GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, December 19, 2016

Eloklah Azmin dan kartelnya bergabung sahaja dengan PAS.


 Tian Chua dan Dr Afif Bahardin dari PKR akan  bersama dalam program ceramah anjuran Pemuda Pas pada 29 Dis di stadium di Kota Bharu. Selain mereka berdua, akan turut disertai dua pemimpin dari parti Bersatu.

 Nampaknya penyertaan mereka dari PKR dan Bersatu dalam majlis anjuran Pas ini menunjukan mereka terus keliru apabila masih mengharapkan Pas menyertai mereka.

 Kita berharap PKR dan Bersatu tahu menghormati dan bertegas untuk bersama Pakatan Harapan setelah baru sahaja memetrai perjanjian.

 Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

Tian Chua seringkali membuat kenyataan bahawa pembangkang susah nak menang tanpa sokongan Pas. Sementara Dr Afif baru-baru ini mencadangkan agar PKR dan AMANAH begabung.

 Terkini, Datuk Seri Azmin Ali berkata, pnggabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbangkan.

 Memberikan contoh penggabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti Keadilan Nasional sebelum ini (bergabung menghasilkan PKR), Azmin berkata, kalau kita gabungkan (PKR dan Amanah), itu akan jadi suatu kekuatan baru," katanya.

 Kenyataan Azmin ini hanya mengesahkan cakap-cakap bahawa cadangan supaya PKR dan AMANAH bergabung oleh timb amk pusat Dr Afif Bahardin sebelum ini memang datangnya dari Azmin sendiri.

 Ini menunjukan bahawa Azmin masih lagi mengharapkan jentera Pas untuk membantu menjamin kedudukannya di Gombak walaupun kebanyakan jentera Pas telah beralih ke Amanah dan akan bergrak kerja untuk Pakatan Harapan pada PRU14.

 "Kini jentera pilihan raya itu sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihan raya dalam PRU14 nanti,"   kata Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu baru-baru ini.

  Apakah gesaan Azmin ini kerana takutkan ugutan Pas yang mahu meletakan calonnya di kerusi PKR bertanding termasuk di Permatang Pauh?

 Kalau Azmin tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan Pakatan Harapan, apa gunanya kerjasama ini? Eloklah Azmin dan kartelnya bergabung sahaja dengan PAS.

Teringat peristiwa bilamana Presiden PAS pernah menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain….

 Tidak pasti samada tawaran tersebut masih valid lagi untuk dibawa ke PRU 14 nanti.... Eloklah Azmin terima dan bawa bersama sekali  Tian Chua dan Dr Afif!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Tian chua ada sebab utk bersama PAS sb kaw.Adun dia bertanding ramai penyokong Pas.Azmin mmg dh teruk.senang jer klu nk tendang 2 orang ni kalah depa pada PRU 14 nnti.Depa berdua ni Duri dalam Daging dalam Parti dan Pakatan Harapan

Fadzil Marzuki said...

Saya pengundi parlimen batu tak kan undi PKR / Tian Chua lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...