GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, December 15, 2016

Amanah sudahpun bergabung dengan PKR dalam PH, kata KP Amanah


Pemuda Amanah berfikiran parti itu sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.

 Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pada ketika ini semua pimpinan perlu memperkuatkan kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas termeterainya perjanjian kerjasama itu Selasa lalu.

 "Pada saya kita sudah bergabung dalam Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi yang sama untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU akan datang.

 "Apa yang penting sekarang pada saya kita perkuatkan Pakatan Harapan dan PPBM untuk hadapi pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

 Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.

 Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.

 Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

 Mohd Sany menjelaskan kewujudan Amanah adalah parti Islam generasi kedua yang ditubuhkan mengantikan Pas. Justeru soal parti itu sebagai parti serpihan Pas tidak timbul ketika ini seperti dikatakan Afif.

 "Kita tertubuh untuk mengantikan Pas sebagai parti Islam generasi kedua.

 "Pas dilihat sudah hilang arah tujuan dalam perjuangan politik pada hari ini," ujarnya.

 Ditanya kemungkinan idea gabungan itu dicetuskan untuk mengurangkan perpecahan undi dikalangan orang Melayu? 

 "PKR juga ditubuhkan dulu oleh bekas-bekas pimpian Umno," jawabnya.

 Justeru beliau beranggapan ia hanya perbincangan dalaman PKR semata-mata yang tidak seharusnya di bawa keluar. 

 "Apa jua masalah dalaman Pakatan Harapan dan PPBM haruslah dibawa ke meja rundingan. 

 "Kita akan buat keputusan secara kolektif bukan seorang sahaja yang boleh membuat keputusan. 

"Semua keputusan seharusnya diambil kira daripada hasil perbincangan bersama," ujarnya.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...