GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 08, 2016

Keua Polis Negara buta Perundangan dan Perlembagaan Negara


Dato Mahfuz Omar menyifatkan KPN buta Perundangan dan Perlembagaan Negara.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan KPN yang mengarahkan siasatan keatas tiga bekas menteri dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan oleh sebab ucapan mereka yang menyentuh kes 1MDB di dalam sesi Parlimen.

Mahfuz berkata siasatan polis terhadap tiga bekas menteri itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mendesak supaya KPN memberhentikan serta-merta penyiasatan tersebut.

 Mahfuz turut mempersoalkan status mengenai siasatan PDRM berkaitan 1MDB yang telah sekian lama dijalankan. Beliau mungkin secara sinis mengingatkan KPN supaya menyiapkan siasatan itu terlebih dahulu ...

Beliau membidas tindakan KPN yang jelas bertentangan dengan perlembagaan mengenai hak setiap ahli parlimen untuk bercakap berkaitan apa sahaja perkara sewaktu berbahas di Parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan (parliamentary privileges) dan kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz menyifatkan KPN sebagai jahil dan cetek berkaitan asas undang-undang dan perlembagaan dan menyifatkan KPN telah menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang secara umumnya  ahli parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan (parliamentary privileges) dan kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

 Menurutnya, tindakan tiga bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan dan Akta Hasutan kerana mereka sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

 Tapi yang paling bestnya bila Mahfus tanya Khalid : Adakah KPN dah jadi 'belaan' Umno? ~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Khalid hanya ada kuasa siasat tiada kuasa menghukum..dlm mahkamah pendakwa dan pembela akan berhujjah mengikut fahaman masing2..hakim yg berkuasa menentukan betul ato salah..jadi biarkan dia siasat...doakan mintak hakim betul2 adil..

Anonymous said...

Who let the dogs go "ong..ong..ong..ong...onggggggggg"

Anonymous said...

bila org bngang dpt jawatan

Anonymous said...

KPN setaraf barua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...