafirkan muslim yang lain.

5. Dalam perbincangan yang melewati isu Hudud, YB Khairudin turut mengingatkan sekelian yang hadir bahawa Hudud itu milik Allah, Hak Allah! Sikap dan prinsip PAS bahawa setakat yang mampu dalam kerangka undang-undang yang sedia ada, memberikan Hak Allah dgn cara berusaha melaksanakan syariat dan hukum Allah adalah WAJIB. Berusaha ke arahnya adalah WAJIB. Menyokongnya adalah juga WAJIB bagi org Islam. Ini sikap PAS. Namun PAS tidak menghukum terhadap sesiapa jua yang mempunyai pandangan, ijtihad yang berbeza!

6. Satu persoalan menarik yang dilontarkan YB Khairudin bahawa "Jika Hudud itu Hak Allah, maka bukankah memberikan Hak Allah dgn berusaha melaksanakan perintah dan Hukum Allah adalah WAJIB bagi ummat Islam? Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? Sekurang-kurangnya bagi 3 kesalahan yang boleh dihukum dengan pindaan Akta 355". Semua terkesima dengan soalan ini!

7. Sehingga ke hujung pertemuan, Dr Rozaimi tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan RUU355. Satu-satunya alasan Dr Rozaimi ialah kerana katanya "tiada keadilan apabila dalam kes yg melibatkan org Islam dan bukan Islam (zina sebagai contoh) hanya org Islam yg dihukum sedangkan bukan Islam terlepas". Dr Rozaimi menyandarkan pendapatnya kepada mazhab syafie bahawa tidak boleh dikecualikan Islam dan bukan Islam. Katanya ia tiada keadilan dan tidak dilihat adil.

8. Hujahan ini kemudiannya disambut oleh YB Khairudin, yang meminta Dr Rozaimi melihat konteks perlembagaan. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 Akta 355 sedia ada, secara jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas org Islam sahaja. Apa yang dicadangkan oleh Dr Rozaimi perlu melibatkan pindaan Perlembagaan atau Usul yg lain di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya RUU355 tiada kaitan dengan perluasan bidangkuasa ke atas orang bukan Islam.

9. YB Khairudin juga menjawab khilaf mazhab berkaitan pemakaian Hudud ke atas orang bukan Islam, dengan menegaskam bahawa dalam keadaan wujudnya khilaf, maka Pemerintah berhak menjadi kuasa pemutus lantas mengambil proses untuk mentaqninkan pendapat mazhab yang dipilih.

10. YB Ustaz Nasrudin pula dipenghujung pertemuan selama sekitar sejam setengah itu telah menegaskan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh PAS. Apa yang boleh saya rumuskan adalah berkaitan 2 perkara berikut:

 (a) PAS berusaha untuk meyakinkan Ahli Parlimen supaya menyokong usul pindaan Akta 355 dan juga kepada orang ramai supaya memahami isu pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang ini. Bagi pihak PAS ia satu kewajipan dan satu tanggungjawab syarie yang perlu dan wajib diperjuangkan demi meletakkan syariat Islam dapat dilaksanakan semampu yang boleh.

(b) Namun kepada mereka yang menolaknya, maka PAS mengambil sikap untuk terus memberi penerangan dan berusaha meyakinkan mereka betapa usaha meminda Akta 355 ini wajib disokong tanpa mengambil pendekatan menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya kepada mereka yang masih belum bersetuju. Pendekatan PAS ialah menerang dan berdakwah bukan menyerang dan menghukum.

 Sekian. ~ sumber 
Komen Dr Ust Rozaimi :

Setelah melihat komentar wakil JUHAM PAS terhadap pertemuan semalam yang kononnya saya terdiam dengan hujah YB Khairuddin saya fikir saya kena viralkan rakaman suara pertemuan semalam. Biar masyarakat menilai siapa yang terdiam dan siapa yang mengelak dari menjawab soalan. Apa pandangan semua?

Pandangan orang dalam pertemuan semalam. Pengarah JUHAM memang tak bercakap dalam pertemuan.

 Rasa hormat saya pada Setiausaha Agung PAS dan Ketua Penerangan masih ada. Moga kita bekerja ke arah penyatuan. Bukan beri ulasan bias dna berat sebelah.

Komen Abu Hafiz Salleh Hudin:

Pertemuan yang diadakan atas dasar mahabbah dan ingin mendengar penjelasan dan perbincangan...kenapa ada wakil JUHAM yang sepatah tidak bercakap tiba-tiba bagaikan dia yang paling banyak bercakap dan menggambarkan terkesimanya SEMUA orang...

 Rupanya ini yang dirasakan 'lain dalam meeting, lain di luar meeting'....saya antara yang ada dalam meeting tersebut sudah terkena...anda bila lagi?!

 Rasa hormat saya sangat tinggi buat Dato' Setiausaha Agung PAS dan Ketua Penerangan PAS...sangat tenang dan rasional... ~ (sumber fesbuk Dr Ust Rozaimi)
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Tn admin.dulu Hj Hadi kata nak usahakan undang HUDUD FULLY HUDUD UTK DIBAHASKAN DI PARLIMEN.TUT TUT HANYA PINDAAN RUU 355 bior betul.cakap belit belit pulak.sebab tu ramai yang tk setuju

Azim Alias said...

Sudahlah takiyuddin... Pergi perak siap cium tangan zambri... Wayanglah kau takiyuddin

Anonymous said...

Peguam pas ni anak sedara wan ismail bekas adun melor dulu.
Kalu pak sedara perangai serupa tahik
Anak sedara apa lagi?
Pok sedara duk behe projek kerajaan negeri di kelate nuh..
Bilo banyok pitih nikoh pah cerai
Perangai puok pas meme huduh

Anonymous said...

Haji Hadi kata RUU355 bukan hudud.
Jadi pasal mengkafirkan org yg tak sokong??
Jawap lebai2..ularmak Pas pis pus

Mat Safian said...

Jgn dok biaq geng ustaz2 Wahabi jadi hero utk Pakatan Harapan. Nanti Malaysia jadi mcm Perlis. Ustaz2 lain dlm AMANAH yg tak Wahabi tolong bersuara skit dan ungguli perjuangan rakyat. Jangan dok tunggu org buat kerja saja.

Anonymous said...

Encik Mat Safian, jangan fitnah ustaz2 tu, ilmu kamu pun tak seberapa. Apa masalah dengan Perlis, ok je.

BAHARUDDIN SHAFIE said...

ADAKAH BENAR SISTEM AGAMA DALAM NEGARA BERJAYA MEMECAHBELAHKAN ORANG ORANG MELAYU?
Terdapat masakini dua golongan Ulamak dan
orang Melayu; SATU PUAK PENGANUT AGAMA ISLAM DAN YANG LAGI SATU PENGANUT AGAMA MAZHAB!

Ada dua golongan Ulamak ~Ulamak Islam dan Ulamak Mazhab dalam Parti Politik.
Hakikatnya Enakmen Syariah itu sendiri UNCONSTITUTIONAL sebab ianya berpunca
daripada dua sumber hukum SATU AL QURAN DAN SATU LAGI HADIS DAN SUNNAH (Kitab hadis 40; Asbabun Nuzul; DLLKITAB Hadis sahih)!
Perlembagaan Malaysia memartabatkan ISLAM sebagai agama resmi dimana
QURAN SAHAJA (Q6:114;-115)sebagai rujukan sumber HUKUM sebutkan di dalam
Al Quran itu ADALAH FIRMAN ALLAH DAN KELUAR DARIPADA MULUT
NABI MUHAMMAD SENDIRI(Q69:44-48)!SURAH AL -IKHLAS!AL FATEHAH!JANGAN MARAH!!!ANDA TERMASUK DIDALAM GOLONGAN MANA ?
ISLAM ATAU MUNAFEQOON PARTI MAZHAB YANG TIDAK IKUT SYAHADAH ALLAH DARI KITAB AL QURAN(Q3:18) TETAPI IKUT SYAHADAH KEDUA YANG ADA DIDALAM KITAB MAZHAB???!
SEMAK SERTA MUHASABAH DIRI TERLEBIH DAHULU!UMMAH BOLEH TAHU MEREKA ISLAM ATAU MUNAFEQOON(SYIRIK~Q4:116) DENGAN UJIAN ALLAH DALAM Q39:45!
APABILA AZAN DAN SOLAT LAFAZ SYAHADAH ALLAH DALAM AL QURAN~Q3:18!

SELEPAS SOLAT ATAU AZAN RUJUK SURAH Q39:45 DAN FAHAM MAKNA NYA !

ANDA SENDIRI AKAN TAHU DENGAN SERTA MERTA ANDA BERAGAMA ISLAM ATAU PENGANUT AGAMA MAZHAB
YANG MEMARTABAT SYAHADAH KEDUA DIDLAM AZAN DAN SOLAT!KEJUJURAN AMAT PENTING!
INGAT Q63:1-3 ;20:14 ;39:65;72:18;4:79;18:110;13:43;48:28;29:52!!DLL!SELAMAT MENCUBA!?

SURAH AN-NISAA 4:116[SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKAN NYA
(wujud rakan kongsi)DENGAN SESUATU (APA JUA ,SESIAPAPUN) DAN AKAN MENGAMPUNKAN YANG LAIN
DARIPADA KESALAHAN(SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA(MENURUT PERATURAN HUKUM-HUKUMNYA);
DAN SESIAPA YANG MEMPERSEKUTUKAN(APA JUA,SESIAPAPUN),
MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH SESAT DENGAN KESESATAN YANG SEJAUH-JAUHNYA.]

SURAH AZ-ZUMAR~39:45[DAN(DI ANTARA KEBURUKAN ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN SYIRIK):
APABILA DISEBUT(seru) NAMA ALLAH SEMATA-MATA(SAHAJA){DI DALAM DOA DAN SEBAGAINYA(seruan azan dan solat)},
GELI-GEMAN(ralat dan tidak selesa) SERTA LIAR HATI MEREKA YANG TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT;DAN APABILA DISEBUT(seru)
NAMA- NAMAYANG MEREKA SEMBAH DAN PUJA YANG LAIN DARI ALLAH,MEREKA DENGAN SERTA MERTA RIANG DAN GEMBIRA.]

APA BOLEH BUAT RAMAI YANG MUNAFEQOON APABILA BERSOLAT (Q72:18)?
http://www.ismaweb.net/2016/02/menyingkap-topeng-musuh-islam/#comment-373880

http://globalonlineshopinfomarketingnews.blogspot.my/search?q=ISLAMKAH+PARTI+PAS?

BAHARUDDIN SHAFIE said...

ORANG MELAYU HARUS MARTABATKAN ISLAM SEBENAR DI MALAYSIA BUKAN MARTABAT
AGAMA MAZHAB HUDUD!

https://www.facebook.com/baharuddin.binshafie/posts/1360683783988825:1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...