GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, October 10, 2016

Skandal Rasuah RM114.5 Juta Jabatan Air Sabah : VVIP Umno/BN didedahkan


AIR TIADA UNTUK RAKYAT SABAH & DUIT PROJEK AIR DIROMPAK: SIAPA ADA KUASA BUAT SEMUA INI? 

Musa Aman,

Kau fikir aku sebagai anak muda Sabah tidak baca bajet tahunan yang kau bentang setiap tahun? Ada beberapa fakta digelapkan oleh kau dan UMNO-BN berkenaan kes ini di media. Aku yakin SPRM tidak terlepas pandang barang bodoh ini.

Pertama,
Dalam Bajet Kewangan Kerajaan negeri Sabah peruntukkan projek bekalan air negeri Sabah :


  • Tahun 2012, RM 458.80 Juta, 
  • Tahun 2013, RM 480.67 Juta,
  • Tahun 2014, RM 627.92 Juta,
  • Tahun 2015, RM 571.71 Juta
  • Tahun 2016, RM 715.36 Juta.
  • Duit ini diluluskan oleh Musa Aman selaku Menteri Kewangan dan dikongsi bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur, Pairin Kitingan. Persoalan paling logik.

    Mana duit ratusan jutaan ringgit ini sedangkan rakyat Sabah tidak dapat bekalan air bersih yang mencukupi?

    Siapa curi duit ratusan jutaan ringgit ini?

    Rakyat Sabah atau kau dan UMNO-BN yang curi?

    Persoalan asas aku kedua sebagai rakyat dan anak muda Sabah kepada Musa Aman.

    Kau tidak puas dengan skandal kayu balak dan kemudian kau terlepas kerana salahkan orang lain.

    Sekarang duit projek air anak kau iaitu Hafez Musa (Ketua Pemuda UMNO Sabah) memonopoli kontrak di seluruh negeri Sabah untuk tempoh 20 tahun sehingga 30 tahun.

    Tapi, kenapa Semporna, Lahad Datu, Kunak dan daerah lain di Sabah masih tiada air?

    Paling sadis di bawah kepimpinan kau, air untuk rakyat tiada tapi Jabatan Air Sabah paling banyak kutip duit hutang air rakyat Sabah setiap tahun.

    Sekarang kau kutip GST bersama Pairin siap main ugut potong air rakyat Sabah, tapi mana air untuk rakyat?

    Kau tahu jawapan ni dan aku yakin kau tutup barang rompakan wang paling bodoh ini.

    Ketiga,
    Kau dan Pairin melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ni.

    Dan sambung kontrak lantikan secara "politik" untuk mereka kerana boleh pam duit untuk UMNO-BN.

    Mereka antara yang paling lama berkuasa di Kota Kinabalu sebagai birokrat paling korup.

    Kau mahu jadikan mereka ini sebagai "kambing hitam" bagi selesaikan game "politik rasuah" kau dan keluarga kau serta kroni kau?

    Kau ingat generasi aku bodoh tidak tahu bahawa kau dan Pairin perlu bertanggungjawab kerana melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ini setiap tahun untuk "urus" duit air ini?

    Kepada SPRM,
    Aku harap kali ini mereka ini jangan dilepaskan. Walaupun besar kemungkinan mereka ini tidak akan "disentuh" oleh Peguam Negara kerana mereka ialah ahli UMNO-BN dan orang kesayangan Najib Razak yang mustahil untuk didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

    Aku sebagai anak muda tetap optimis. Mereka ini tidak akan dilepaskan oleh rakyat Sabah pada PRU ke-14.

    Selamat maju jaya Raja Korup Sabah!

    #TUMBANGMUSAAMAN
    #TUMBANGUMNOBNPRU14
    #SELAMATKANSABAH .

     JUFAZLI SHI AHMAD
    PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH
    PENGANALISIS POLITIK KELULUSAN MASTER BIDANG SAINS POLITIK (2015) KELULUSAN SARJANA MUDA BIDANG SEJARAH (2012)
    PENGUNDI BERDAFTAR PRU KE-14 (2017/2018) ~ sumber
    Comments
    7 Comments

    7 comments :

    Anonymous said...

    Undilah lagi umno dan bn wahai anak muda sabah. Teruskanlah undi BN sampai kiamat.

    Anonymous said...

    Harap kan pagar, padi habis di makannya.

    Anonymous said...

    Kami rakyat Sabah suka minum air kotor janji undi bn/umno.
    Rakyat semenanjung sibuk kenapa? Yang cirit-biritnya kami, yang gatal-gatalnya kami, yang berkudis dan kembong perut juga kami. Jangan sibuk sana, kami sayang sama umno ..hari2 bagi kami minum air kotor..

    Mat Safian said...

    Ini bukan skandal. Ini taktik BN nak kumpul dana pilihanraya dr kroni2 sendiri secara paksa. Ratusan juta yg kena rampas tu akan letak di mana? dah tentu akaun UMNO.

    Takkanlah kerajaan BN bodoh sangat tak tau aktiviti pegawai tu. Ni cara UMNO kenakan ahli sendiri. Maklumlah dah dekat nak pilihanraya umum.

    BoOoMeRaNg S said...

    Mr. Abdullah:
    SIAPA SEBENARNYA YG TERLIBAT SELEWENG RM3.3BILION JANS ? http://esszone12.blogspot.my

    wijaya kezuma said...

    Bukti dah berlori..besar mcm badak air..takkanlah xsangkut kes ni..

    Anonymous said...

    BN MUSA AMAN PAIRIN K LAH DENGAN KUNCU TAK KENA DAKWA PUNYA SEBAB ANAK DIDIK NAJIB

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...