BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, November 09, 2016

KONTRAK KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL): MALAYSIA DIWAKILI OLEH SYARIKAT RM2

 Kami merujuk kepada satu kenyataan media yang disiarkan oleh New Straits Times bertarikh 2 November 2016 seperti keratannya yang dilampirkan di bawah:


 Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin seperti dipaparkan di laman web syarikat itu seperti berikut:


Berita-berita ini mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangani. Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia itu dan menandatangani perjanjian bagi pihak Kerajaan Malaysia adalah Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

 Kami telah menyemak dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini yang dilampirkan bersama dan boleh mengesahkan bahawa:

 1. Ia adalah syarikat bermodalkan RM2 yang ditubuhkan pada 26 September 20169 

2. Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet.
(Sila Klik Download (PDF, 221KB))

Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.

 Pada kebiasaannya, sebuah syarikat khusus (“special purpose vehicle”) yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan Parlimen untuk mendapatkan modal. Contohnya, semasa Kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Dato’ Seri Najib terpaksa membentangkan usul di Parlimen untuk meluluskan pendanaan syarikat khusus itu sebanyak RM10 juta.

 Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion. Malah, kami ingin mempersoalkan sama ada Dato’ Seri Najib Tun Razak membawa isu ini mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion?

RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
DR HATTA RAMLI, AHLI PARLIMEN KUALA KRAI
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
DR ONG KIAN MING, AHLI PARLIMAN SERDANG ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kenapa yg selalu menyalahgunakan duit rakyat ialah melayu islam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...