GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, December 16, 2016

Imam Za'aba dianiaya oleh parti lamanya...


Mohon simpati dan solidariti untuk Imam Za'aba. Dia telah dianiaya oleh parti lamanya... Inikah parti yang mengaku memperjuangkan Islam tapi mungkir janji dan tidak mahu bertanggung jawab!

 Selepas PRU 2013, Za'aba Ibrahim, bekas Exco Pemuda Pas Johor telah bersetuju agar namanya digunakan oleh parti itu sebagai plaintif dalam petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Pulai. Beliau ketika itu bersetuju namanya digunakan kerana Pas turut bersetuju untuk menanggung semua kos dalam petisyen tersebut.

 Namun, pada Januari 2014, Mahkamah Rayuan telah menolak petisyen itu dan Za'aba diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM50 ribu dan tarikh akhirnya untuk membuat pembayaran ialah pada 17 Januari 2017.

 Kegagalan membayar denda itu menyebabkan Za'aba kini berdepan dengan kemungkinan untuk diisytiharkan muflis. Yang menjadi masalah sekarang ialah Pas enggan bertanggungjawab terhadap kos yang terpaksa dibayar oleh Za'aba itu hanya kerana beliau bukan lagi ahli Pas, sebaliknya sudah menyertai Amanah.

 Pesuruhjaya Pas Johor, Dr, Mahfodz Mohamed mengesahkan bahawa Pas tidak akan membantu Za'aba kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.9 Dia tidak lagi ahli Pas, jadi mengapa kita perlu bantu beliau? Jika dia masih ahli Pas, kita akan bantunya, kata Dr Mahfodz lagi.

 Soalnya, adil dan wajarkah sikap Pas itu?

 Apakah Pas tidak sedar bahawa Za'aba bersetuju namanya digunakan adalah kerana taat kepada parti itu dan ketika petisyennya ditolak pada 2014 juga, beliau masih lagi merupakan ahli Pas?

 Dimana keadilannya? Kenapa beliau diperlakukan sebegini rupa dan apakah Pas sebagai parti yang berjuang atas nama Islam, tiada langsung sifat belas dan timbang rasa kepadanya?

 Marilah kita hulurkan sedikit bantuan hari ni bank-in RM 10.00 seorang...akaun no : 8602459375 CIMB, parti Amanah Negara negeri Johor....kalau ada 5,000 org.... selamatlah sahabat kita yg teraniaya.

(Disunting dari Shahbudin dot.com)
Comments
2 Comments

2 comments :

TIMNAJIB said...

Apo nak dikato husin...
Dalam masa 2 thn kes ni..PAS hanya gentel telo shj..tak membantu. bila budak ni...masuk AMANAH. pandai pula beri alasan..perangai mcm ni kah..nak memerintah jaga kebajikan rakyat berbilang bangsa dan agama?
Masa budak tu.. jadi ahli PAS pun tak boleh bela.

Macam ISU IBU HAFIZAH TINGGAL DALAM KHEMAH. PAS Kelantan indah khabar dari rupa.

Anonymous said...

Pas x ada maruah
Sia2 berjuang utk pas
Parti penipu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...