BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, November 02, 2016

Kes Liwat Anwar : Tiada Kaitan dengan RUU355

  Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 27 Oktober lalu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya, Marwan Shukrimun, seorang penyokong totok Hj Hadi telah menulis di fesbuknya:
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Qazaf Anwar Ibrahim pagi tadi. Alasannya kerana ia diluar bidang kuasa mahkamah. Semua mahkamah syariah adalah tertakluk di bawah akta 355.Takziah buat DSAI, keluarga dan semua pengikutnya. Saya harap mereka jadikan ini pengajaran untuk memahami betapa pentingnya bidangkuasa mahkamah syariah diperluaskan, bukan sahaja dalam bidang hukuman.

 Perjalanan memerdekakan mahkamah syariah dari belenggu aturan penjajah masih jauh. Namun langkah pertama harus dimulakan. Caranya ialah, sokong usul RUU pindaan akta 355 yang bakal dibawa oleh MP Marang nanti.
 Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan sedemikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.

 Komen al-Husseyn :

Inilah perangai penyokong Hj Hadi yang tidak ketahuan hala.Kalau pasal isu skandal PM Najib songlap dana 1MDB, cepat-cepat mereka minta mahukan saksi empat mata.... walaupun Najib sendiri telah mengakui telah menerima RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi apabila Mahkamah Tinggi Syariah menolak untuk mendengar permohonan prosiding qazaf Anwar, ada pula yang mengaitkannya dengan akta 355!

Persoalan kes tersebut bukan persoalan menjatuhkan hukuman sebagaimana yang terkandung dalam Akta 355 tetapi ia bersangkutan dengan pentafsiran Seksyen 36 dan 41 yang tidak menyebutkan liwat secara literal dalam kesalahan Qazaf.

Namun ini tidak bermakna ia boleh menghalang untuk Mahkamah Syariah membuat tafsiran secara konstruktif.

Peruntukan ini boleh ditafsirkan dengan makna yang lebih luas sesuai dengan hukum syarak dan pandangan fuqaha muktabar termasuk ulama mazhab Shafii. Umumnya, kesalahan Qazaf bukan sahaja merujuk kepada zina, malahan perkataan zina boleh sahaja ditafsirkan dengan makna yang lebih luas.

Seiring dengan pandangan jumhur termasuk pandangan kuat Mazhab Shafii, zina dalam kes Qazaf juga merujuk kepada pertuduhan liwat ke atas seseorang.

Che Ibrahim Mohamed :  Qazaf adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 36, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yg boleh dihukum dgn denda RM5000 atau penjara 3 thn. Hanya Pendakwa Syarei yang ada kuasa untuk mengarahkan siasatan dan mendakwa kesalahan ini di mahkamah syariah berdasarkan maklumat atau aduan yg diterimanya.

 Mengikut undang-undang Islam, qazaf termasuklah tuduhan zina atau liwat atau menafikan nasab sesaorang tanpa ada 4 orang saksi, malangnya Enakmen Jenayah Syariah Selangor menyempitkan tafsiran qazaf setakat tuduhan zina shj.

 Bidangkuasa mahkamah syariah disebut satu persatu dlm Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan Perlembagan Persekutuan, bukannya dalam Akta 355, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965.

 Akta 355 hanya berkaitan kuasa hukuman yg boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah. Apa apa pindaan kepada Akta ini termasuk RUU 355 yg dikemukakan oleh MP Marang tidak mengubah bidangkuasa jenayah di mahkamah syariah walaupun sedikit.

 Di Kelantan, Qazaf tidak diperuntukkan sebagai satu kesalahan dlm Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985. Walaupun kesalahan qazaf disebut dlm Kanun Jenayah Syariah ( II ) ( 1993 )2015, namun Enakmen ini masih belum dikuatkuasa, oleh itu qazaf tidak dianggap satu kesalahan jenayah syariah di Kelantan.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...