GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, November 17, 2016

AJK UMNO Gua Musang dedah sebab sebenar di pecat dari FELDA

Assalamualaikum wbt.

 Bermula pada 11.11.2016 . Saya tidak lagi bertugas di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Saya telah ditamatkan kontrak 2 bulan lebih awal oleh pihak Pengurusan FELDA atas alasan penjimatan kos operasi sbg pegawai kontrak. Selama di FELDA, saya diamanahkan di  Jabatan Komuniti dan bertanggungjawab kepada Unit isu dan aduan peneroka . 

 Namun begitu , saya melihat, penamatan kontrak saya adalah lebih berpunca daripada tindakan dan perbentangan serta laporan2 saya berkaitan isu2 dan masalah dalam Pengurusan FELDA terutama berkaitan kepentingan warga Felda dan Generasi baru serta kepentingan kakitangan FELDA (secara detail tidak dpt saya dedahkan secara terbuka). 

Namun begitu, 3 isu besar adalah isu Pengurusan ladang, isu Penyata Hutang, isu urustadbir dan isu Perumahan Generasi baru FELDA. Pendedahan dan laporan tersebut dibuat Bersama PEMANDU Jabatan Perdana Menteri yg ditugaskan ke FELDA pada pertengahan Oktober 2016. 

 Selain bertanggungjawab kepada tugas ,sebagai ANAK PENEROKA FELDA, saya berasa sangat bertanggungjawab untuk mempertahankan kepentingan warga FELDA dan generasi baru. Lebih dari itu bertanggungjawab kepada kerajaan yg saya dukungi perjuangannya.

 Pada awal nya saya memilih untuk tidak membuat kenyataan terbuka. Namun akibat pelbagai tuduhan negatif terhadap saya dan keluarga. Saya memilih bertindak untuk bersuara. Saya tegaskan di sini, saya bukan pembangkang, atau menjadi penyalur maklumat kepada pembangkang. 

Saya masih Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Gua Musang, manakala isteri saya Fadzlete Aryani adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Gua Musang merangkap Naib Ketua Puteri Negeri Kelantan. Tuduhan yg amat berat kepada saya adalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan turut memberi Kan kesan kepada tugas dan tanggungjawab isteri saya.

 Sebagai sebahagian kepemimpin kecil dalam UMNO dan sebagai anak peneroka FELDA, menjadi tanggungjawab saya menegur kesilapan dan kesalahan2 jelas yg merugikan serta memberikan cadangan2 untuk kepentingan warga FELDA disamping menguatkan sokongan warga FELDA khususnya kepada Kerajaan. Tiada  istilah "tidak dpt dedak " kerana saya menegur mengikut saluran yg sepatutnya. Saya Boleh memilih untuk mengikut, atau berdiam diri jika ingin terus kekal dan menjaga kepentingan diri.

 Diharapkan, jawapan ringkas ini dapat menjawab semua persoalan berkaitan saya. Saya tidak mengharapkan pujian, atau penghargaan. Namun saya memilih untuk terus memperjuangkan Hak dan kepentingan FELDA dan warganya, sbg anak FELDA saya bertanggungjawab melaksanakan amanah tersebut. 

Semoga Allah mengampuni dosa2 Kita dan terus me letakkan diri Kita dikalangan sebahagian mereka yg masih diberi Peluang memperjuangkan kepentingan orang ramai. Pasti banyak cabaran dan rintangan, inshallah jika kita tabah,  perjuangan ini akan dipermudahkan.

Salam perjuangan 
 #feldadihatiku 
#janganmalumengakuanakfelda 
#549214 ~ sumber 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...