BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Friday, December 16, 2016

Anak Hj Hadi ngada-ngada yang melampau!


 Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Se dunia, Syaikh Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qaradaghi, pernah menyerukan umat Islam di seluruh dunia, baik yang berada di negara arab maupun luar arab untuk melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema "Marah Demi Aleppo Suriah."

 Tidak mungkin arahan atau perkhabaran tersebut tidak sampai kepada pengetahuan Hj Hadi selaku mewakili kesatuan tersebut di nusantara ini.

 Hj Hadi sepatutnya menghebahkannya kepada kita semua ummat Islam di Malaysia agar dapat melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema “Marah Demi Aleppo Suriah.”

Kalau Hj Hadi boleh melakukan kempen besar-besaran 'Sokong RUU 355' tetapi kenapa “Marah Demi Aleppo Suriah" Hj Hadi gagal untuk melaksanakannya?

 Malah Hj Hadi mampu bergandingan dengan PM Najib , Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin lain berhimpun besar-besaran pada 4 Disember lalu menzahirkan keprihatinan  berhubung isu Rohingya.

Tetapi untuk menunjukkan solidariti internasional bagi kota Aleppo yang diranapkan oleh rejim otoriter Suriah dan para kroninya, Hj Hadi langsung tidak mengambil langkah yang sewajarnya.

Hj Hadi tidak menghebahkan atau berkempen mengenai perkara tersebut hinggakan kita di Malaysia tidak tahu mengenai adanya demonstrasi “Marah Demi Aleppo Suriah.” Dimana fungsi Hj Hadi selaku mewakili Kesatuan Ulama Sedunia?

Walaupun begitu jelas kegagalannya berperanan sebagai ulama sudunia, tiba-tiba pula anak Hj Hadi mencadangkan bapanya menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria lantaran kedukan bapanya dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu. Baca selanjutnya di sini

Jangan nak ngada-ngadalah .... amanah berupa arahan yang sepatutnya dilaksanakan diatas itu pun Hj Hadi gagal laksanakan.Inikan lagi nak jadi orang tengah merundingkan konflik perang?

Ada orang yang lebih layak untuk melakukannya jika dibandingkan dengan Hj Hadi yang cuma berada di rangking ke-4 hiraki Kesatuan Ulama Sedunia.

Kesatuan Ulama Se dunia mempunyai satu presiden iaitu Yusuf al-Qaradawi dan ada 3 naib presiden iaitu : 

Naib 1 - Ahmad Al-Raisuni - Maghribi 
Naib 2 - Dr Syaikh Ahmad Al-Khalili - Mufti Oman 
Naib 3 - Abdul Hadi Awang - Malaysia 

Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Prof. Dr Mahyuddin Ali al-Qaradaghi. 

Setiausaha Agong memainkan peranan yang lebih dominan. Beliaulah orang yang kedua selepas al-Qaradhawi, yakni menjadi pembantu utamanya.

Kalau ikut susun atur hiraki Kesatuan Ulama Sedunia ini, Hj Hadi berada dirangking ke-4. 

Hj Hadi sepatutnya menunjukan komitmennya dengan kesatuan tersebut dan bukan hanya bermegah-megah untuk dicanang di kampung-kampung dengan jawatan tersebut.

Anak Hj Hadi sepatutnya cadangkan ayahnya membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan kerajaan Myanmar berhubung isu Rohingya terlebih dahulu.

Atau pi tolong selesaikan dulu masalah orang Asli di bawah kerajaan Pas Kelantan, jangan ingat nak main rembat lombong mangan ...
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

http://m.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42647-jumaat-selamatkan-aleppo-kesatuan-ulamak-sedunia

Anonymous said...

Nk tipu pun agak2 la cik husin...dlm harakah dah war2kan...kesatuan ulama sedunia suruh zahirkan melalui hashtag اغضب_لحلب# sebagai tanda sokongan kepada bandar Aleppo...budak2 x cerdik dalam pan tu boleh lah kau bodohkan...busuk punya orang...tipu punya orang...kahkahkahkah

TIMNAJIB said...

Husin,
seriously lah....Hadi Awang Allah SWT jadikan beliau hanya boleh jadi pemimpin kampungan sahaja.

anak beliau ni...perasan bagus..
tanyalah...macamana Hadi Awang boleh dapat jawatan naib ketua kesatuan ulama dunia tu...? kalau ikutkan..ramai pemimpin ulama dari Indonesia yang layak.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Kesatuan ulama sedunia suruh zahirkan melalui hashtag ??? Aleppo jahannam ko kempen hanya dengan hashtag?? biul betul! Kah Kah Kah!

Anonymous said...

Cadangan anak Hj Hadi ini mengingatkan kita pada cerita Labu Labi bilamana Hj Bakhil mengarahkan Labu Labi untuk meminang Cikgu Murni. Menghantar Hj Hadi sebagai orang tengah krisis di Suria adalah murni tapi kelakar. Siapa Hj Hadi. Apa pencapaian Hj Hadi sehingga layak dihantar ke Syria. Bukan niat menghina tapi realitinya Hj Hadi dan Ahmad Maslan tiada beza. Cuma Ahmad Maslan kebelakangan ini sedar akan kelemahan diri sedangkan Hj Hadi masih terbuai dengan sanjungan para pengampu berjanggut.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Bukan nak memperkecilkan Hj Hadi utk jadi orang tengah, tapi rekod Hj Hadi buruk sangat dalam hal mengendalikan masalah partinya sendiri hingga partinya berpecah.

Lagi pula elok jangan jadi org tengah.... nanya nanti dia gelar macam-macam kat mana-mana pihak yang tak setuju dgn cadangannya nanti...

Anonymous said...

Setuju sgt2

pak maun said...

Win, bro!

pak maun said...

Apa susah? Dia kata dia berkecuali. Senang, kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...