SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Monday, November 14, 2016

Jamal Melalak Melolong kena tumbuk Zuraidah?

Kejadian berlaku ketika Jamal yang juga ketua kumpulan berkenaan mengekori Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempromoasikan perhimpunan Bersih 5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Kumpulan baju merah muncul di luar Ampang Point sekitar pukul 3 petang untuk sekali lagi mengganggu penyokong Bersih apabila Jamal dilihat menolak seorang lelaki yang memakai baju Bersih sebelum polis campur tangan.

 Tidak lama selepas itu, kumpulan baju merah dan Jamal meluru masuk ke dalam pusat membeli-belah sebelum pihak polis menyekat mereka.

Pergelutan akhirnya berlaku antara kumpulan Jamal dan anggota polis.  Lihat vdo berikut; kedengaran dengan jelas : "Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! berulang kali.

Tak terduga sama sekali bahawa itu adalah suara Jamal yang katanya samseng Sekinchan....

Jamal dengan hidung berdarah melalak melolong mengadu kena tumbuk.... ingatkan bapok manalah bila dengar suaranya...


 Tetapi kemudian, Jamal mendakwa ditumbuk oleh salah seorang pengikut Zuraida walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

 Jamal kemudiannya membuat laporan polis bahawa dia ditumbuk oleh budak-budak suruhan Zuraidah di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal Yunos kerana menuduh pengikutnya menumbuk beliau di muka.

Beliau juga berkata ia adalah satu kesalahan untuk membuat laporan polis palsu selepas Jamal berbuat demikian semalam, mendakwa bahawa seseorang memakai Bersih T-shirt telah menumbuknya di hidung berikutan pergelutan di pusat membeli-belah Ampang Point. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Saman dia kaw2. Itu saja cara nak ajar samseng ni

Lily Cici said...

Haha...

Anonymous said...

Tengok Jamal melolong lepas hidung berdarah teringat kisah Ubai bin Khalaf yang melolong selepas melecer dibahagian lehernya akibat geseran lembing yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW setelah dia menghampiri Nabi dengan niat untuk membunuh baginda. Watak Jamal dengan Ubai bin Khalaf sama jer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...