BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, December 07, 2016

Buat aduan palsu kepada polis pun boleh jadi senator...


  Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini, beberapa bulan lalu, telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

 Dakwanya, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

 Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Azwan amat serius, iaitu kesalahan terhadap negara yang mana ia adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.

 Polis yang menyiasat, akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ia “bukan dakwaan semata-mata tanpa asas”.

 Sewajarnya Azwan dikenakan tindakan dan didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang penjawat awam dengan mulut atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu.

 Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

 Seksyen 499 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan memfitnah untuk merosakkan nama baik seseorang yang menyebabkan seseorang itu dipandang menjijikkan dan keji. 

 Rupa-rupanya Azwan ini bukan sahaja dilepaskan begitu sahaja, tetapi anugerah istimewa telah menunggunya. Dan hari ini dia dilantik sebagai seorang senator!
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

salam cikgu..di dalam ini negara bolehland darul kangkongland..suma perkara yg mustahil bule terjadi..sat lagi kita bule tngok plk hj hadi bersiputbabi dgn sibutak bibir pink.kakakakaka...

Anak bangsa said...

Lepas ni rani kulop dapat jadi senator...untungnya rakyat malaysia.

Anonymous said...

Dlm umno kalo senator tu makna warga kelas dua. Kasta bawah ler. Taraf pencacai atau macai. Huhuhuhu

Anonymous said...

Low class punya budak. Jamal jamban lg power. Mana boleh lwn boss Kj menantu dollah al tiduri wal hadari. Kalo ako umnok aku pilih jamal pak tongkol @ jamban taik @ samseng hidung darah. Kahkahkah

Anonymous said...

Upah yg baik untuk kerja yg baik...laporan polis hanya untuk mensensasikan kononnye 3 tan sri berkomploT...najib tak akan biarkan kes siasatan rasuah keatas dirinye di bicarakan dimahkamah..nanti banyak lobang2 yg pecah...

Anonymous said...

Yang tiga mangkuk ayub tu pun dapat habuan masing-masing. Langsung tak cakap apa-apa atau menghubungi peguam. Baru lapuran palsu.. Tak kan dah kecut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...