SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Wednesday, November 30, 2016

HORMATI HAK PERLEMBAGAAN ORANG ASLI DI KELANTAN


Pemuda AMANAH menyelar tindakan pihak berkuasa menangkap seramai 47 orang asli Temiar di Gua Musang kerana melakukan halangan (blockade) di pos perkampungan mereka. Tindakan ini adalah satu tindakan yang zalim dan melanggar hak mereka di bawah Perkara 13(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan "Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya mengikut undang-undang".

 Terdapat banyak kes-kes Mahkamah yang diputuskan telah mengiktiraf kawasan hutan yang diduduki orang asli yang merupakan tanah adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sebagai tanah sah mereka walaupun tiada hakmilik dikeluarkan oleh pihak kerajaan termasuk 'landmark case' Adong Bin Kuwau lwn Kerajaan Negeri Johor yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

 Justeru, orang asli Temiar yang mempunyai hak sah ke atas tanah mereka di kawasan hutan simpan kekal di Gua Musang tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Kenyataan pihak Jabatan Perhutanan Negeri bahawa tindakan diambil mengikut seksyen 32, 47 dan 81 Akta Perhutanan Negara 1984 adalah tidak berasas kerana mereka adalah penduduk sah hutan tersebut dan bukannya orang luar yang memerlukan permit untuk memasuki kawasan hutan tersebut. Oleh itu, tindakan yang diambil terhadap mereka adalah di luar bidangkuasa dan skop Akta Perhutanan Negara.

 Tindakan mereka membuat halangan adalah bagi mempertahankan pencerobohan terhadap tanah mereka yang didakwa dilakukan oleh pihak syarikat pembalakan. Amat malang, apabila tiada campurtangan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membantu mereka yang ditangkap, sebaliknya mereka pula ditahan reman selama 2 hari. Tindakan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan lebih mementingkan kepentingan kapitalis pembalak daripada hak rakyat Kelantan. Hak mereka perlu dipertahankan dan tidak seharusnya didiskriminasikan, apatah lagi mereka adalah rakyat asal negeri Kelantan.

Justeru, Pemuda Amanah menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan mereka dengan segera kerana tindakan mereka hanyalah bagi mempertahankan hak mereka dan bukannya satu kesalahan jenayah.

 Tindakan terhadap mereka jelas menunjukkan keluhuran undang-undang dan nilai demokrasi yang semakin terhakis di dalam negara ini. 

 Undang-undang disalahgunakan demi kepentingan pihak-pihak tertentu tanpa mempedulikan hak dan kebebasan rakyat terbanyak yang termaktub di dalam Perlembagaan.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH NASIONAL
30 NOVEMBER 2016
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...