GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, December 24, 2016

Hj Hadi : Letak Jawatan atau Dipecat?


  Daripada kena pecat, eloklah Hj Hadi letak jawatan. Dia sudah bertelagah angin dengan Ketuanya, Sheikh Yusuf al-Qardhawi dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Tunggu buat apa lagi?

 Tambahan pula Prof. Dr. Abdel Fattah al-'Awaisiy telah mengutus surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia meminta supaya Hj Hadi dipecat dari keahlian Kesatuan Ulama Islam Sedunia.  Baca  di sini

Sangat mengaibkan kerana dunia Islam menganggap Hj Hadi telah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria.

Lihatlah sendiri telatah gelojoh dan terburu-buru Hj Hadi ketika di wawancara oleh wartawan. Belum sempat soalan habis dikemukakan lagi dia dah tak sempat-sempat nak menjawabnya... ada ketikanya, lain ditanya, lain dijawabnya...

Wartawan : Dato Seri, bagaimana dengan kunjungan ke Teheran itu mendapat kecaman Presiden KUIZ sendiri, Yusuf al-Qardhawi so apa .... (Belum sempat habis soalan, Hj Hadi lantas menjawab... )

Hj Hadi : Saya sudah menulis surat dan saya bersedia untuk letak jawatan dan saya bukan minta jawatan, dia lantik saya ...Saya tak hadir muktamar dia...

Wartawan : Tapi kiranya dia ada berhubung secara peribadi dengan Dato Seri... ( Belum sempat habis soalan, Hj Hadi lantas menjawab... )

Hj Hadi : Ya, saya tulis surat... cukup dengan surat saya itu... Beliau uzur.... telinga tak dengor... mata tak berapa nampok... Tak tahu samada kenyataan dia benar atau tidak!

Wartawan : Melalui fesbuk pun tak tau?

Hj Hadi : Saya tak tahu! Tak tahu... beliau uzur! Beliau uzur... dan telinganya tak dengor... guna alat pun payah nak baca pun tak nampok... saya tak tahu samada daripada beliau atau dari orang lain!

Wartawan : Surat itu dihantar bila, Dato Seri?

 Hj Hadi : Ya?

Wartawan : Surat itu dihantar bila?

Hj Hadi : Tak dak! Surat saya?

Wartawan : Ya....

Hj Hadi : Surat saya empat hari yang lepas.

Wartawan : Empat hari yang lepas...Kali terakhir Dato Seri .... (Belum sempat habis soalan, Hj Hadi lantas menjawab... )

Hj Hadi : Saya hantar ke Setiausaha Agong... supaya dibaca oleh mereka dan setahu saya seorang sahaja yang suruh pecat saya tu... yang lain senyap tak kata apa .Seorang sahaja, duduk di UK, dia ini jadi Rektor kepada Universiti di Ireland, universiti dibiayai oleh Negara Teluk. Barangkali dia bekerja dengan Negara Teluklah, yang ini sahaja, yang lain senyap tak kata apa./

Wartawan : Dato Seri, mengenai kesihatan al-Qardhawi itu, daripada mana yang Dato Seri dimaklumkan yang dia berlaku lama tak sihat?

Hj Hadi :  Eh! Saya jumpa dia.... terakhir baru dua, tiga bulan lepas.... dan saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat yang beliau tak jadi pengerusi mesyuarat .... yang lain pun udzur ...tua-tua semua ... banyak udzur...

Wartawan : Rasa berat hati tak meninggalkan KUIS?

Hj Hadi : Ya?

Wartawan : Rasa berat hati tak dengan keputusan untuk .....

(Dua kali soalan diulang, tapi Hj Hadi jawab benda lain.... kah! kah! kah!)

Hj Hadi : Saya mahu supaya Kesatuan Ulamak ada pendirian dia sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar, dipengaruhi oleh mana-mana negara, kena ada pendirian dia sendiri. Dan saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar bahawa 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. 30 peratus adalah Sunni. Berapa juta, daripada 30 peratus itu orang Sunni. Yang hadir muktamar itu banyak sebahagian besarnya adalah ulama-ulama Sunni daripada Iran. Apa kita nak letakkan kedudukan mereka?

Sila dengar sendiri rakaman vdo : Saya sedia letak jawatan - Abdul Hadi

  Berikut adalah beberapa komen / riaksi netizen :

Ahmad Sayuti Bashiron : Keadaan kesihatan Dr Yusuf Qaradhawi disebut dengan penuh yakin petang tadi;

 1. Telinga Qaradhawi sudah tidak dengar
 2. Mata Qaradhawi sudah tidak nampak

 Digambarkan seolahnya Qaradhawi sudah tidak layak memimpin, sudah tidak tahu apa yg berlaku dlm Ittihad Ulamak Dunia, bahkan cuba menggambarkan bahawa seolahnya bantahan Ittihad Ulamak Dunia terhadap kehadiran TGHA ke Iran tersebut bukanlah daripada Qaradhawi sendiri.

 Ikhwah,

 Saya, kita, dan dunia seluruhnya sedang menyaksikan bahawa TGHA "sedang berbohong secara terbuka" dalam video ini.

 Allahul musta'aan...

 Nota : Pada minggu lepas, 9 Jumaat - Dr Yusuf Qaradhawi berada di Masjid Al-Fateh Istanbul, memberikan syarahan hampir satu jam, ceria dan berjenaka, mendengar dan menjawab pelbagai soalan, serta pandangan mata syeikh melihat dgn baik serta melontar senyuman pada sidang hadirin yg ramai.

Akram Yusof : Hari tu..dia kata Qardhawi call dia, cakap penubuhan AMANAH adalah haram. Semalam dia cakap, Qardhawi sudah uzur. Beliau dh lama menderita masalah pendengaran sehingga dengan bantuan alat pun tidak berkesan.. Just wondering.. Mcm mana Qardhawi boleh cakp melalu fon call kalau dia ada masalah pendengaran?

Ustaz Miqdad Zakaria: Seorg sahabat dlm Ikram, Ust Mohd Fairuz Mohd Fathillah baru minggu lepas berada dlm majlis bersama al-Qaradawi. Dlm majlis itu menurutnya, al-Qaradawi menjawab soalan org2 yg bertanya dgn baik.
Comments
4 Comments

4 comments :

tanya sama itu hud hud said...

munafik mabuk pil kuda..

Anonymous said...

Pendengaran Sheikh Yusuf al-Qardhawi yang dikatakan tidak berapa jelas itu, mungkin kerana gaya pengucapan Hadi sendiri yang tidak jelas didengari. Dia sendiri yang bercakap bagaikan orang lidah bercabang, lalu dituduhnya pula Sheikh Yusuf al-Qardhawi tidak baik pendengaran. Lain yang ditanya, lain pula dijawabnya. Usahkan Sheikh Yusuf al-Qardhawi, saya sendiri pun perlu mendengar ucapan Hadi berulang-ulang kali, baru boleh faham biji butir apa yang beliau perkatakan. Apa-apa hal pun, salahkan orang lain dulu...diri sendiri tak salah, kannn

TIMNAJIB said...

Husin,
Hmmmm....apa nak di kato...
Aku takut dengan Hadi Awang...
Takut...diperhujung hidupnya
nanti.. dia sesat.

Tun Mahathir pula...awalnya beliau jahat...diperhujung hidupnya...dia berubah kepada kebaikan mahu melawan kejahatan perompak negara dan perbetulkan keadaan negara.

Anonymous said...

Kita sendiri yang 'pecat' dia.

Ada jawatan pun dah tak berguna. Apa dia boleh buat setelah tindakan dia di persoalkan dan walaupun seorang tetap ada cadangan supaya dia di pecat.

Kat Malaysia ini bukan tak ada ulamak yang setanding Hj Hadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...