GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, December 17, 2016

Al-Kisah Sarawak Report kena saman....


Pada 8 Ogos lalu Hj Hadi mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita Sarawak Report (SR) kerana mendakwa kononnya PAS menerima derma RM90 juta daripada Najib.


Kemudian pada 25 Oktober 2016, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan memaklumkan peguam telah dilantik bulan lepas dan telah menyediakan dokumen-dokumen undang-undang.

 "Kami akan menghantar surat tuntutan kepada editor Sarawak Report terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

 Sebelum membuat keputusan untuk memfailkan saman, pihak yang terkilan akan menghantar notis kepada penerbit, mencari penarikan balik kenyataan fitnah, permohonan maaf dan pampasan kewangan, jika gagal saman akan difailkan di mahkamah.


 Rupa-rupanya surat tu baru sahaja dihantar pada 13 Disember yang baru lalu walaupun pengumumannya dibuat pada 25 Oktober.

  Susah sangatkah nak deraf surat tu hingga memakan masa yang begitu panjang....Entah berapa jela panjangnya surat yang mengemukakan 3 tuntutan itu ??  Menurut Takiyuddin, surat berkenaan berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

 Apakah gertak PAS ini sama dengan gertak Najib yang mengancam mengemukakan saman ke atas Wall Street Journal Julai tahun lalu mengenai RM2.6 bilion duit 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadinya tetapi sampai hari ini tidak mengotakannya.

  Sejak 16 Ogos dan sekarang 17 Disember.... dah masuk 4 bulan 1 hari.... mengapa tidak kemukakan saman kalau SR berdusta? 

Kemudian selepas kemudian lagi,  apa? Biasalah... Hj Hadi akan kata : Kita tangguh!
Comments
8 Comments

8 comments :

tanya sama itu hud hud said...

err...errr.. asalnya surat saman tu dihantar guna tulisan jawi kpd SR,kemudian dihantar ke pusat penyelidikan pas untuk ditukar ke bahasa rumi,tu yg lama sangat..

Azim Alias said...

Takiyuddin nie terlupa sejak cium tangan zambri mb perak.
Fakta bukan fitnah.... you tube ada

Anonymous said...

Ohh yerr. Tukar jawi ke rumi. Tu yg jadi 4 bulan. Awat zuhdi tak reti baca jawi ker? Kikikiki

Anonymous said...

Bukan bahasa Arab ke, disulami dgn ayat al-quran dgn hadis nabi ttg bahaya nya fitnah kah kah kah

Anonymous said...

PAS mengambil masa yang begitu lama untuk menghantar surat tersebut, adalah kerana mereka memerlukan masa untuk memilih burung merpati yang kuat stamina memiliki endurans amat tinggi dan boleh terbang jauh.

diny yusof said...

PAS suroh KPN menjalankan penyiasatan dulu sahih ke tak sahih berita SR itu .

KPN yang lembab kerana tersedak dedak terus terusan bilang ..."" still under investigation ....""

Tun Perak said...

Tak payah le budi bahasa sangat ....saman je le...ni hantar surat tuntutan bagai....minah tu dah standby tunggu surat saman....ni dok terhegeh2 karang surat...samannye mau lagi setahun....kong kali kong le nampaknye

Anonymous said...

Awat lembap sangat loyer pas ni. Karang surat sekeping pon 4 bln? Tak produktif. Patut ler kena tipu oleh umno jib. Molek benar pas pakat dgn penyamuun klepto 1mdb. Tahniah pas chai. Berjaya jd macai umnok. Kikiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...