JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, December 21, 2016

Apa yang orang ramai persoalkan ialah sikapnya sebagai seorang manusia yang bergelai ulama dunia berbohong

 Tak kira apa sekali alasan suci dililitkan diatas pemergian Hj Hadi menghadiri persidangan di Teheran itu; apa yang orang ramai persoalkan ialah sikapnya sebagai seorang manusia yang bergelar ulama dunia berbohong!

  Hj Hadi telah banyak kali kantoi kerana berbohong tapi macam tak ada apa-apa kepadanya. Selamba menyadin...

 Minta maaf untuk mengaku kesalahan atau kesilapan pun adalah jauh sekali...

 Baru-baru ini, melalui sebuah laman sesawang ulamasedunia.org, telah memaparkan satu artikel seperti berikut :
Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam

   Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) menghantar wakil iaitu Naib Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ke Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam di Teheran untuk menyampaikan mesej kesatuan itu dalam menangani krisis yang melanda umat Islam pada masa kini.

Kehadiran Naib Presiden KUIS itu adalah rentetan perbincangan dalam mesyuarat persidangan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia di Turki pada bulan Ogos yang lalu.

 Dalam Mesyuarat Persidangan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang diadakan di Konya Turki tersebut wakil Kesatuan Ulamak Islam Iran, Dr Abdul Rahman Bayraan yang merupakan seorang ulamak sunni dan dilantik sendiri oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menyarankan supaya Naib Presiden KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dihantar ke Persidangan Antarabangsa Kesatuan Islam di Tehran ini sebagai mewakili kesatuan itu.

 Ketika lawatan Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi ke Malaysia baru-baru ini juga, kedua-dua tokoh ulamak tersebut turut membincangkan berkenaan pemergian Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Tehran sebagai membawa suara Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ke sana.

 Di tambah pula dengan penjelasan setpol Hj Hadi sendiri, mengatakan pemergian Hj Hadi ke Teheran telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

 Kantoi !  Sebab melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi mengecam lawatan Hj Hadi ke Teheran

Kantoi ! Sebab al-Qaradhawi kata, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

Kantoi ! Sebab Yusuf al-Qaradhawi menafikan Hj Hadi mewakili KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

Kantoi ! Sebab artikel tersebut (Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam) kini sudah tidak dapat diakses lagi. Telah dihilangkan begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan diberikan mengenainya atau pun memohon maaf kepada pembaca kerana dakwaan palsunya itu.


Kantoi ! Sebab Nasrudin Hassan At Tantawi memuat naik di akaun fesbuknya dengan dakwaan palsu " YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mewakili kesatuan itu telah menghadhiri satu persidangan di Tehran yang mempertemukan alim ulamak Islam dari seluruh dunia dan juga para pemimpin Syiah di Tehran."

Kanto ! Sebab hingga kini Tantawi belum lagi menarik balik dakwaan palsunya itu dan mohon maaf kepada pembaca.


Kantoi ! Sebab pada 15 Dis anak Hj Hadi telah mencadangkan bapanya menjadi orang tengah untuk merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria lantaran kedudukan bapanya dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu. Cadangan konon!! Sedangkan pada 15 Dis itu, Hj Hadi sudah berada di persidangan Teheran dan telah menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan persidangan itu  dan bersalam dengan penjenayah penumpah darah Ayatullah Ali Khamenie (Sabtu 17/12/2016) - Maklumat ini diperolehi dari Prof. Dr. Abdel Fattah al-'Awaisiy yang telah mengutus surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia meminta supaya Hj Hadi dipecat dari keahlian Kesatuan Ulama Islam Sedunia.Sebelum ini beliau mengecam keras kehadiran Hj Hadi ke Teheran sebagai sangat mengaibkan dan menganggap Hj Hadi telah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria.
Comments
6 Comments

6 comments :

TIMNAJIB said...

kantoi...kantoi dan terus kantoi.
akhirnya nanti....parti PAS akan duduk dalam gua. ajaran Islam mereka...ajaran Islam berat sebelah sahaja. rakyat yang cerdik akan tinggalkan PAS. PAS akan jadi seperti parti Umno..parti belagak,sombong bodoh tak boleh di ajar.

Anonymous said...

ada sebab beliau ke sana,tunggulah dan siarlah jawapan beliau dan apa matlamat beliau ke sana.berpolitik secara matang.bukan caci maki.

Anonymous said...

Orang agamawan dalam PAS telah tercemar dengan najis berbohong. Dan nilai dan kedudukan ilmu kesemuanya sudah jadi tahap biasa-biasa. Bukan tahap berdakwah atau apa lagi tahap perjuangan..

Anonymous said...

Bohong adalah diantara bibit2 permulaan kemunafikan. Awas org yg biasa cakap bohong. Setpol hj hadi kali ini ditangkap berbohong. Sebelum ini adakah dia jg kerap berbohong?

tanya sama itu hud hud said...

awal2 setpol hadi dah kantoi menipu dan jual nama kuis,pastu padamkan artikel.
kalau awal2 dah menipu,hanya walaun yg nak junjung dan telan segala jawapan ketua jebon.
ni berpolitik menatang namanya boh

Anonymous said...

Kalau zaman dajal datang nanti, dia pasti akan jadi pengikut dajal yg setia dgn dedak dan kemewahan yg ditabur dajal..Manuasia bertopeng yg paling tidak boleh dipercayai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...