JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, November 24, 2016

Asyik-asyik berkecuali, apa gunanya rakyat memilih PAS ?

PAS lebih berminat untuk menjadi "penasihat" kepada UMNO. 
  Asyik-asyik berkecuali.Kalau tidak pun, ponteng tak datang sidang. Itulah kelaku Hj Hadi dan wakil-wakil rakyat Pas; samada yang di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tetapi duit elauns mereka tibai...

 Setelah berdebat sepanjang 9 hari di Dewan Rakyat, 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali semasa proses pengundian dikira untuk belanjawan 2017. Paling menghampakan, Hj Hadi ponteng pada hari pengundian tersebut.

Pada sidang DUN Perak setelah 5 hari berdebat, tapi ketika proses undi bajet negeri untuk 2017, 3 orang ADUN PAS iaitu ADUN Gunung Semanggol, Titi Serong & Selinsing tidak mengundi.

Sementara ADUN PAS kawasan Sungai Rapat terikut-ikut dengan perangai burok Hj Hadi - ponteng!

(Seorang ADUN DAP tidak dapat hadir, iaitu ADUN Pasir Pinji kerana beliau ditahan oleh pihak polis apabila menyertai himpunan aman Bersih 5.0)

Pas bukan sahaja berkecuali dengan kebangkitan arus perdana rakyat yang menuntut pilihan raya bersih melalui himpunan BERSIH 5, malah mencerca dan menghina kebangkitan rakyat yang mahukan pembaharuan.

Hj Hadi kata BERSIH 5 rugikan rakyat!

 Perhimpunan tersebut sebagai Perhimpunan haram Bersih 5 pada Sabtu lalu menyusahkan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam. Perhimpunan itu yang gagal dikawal dengan baik oleh penganjurnya, jelas menjejaskan hak keamanan rakyat negara ini.

Hj Hadi buat kenyataan kalut begitu selepas melakukan scan otak ... pada petang 18 Nov 2016. Pastinya dia tidak mendapat maklumat yang sebenarnya mengenai BERSIH 5 yang berlaku pada 19 Nov, iaitu hari esoknya yang tentunya dia masih terlantar di katil hospital.

Sebab itu dia kalut tak tentu pasal, perhimpunan yang paling aman, tapi dia kata menyusahkan rakyat dan menganggu ketenteraman awam.

Hj Hadi kata pihak penganjur gagal mengawal dengan baik walhal perhimpunan tersebut berlaku dengan aman dengan penyertaan manusia berbilang kaum paling ramai berbanding dengan mana-mana perhimpunan yang sebelumnya di Malaysia!

Hj Hadi ingat hanya Pas sahaja yang mampu menganjurkan perhimpunan besar dan hanya Unit Amal Pas sahaja yang mampu mengawal orang ramai.... alahai, Hj Hadi, boleh tak tolong lakukan skan otak sekali lagi,  boleh?

  Apa gunanya rakyat memilih PAS memandangkan mereka sekali lagi gagal mengundi di Dewan Rakyat dan di Dewan Undangan Negeri.Sikap tidak bertanggungjawap PAS ini sangat mengecewakan rakyat yang telah mengundi mereka. Elok dicadangkan supaya kesemua mereka ini melakukan skan otak juga! Kah! Kah! Kah! Nak tengok samada mereka ini masih ada otak atau tidak!!

Pas tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari Keadilan, Amanah, DAP dan parti BERSATU. Rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada PAS untuk menggantikan BN sebaliknya PAS kini hanya berminat untuk menjadi "penasihat" kepada UMNO. 

 Hanya Pakatan Harapan bersama Bersatu mampu untuk menggantikan BN dalam misi kita untuk menyelamatkan negara kita dari Kleptocrat yang sedang merosakkan sistem demokrasi tanah air kita yang tercinta.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Skan pun tak guna, bukan boleh nampak setan pun.

Ingat satu lawak 'No brain detacted'

Anonymous said...

Bukan ke arwah sakit jantung ?

Kenapa skan otak dia pulak ?

Selalu nya orang yang kuat agama, kuat amalan dan ingat ayat-ayat quran.. otak nya tip-top.

Anonymous said...

Patutlah meracau..otak x betul

Anonymous said...

Rebah pun tak dapat cuti umum

Tapi dah pau 99Jt hidup kenyang lah

Anonymous said...

Komen atas ni Win!!..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...