BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Saturday, December 10, 2016

Benarkah Najib digesa letak jawatan?


Sekonyong-konyong tersibar surat yang kononnya dari Timb Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penggulingan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan beberapa nama yang sangat rapat dengan Najib.

Kalau surat tersebut adalah benar, maka pastinya akan berlaku pergolakan yang sangat parah dalam Umno ....

Antara kandungan surat yang bertarikh 9 Dis 2016 ialah :

2. Namun tidak dinafikan maruah Negara semakin tercalar dengan pelbagai skandal yg terpalit membabitkan individu tertinggi yang kita sedia maklum mengurus tadbir Negara atas kepentingan peribadi 

3. Kita sangat maklum dengan skandal-skandal yang terpalit keatas Dato’ Seri najib Razak yg mana tindakan beliau dalam ‘mencuci’ namanya semakin membawa Malaysia dari sudut sosio-ekonomi dan penyatupaduan masyarakat ke arah yang lebih menggusarkan. 

4. Malah Barisan Nasional hakikatnya semakin lemah di segenap peringkat atas tindakan beliau yang sekali gus membawa kita selaku pemimpin dan wakil rakyat ke arah kejatuhan, hakikatnya kita lemah namun dilihat kuat kerana pembangkang buat masa ini lemah, satu hakikat yg harus kita terima. 

5. Oleh itu saya mencadangkan kita wajib mengambil tindakan drastik dalam menyelamatkan Barisan Nasional agar terus menerajui Malaysia sekurangnya dengan mengembalikan undi 2/3 dalam Dewan Rakyat sebagai tanda aras kepercayaan rakyat kembali kepada kita. 

6. Tindakan yang harus diambil dalam masa terdekat ialah memberi tekanan pada Dato’ Seri Najib dari dalam di segenap peringkat parti komponen Barisan Nasional untuk mendesak beliau meletak jawatan. 

7. Sekiranya beliau masih berkeras dalam usaha mengaburi perihal skandalnya, suatu usul undi tidak percaya haruslah dilakukan pada siding parlimen akan datang. 

8. Saya juga melampirkan senarai cadangan kabinet yang lebih efisien di mana saya yakin mampu berkhidmat demi Malaysia yang lebih baik. Senarai ini jelas tidak menampilkan beberapa nama dalam memecahkan tradisi kuasa turun temurun dari legasi keluarga ke keluarga dan anak beranak, juga bagi mengelakan nepotisme dan kronisme yang membarah dalam Barisan Nasional, Bertikut adalah lampirannya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 
DATO’ SERI DR AHAMAD ZAHID HAMIDI 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan 
YB ENCIK KHAIRI JAMALUDDIN ABU BAKAR 

Menteri Dalam Negeri 
DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ 

( Perlantikan yang lain-lain tu korang sila semak sendiri ….. )

 9. Maka saya meminta pihak Tan Seri / Dato Seri / Dato / Tuan/Puan mempertimbangkan cadangan saya demi Negara tercinta dan Malaysia yang lebih baik. Ingin saya berpesan di sini memetik kata-kata hadis dari junjungan besar Islam, Rasulullah SAW ….. 

Surat tersebut diakhiri dengan tandatangan
 Dr Ahmad Zahid Hamidi

Berikut adalah antara nama-nama yang TIDAK tersenarai :

Dato’ Seri Najib Tun Razak 
Hishammuddin Hussein
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom 
Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim 
Tengku Adnan Tengku Mansor 
Abdul Azeez Abdul Rahim
Shahrizat Abdul Jalil
Tan Seri Noh Omar

Perkara yang paling mengejutkan ialah perlantika TAN SRI RAZALEIGH HAMZAH sebagai Menteri Perdagangan dalam negeri dan Senator yang baru dilantik, KHAIRUL AZWAN HARUN sebagai Timb Menteri di Jabatan Perdana Menteri ….. ~ SUMBER
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Biar betul ni???
Terdapat 3 kemungkinan yang boleh dipertimbangkan iaitu;

1. Surat yang dimaksudkan itu memang benar-benar dibuat oleh individu tersebut, atau

2. Surat itu disediakan oleh pihak mereka sendiri (musuh dalam selimut) untuk memburukkan nama individu yang dimaksudkan, atau

3. Surat itu disediakan oleh pihak lain yang bertujuan untuk melaga-lagakan kumpulan lanun berkenaan.

Jika benar wujud surat seperti diperkatakan itu waima walau tidak benar sekalipun, ia sudah pasti menimbulkan rasa curiga kepada kepala lanun kurun ini.

wijaya kezuma said...

Pertelingkahan ini tentu menjejaskan kan ekonomi rakyat marhain..ekonomi peminpin tetap stedi..

Anonymous said...

Kalau bn yg perintah..sama saje..buang bn..pilih pr..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...