GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 29, 2016

Bebaskan segera 41 Orang Asli Gua Musang

Solidariti di hadapan IPD Gua Musang
Ekoran penangkapan 41 orang Asli Temiar Gua Musang yang mempertahankan tanah milik mereka dari percerobohan pembalak  rakus, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengeluarkan satu kenyataan bantahan dan menggesa pihak berkuasa supaya segera membebaskan tahanan berkenaan.

Berikut adalah kenyataan KUASA:

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA menggesa 41 orang Asli yang ditahan dalam operasi serbuan Blockade Gua Musang hari ini segera dibebaskan.

 Insiden ini tidak akan berlaku jika pihak berkuasa negeri sendiri menghormati dan mengikuti garis panduan/manual pembalakan dan pembukaan ladang Hutan Akta Perhutanan Negara 1984 dengan memilih kawasan yang kurang sensitif untuk pembukaan ladang hutan daripada memilih hutan simpan yang kaya spesis dan mempunyai kepentingan sosial yang penting.

 Perjuangan masyarakat orang Asli Temiar bukan baru lagi. Mereka telah mula berjuang sejak 5 tahun yang lalu lagi dan telah mernggunakan pelbagai jalan yang ada termasuk berunding, bermesyuarat, berdialog dan berhimpun secara aman di hadapan pejabat SUK Kelantan. Namun segalanya menemui jalan buntu dan tidak dilayan kerajaan negeri.

 Kemuncaknya, mereka terpaksa melakukan halangan 'blockade' di Pos/Kampung mereka setelah keadaan sudah mencapai sampai tahap kritikal yang mana ada yang jatuh sakit ekoran meminum daripada bekalan air yang penuh dengan lumpur, koridor pencarian sumber makanan/herba dan kepentingan ekologi yang lain.

 KUASA sendiri pernah meninjau kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, HSK Gunung Stong Selatan dan HS Perias beberapa bulan yang lalu. Terbukti hasil kajian kami, terdapat pencerobohan rizab sungai, mengeruhkan sungai bekalan minuman, gangguan sensitiviti seperti pembalakan di kawasan kubur, tebangan habis di kawasan berkecerunan lebih daripada 45 darjah, berketinggian lebih 1,000 m daripda paras laut dan melibatkan kawasan hutan asli yang kaya dengan spesis flora dan fauna.

 Jelas sekali, pembalakan di sini bukannya pembalakan secara terpilih. Sebaliknya ia adalah pembalakan tebang habis (clear cutting) untuk pembukaan ladang TLC (Timber Latex Clone). Lalu apakah yang tinggal jika semuanya dimusnahkan?

 Kini, segala kemusnahan, kemudaratan dan konflik telah berlaku secara terang-terangan dan masyarakat Asli pula ditangkap kerana mempertahankan hak mereka untuk hidup, mendapatkan sumber makanan, minuman dan tempat tinggal (koridor hutan)

 KUASA mendesak pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan sebagai agensi pelaksana menghentikan segera aktiviti yang menzalimi alam dan masyarakat orang asli ini serta bertanggungjawab dalam segala kemudaratan dan kemusnahan yang telah terjadi. 

KUASA juga menggesa pihak berkuasa membebaskan rakan-rakan orang Asli yang ditahan.

 Pihak berkuasa harus ingat bahawa bukan orang Asli yang melanggar undang-undang, sebaliknya pihak kerajaan negeri yang terlebih dahulu melanggar undang-undang peraturan mereka sendiri.

 KUASA juga menggesa seluruh rakyat untuk solidariti bersama masyarakat orang Asli Temiar Gua Musang dan Orang Asli di seluruh negara amnya dalam perjuangan mereka mempertahankan khazanah alam. 

KUASA mengiktiraf peranan orang Asli sebagai penjaga alam yang menjaga sumber-sumber bekalan air kita, sumber oksigen, makanan, biodiversiti dan pengawalan bencana.

 KUASA KEPADA RAKYAT

 Hafizudin Nasarudin
 Presiden KUASA ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Allah xkan biar pas bertindak kejam begini selamanya.lihatlah nt bgamana Allah memberi balasan kepada golongan yg memperalatkan lebai kopiah utk merompak balak kelantan..

Anonymous said...

Apapun alasan kerajaan kelantan...mereka telah menodai ikrar dan janji sebelum mendapat kuasa dulu...semoga Allah membalasnya

Tun Perak said...

Allah dah bagi peringatan dengan banjir besar....tak mau faham lagi ke...islam ape yg pas nak tunjuk....musnahkan segala yg ade....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...