GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, November 18, 2016

Batalkan perhimpunan baju merah, benarkan himpunan Bersih 5


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah amaran terakhir agar kedua-dua pihak membatalkan perhimpunan yang dirancang itu.

 Zahid berkata, membatalkan kedua-dua perhimpunan adalah penyelesaian terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan, sambil memberi amaran kepada penganjur bahawa tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan tersebut.

 Baju Merah hanya muncul selepas penetapan tarikh perhimpunan dibuat dan ia semata-mata bertujuan untuk melakukan tindakan balas terhadap apa yang dilakukan oleh Bersih. 

 Jelas di sini bahawa baju merah berniat jahat dan bertujuan melakukan gangguan. Dalam beberapa program jelajah anuran Bersih juga, niat dan perlakuan baju merah itu lebih jelas lagi di mana mereka bukan saja melakukan gangguan secara terbuka, bahkan menunjuk-nunjuk aksi ganas dan kebal dipukul yang seolah-olah memang untuk "cari gaduh" matlamatnya.

 Jika baju kuning ingin mengadakan perhimpunan, adalah tugas polis menjaga keselamatan serta memastikan agar undang-undang berkaitan sentiasa dipatuhi. Mereka hanya ingin mengadakan perhimpunan aman serta bertujuan meluahkan perasaan terhadap beberapa isu berkaitan kerajaan serta negara dan perkara itu bukan saja dibenarkan oleh undang-undang, bahkan merupakan acara normal bagi rakyat di seluruh dunia.

Tetapi apa tujuan baju merah berhimpun?

 Mereka hanya ingin menunjukkan tindakan balas, mengampu Perdana Menteri dan mungkin juga disebabkan ada sedikit-sebanyak dedak yang diterima.

 Maka, dalam hal ini yang perlu diminta untuk membatalkan perhimpunan ialah baju merah saja, sebaliknya biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman dan dengan pengawasan oleh pihak polis.

Punca masalah adalah baju merah, bukan baju kuning. Kenapa mesti kedua-duanya diberi amaran agar membatalkannya?

 Biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman pada 19 November ini dan Zahid sewajibnya mengeluarkan larangan kepada baju merah daripada turut sama mahu berhimpun pada tarikh tersebut. Baca sepenuhnya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...