GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, December 25, 2016

Al-Qardhawi : Sanjungan berubah jadi cercaan bila kecam Hj Hadi.

 Sebelum ini bukan main para pentaksub Hj Hadi menyanjung dan mengagungkan al-Qardhawi hingga seringkali menggunakan nama beliau dan dikaitkan dengan Hj Hadi.

  Bertambah lagi bila Hj Hadi dilantik jadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia... hinggakan ada yang kata Hj Hadi sebagai orang paling kanan kepada al-Qardhawi, kononnya jadi orang nombor dua dalam KUIS... malah ada yang menganggap HJ Hadi sebagai ulama bertaraf dunia.... semua ini hanya kerana al-Qardhawi angkat Hj Hadi sebagai Naib Ketua KUIS....

 Hj Hadi sendiri mempromosikan dirinya begitu rapat dengan al-Qardhawi... hinggakan mengaku mendapat perkhabaran dari al-Qardhawi sendiri melalui telepon yang mengatakan haram tubuh parti baru 'Amanah' selagi Pas masih ada...

  Pas gunakan nama dan gambar al-Qardhawi untuk program Ijtimak anjuran Pas di Rusila, kononnya al-Qardhawi akan bersama mereka di perhimpunan tersebut. Walaupun yang sebenarnya, sebulan sebelum itu telah dimaklumkan bahawa al-Qardhawi tidak boleh hadhir! Hu! Hu!

  Tapi bila al-Qardhawi kecam Hj Hadi kerana mengaku kononnya sebagai mewakili KUIS ke persidangan di Teheran , para pentaksub mula naik angin dan cuba memburuk-burukan al-Qardhawi.

   Jelas bahawa pendirian al-Qardhawi dalam isu Syria ini bertentangan dengan Hj Hadi. Hj Hadi kezaliman Bashar Al Assad, sebaliknya al-Qardhawi tidak!

   Hj Hadi sendiri cuba memberi gambaran buruk mengenai peribadi al-Qardhawi Dikatanya beliau uzur, telinga tak dengor, mata tak berapa nampok... malah Hj Hadi cuba memburuk-burukan pimpinan KUIS yang lain dengan mengatakan, yang lain pun udzur ...tua-tua semua ... banyak udzur...
 
 Macamlah diri dia tu muda sangat dan tidak ada sebarang keudzuran!

   Lupakah dia yang dia sendiri pernah dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki selama sebulan pada Jun 2014 kerana komplikasi jantung?

 Hj Hadi juga telah dimasukan ke IJN pada awal pagi 12 Jan 2016 bagi menerima rawatan susulan komplikasi jantung.

 Pada petang Sabtu, 1 Oktober 2016, Hj  Hadi dimasukkan lagi ke IJN kira-kira jam 5 petang. Beliau dibenarkan keluar dari wad hospital pada pagi Khamis 6 Oktober...

  Pada 18 November 2016, masuk lagi hospital di Kuala Trengganu mengadu kepenatan ....So, janganlah hanya pandai ngata kat orang lain; diri sendiri pun apa kurangnya asyik keluar masuk terima rawatan kan?
 
Hj Hadi bersama Ahmad Bareddin Hassoun
 Ramai orang mendakwa bahawa Ahmad Bareddin Hassoun yang selama ini gigih membela kezaliman Bashar Al-Assad adalah seorang Sunni (muslim ahlussunnah wal jamaah).

  Hj Hadi pun seorang sunni, juga dilihat membela kezaliman Basyar Al-Assad.Pendirian Hj Hadi sama sahaja dengan Ahmad Bareddin Hassoun!

  Tentu saja hal ini sangat janggal bagi orang yang beraqidah ahlussunnah gigih membela teroris yang telah membantai lebih dari 1 bilion rakyatnya sendiri yang beraqidahkan ahlussunnah 

 Untuk memastikan kebenaran berita tersebut sila amati pandangan ulama aswaja Suriah asli yang sangat terkenal dan beliau juga pendiri organisasi kemanusiaan untuk Suriah “Syria Care” yaitu As-Syeikh Kurayyim Rajih.

Berikut pandangan Syeikh Kurayyim Rajih mengenai muftinya teroris Assad, Ahmad Bareddin Hassoun :

  "Hassoun ini orang yang sangat buruk (aqidah dan akhlaknya), dia muslim dalam suatu masa, kadang dia juga jadi Yahudi kadang juga kristen terkadang juga syiah juga alawiyah juga muktazilah juga jahmiah, Hassoun ini tidak memiliki pendirian aqidah yang tetap, bisa berganti-ganti aqidah sesuai dengan lingkungan”

 Selengkapnya saksikan video berikut:

 Dia di antara orang yg paling sesat diantara makhluk Allah subhanahu wa-ta-‘aala.  Dia pernah ziarah saya sebelum ini.

Comments
4 Comments

4 comments :

TIMNAJIB said...

Apabila pemimpin,golongan sunni membela kezaliman Bashar Al-Assad laknatullah! Mereka2 sebenarnya adalah...manusia bertopengkan syaitan yang direjam!

Anonymous said...

Ramai org pas dok ikut perangai tuang presideng mrk. Jgn harap mrk nak minta maaf jk mrk silap. Lagi nak cover up ada la. Aku baru tengok satu rakaman youtube dimana Sheikh Qardawi mengaku dia salah anggap terhadap Hizbollah lubnan. Dia minta maaf kpd ulama Saudi krn tidak mendengar nasihat mrk ttg Hizbollah. Ulama besar spt Qardawi pun sanggup merendah diri dan minta maaf jk mrk silap. Tak belit sana belit sini mcm perangai hadi dan org pas

MakoFSA said...

semenjak syiah bashar membunuh umat islam bwberapa ulamak syria malah ulamak besar syam hadir ke malaysia... namun tidak pernah hadi menyambut mereka.

malah tgna pernah bertemu sheikh ali assoubuni dan merendah diri mencium tgn beliau... tp hadi xpernah nampk bayang pun.

tetapi hadi hadir mrmbawa najib dlm s

Ir Anonymous said...

Di sinilah kehebatan TGHH.. hormat org di tempat org walaupun tak sehaluan.. tapi bersikap bengis di tempat sendiri utk secara tak langsung memberikan mesej bhw kedatangan tokoh syiah tidak dialu2kan di negara ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...