BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Thursday, November 03, 2016

Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal?

Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu
sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan.
Apabila Presiden Pas Hj Hadi dan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pakat-pakat membuat kenyataan mengumumkan yang kononnya PAS sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu, ternyata bahawa mereka berdua ini langsung tidak ada sifat rasa malu cuba untuk membohongi rakyat Malaysia.

 Hj Hadi dan Hashim Jasin memang berbohong bila menyatakan PAS sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu.

Apakah Hj Hadi dan Hashim ingat kita semua sudah lupa yang PAS sebelum ini telah menolak sebarang rundingan dengan mana-mana pihak di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu?

Apakah Hj Hadi ingat kita semua lupa yang kamu telah istiharkan perjuangan parti Islam kamu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara.
“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” Baca di sini di sini
Apakah Hashim Jasin ingat kita semua lupa sewaktu ucapan pertamanya selaku mursyidul am dengan jelas tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mahu menjatuhkan perdana menteri.

PAS menolak sebarang kerjasama semata-mata untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri.
“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi,” katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi. Baca di sini 
Kalau Pas sudah tidak mahu bekerjasama untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri, apa perlunya Pas menyertai PRU yang akan datang?

Apakah perubahan sikap mereka kerana mahu bertarik tali dengan Umno setelah hajat untuk bawa RUU 355 gagal?

Pas amat kecewa apabila janji Umno untuk memberi laluan Hj Hadi menjadi hero RUU 355 tidak tercapai sebagaimana yang dijanjikan.

Bayangkanlah, betapa kecewanya Hj Hadi setelah beliau bersunggoh-sunggoh menggerakkan seluruh jentera partinya melancarkan kempen ‘Sokong RUU 355’ sejak sekian lama…

Kekecewaan Hj Hadi dan seluruh ahli Pas hanya mampu digambarkan melalui ucapan Naib Presidennya, Idris Ahmad yang berkata, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Nak kata apa lagi?? "Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris di sini.

Pas kena kencing Umno sebab tak ikut cakap almarhum TGNA yang pernah peringatkan kita semua dulu : Jangan percayakan Umno!

Kalau dah kena kencing berkali-kali dan masih tidak serik, itu namanya bebal!

Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam)
Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku - atTakiri
Mungkin juga ini adalah merupakan misi terbaru Pas sebagai Trojan Horse Umno untuk memecah belahkan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada Pakatan Rakyat dulu?

Pas tentunya bertujuan mahu menyisihkan Amanah daripada Pakatan Harapan.

Keengganan PAS mengadakan sebarang kerjasama dengan PH sebelum ini adalah kerana ia turut dianggotai parti AMANAH yang dilabel sebagai pengkianat oleh Hj Hadi.

Pas sudah tentu mahu status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini mahu dikekalkan.  Kemana mahu letaknya Amanah ?

Pas yang telah banyak pengalaman kena kencing Umno berkali-kali kini cuba nak kencing Pakatan Harapan pula??

Amat bebal jika Pakatan Harapan turut bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal!
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Bahaya besar jika pakatan terima pas utk satu lawan satu. Jika pas menang byk kerusi dia akan join BN utk selamatkan umno. Jika pas menang sikit dia akan bersama pakatan utk dptkan jawatan dlm kerajaan baru pakatan. Tak percaya? Hang tengoklah nanti...inilah strategi politik matang yg pas amalkan.

Anonymous said...

hoi la hj hadi pi la mampoi cepatt!! petrol naik minyak masak naik ni gas masak pula nak naik die kate " ade aku kessahh??"

Azim Alias said...

Sesungguhnya saya amat setuju 2.6 bilion peratus

Anonymous said...

PH boleh kerjasama dengan PAS bila Hj Hadi tiada jadi Presiden.Orang Tua pemikirannye memang dah Nyanyok betul.cakap sedap mulut jer.ingat apa yang Pas dh buat masa PRU 13.

Anonymous said...

saya pun tak tahu nak guna perkataan apa untuk pakatan harapan,kalau teruskan penyatuan bersama Pas..
maaf sekiranya kalau saya katakan BODOH kepada kalian semua di dalam pakatan harapan,kalau sambut salam dari para munafik..
sekarang orang dah muak dan jemu dengan politik Pas..

Anonymous said...

Betul tu.sy sgt setuju dgn admin.Wahai ph.buka mata mu luas2...Rsnya ramai jg pengundi akan fikir 2kali nk undi mana kalau PH terima Pas kembali...

Anonymous said...

Nampaknya tuan admin tidak faham akan maksud yang disampaikan. Apa kah itu kerjasama & menyertai? Jika begitu, mcm mana pula dgn parti warisan nnt? Elok la cermin diri kita masing2 sbb apa ini terjadi. Bukan bertindak menyokong sblh sana, tp amat kecewa umat Islam di Malaysia ini senang sgt dipecah belahkan.

Boley Jalan said...

Hj Hadi adalah makhlok yg terakhir kami percayakan. Itu pun kalau dah takde berok atau kera dlm dunia ini. Boley jalandah Pas!

Anonymous said...

Dlm pru 13 pun pas dh kencing. Dari satu lawan satu tetiba jd awan 3 penjuru bila pas tetiba meletakkan wakilnya konon ada yg berfahsman komunis la...ada yg ambil pil kuda la..

Parti yg mcm ni ka yg nak caya.

Mereka telah banyak kali kecewakan rakyat disaat2 akhir utk tumbangkan BN.

Aku dh tak caya walaupun aku dulu banyak bekorban utk parti ini di tempat aku.

wan amero said...

tak payah layan hadi mereng ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...