JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, November 05, 2016

Politik matang tapi berlidah biawak yang bercabang

PAS tanpa segan silu mengaku kononnya parti itu berdiri teguh di atas dasar perjuangan Islam. 

Pas mengaku mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan hanya membuka pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati serta memelihara maruahnya...

 Malah, PAS turut menyindir kononnya ada parti lain sebagai petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba....

 Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh berkata parti itu hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk dengan mereka dalam sejarah Pakatan Rakyat.

Jelas kenyataan Nik Abduh ini ditujukan kepada DAP dan AMANAH kerana Pas memang menolak untuk mengadakan sebarang rundingan dengan mereka.

Kalau dengan Umno bukan main lagi Pas terjelir-jelir lidah biawaknya untuk menjilat! Mengalahkan mana-mana anjing gila lakunya!

Memang tabiat lidah biawak yang bercabang, begitulah lagaknya Pas. Kejap cakap nak lawan Umno, kejap lagi nak peluk cium Umno...

Dah kena kencing Umno berkali-kali pun masih tak sedar diri dari kebodohannya dan masih mahu mengaku kononnya mengamalkan dasar Islam dalam politik matang dan sejahteranya...

Pas senyap sepi mengenai skandal 1MBD dan sanggup bersekongkol dengan kezaliman dan jenayah pemimpin Umno yang mengheret Malaysia kepada 'kleptokrasi global'.

Pas memusnahkan perpaduan Pakatan Rakyat yang paling ditakuti Umno seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 semata-mata kerana diumpan dengan isu hudud dan kemudiannya Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai pindaan Akta 355 yang masih tak kunjung tiba.

 Pas adalah penyangak politik yang tamak haloba yang tulin dan tegar hingga sanggup mengkhianati rakan-rakan sewaktu dalam Pakatan Rakyat dulu.

 Rekod burok Pas begitu jelas dan masih kita ingati semuanya, setiap satu persatu. Tak perlu diulang siar berkali-kali.

 Maka janganlah Pas berrethorik dengan mengaku mengamalkan politik matang dan sejahtera dan menuduh parti orang lain sebagai petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba....
Comments
1 Comments

1 comment :

Timnajib Jomfikir said...

PAS tidak boleh dipercayai ! anytime mereka boleh putar,belit dan tikam belakang.

Kepada Pakatan Harapan, jika mereka setuju 1 lwn 1 semua tu...adalah wayang semata2.... Pengarah,skrip ditulis oleh Najib/UMNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...