JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, November 23, 2016

Pas setuju jadi barua Umno di parlimen Parit Buntar


Pas memang berazam untuk bersatu dengan Umno walaupun terang-terang mengaku kena tipu sokmo-sokmo oleh Umno. Itulah sikap bacul Pas hingga sanggup menjadi barua kepada Umno.

Usaha Pas mahu mendekati Umno bukan perkara baharu. Itulah yang ditentang oleh beberapa bekas pimpinan Pas yang akibat menentang usaha pengabungan itu telah menyebabkan mereka di singkir keluar lalu mereka menubuhkan AMANAH.

 Berita terkini mengatakan bahawa Pas Perak telah mengarahkan kawasan-kawasan mengadakan perbincangan dengan rakan politik mereka iaitu Umno bagi menghadapi PRU 14.

 Khabarnya, petang tadi telah selesai sessi pertemuan antara Pas Kawasan Parit Buntar dan Umno bhgn untuk memutuskan kerusi mereka bertanding pada PRU 14.

 Nampaknya YB Mujahid Yusof Rawa parti AMANAH akan berdepan dengan calon dari Umno di parlimen Parit Buntar pada PRU 14 nanti.

 Dalam perbincangan tersebut, PAS bersetuju untuk menyerahkan kerusi Parlimen Parit Buntar kepada Umno untuk ditandingi.

 Dun Titi Serong pula akan ditandingi oleh Pas. Manakala Dun Kuala Kurau masih belum ada kata putus sebab Dun tersebut penyandangnya dari PKR.

 Adalah dipercayai Umno dan Pas masih menunggu sikap sebenar dari PKR samada untuk bersama mereka atau memihat Pakatan Harapan.

 Parlimen Parit Buntar yang ketika itu mempunyai 27.0 peratus pemilih Cina telah dimenangi oleh Mujahid atas tiket Pas dlm PRU 13.

Parlimen Parit Buntar mempunyai 2 DUN – Dun Titi Serong dan Dun Kuala Kurau. Dun Titi Serong dengan  74.9% Melayu dimenangi oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Hussain dari Pas, manakala Dun Kuala Kurau yang mempunyai 38.7 peratus pemilih Cina dimenangi oleh Abdul Yunus Jamhari dari PKR.  
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

anak tak dengar kata.DEGIL dan Bangang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...