BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Tuesday, December 27, 2016

kenapa Pas masih tak saman Sarawak Report?


  Apa sudah jadi dengan ancaman Pas keatas Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report yang tuduh Hj Hadi terima RM90 juta dari PM Najib?

  Ramai yang bertanya, kalau tuduhan itu hanya fitnah, kenapa Pas masih teragak-agak nak saman Sarawak Report?

 Menurut Takiyuddin surat itu telah dihantar kepada Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London, England, mengemukakan 3 tuntutan dan surat berkenaan berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

 Sejak 16 Ogos lagi Hj Hadi kata nak saman Sarawak Report dan Takiyuddin, Setiausaha Agong Pas, umumkan pada 25 Oktober lalu, nak hantar surat kepada editor Sarawak Report ... 

 Orang ramai yang terus tertanya-tanya dan menunggu perkembangan seterusnya... hanya dimaklumkan bahawa surat tu baru sahaja dihantar pada 13 Disember yang baru lalu ....

   Kini perkara yang sama terus berlaku. Kini tempoh tujuh hari yang diberi kepada Clare supaya menarik semula tuduhan tersebut sudah seminggu berlalu begitu sahaja. Masih belum nampak ada perkhabaran baru mengenainya.

 Empat bulan sudah berlalu dan orang ramai mahu melihat tindakan keras diambil ke atas Sarawak Report yang memfitnah Hj Hadi kononnya menerima RM90 juta dari PM Najib.

 PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK.

 Sekadar penafian sahaja tidak setimpal dengan kedudukannya sebagai seorang ulama agong taraf dunia. Mana bisa seorang ulama ternama sepertinya difitnah menerima sogokan dari seorang yang dikenali dunia sebagai Kleptokrasi!  
Comments
6 Comments

6 comments :

TIMNAJIB said...

PAS sudah terperangkap dengan budi pemberian Najib Tun Razak. Penyokong dan ahli PAS berpusing2 seperti gasing.

Hakikatnya...kedudukan PAS skrg ini.. sudah berjaya ganti perangai serupa Presiden UMNO.

Hanya sekadar hantar notis sahaja sepertimana Najib buat terhadap WSJ.
selepas htr...senyap sunyi dan sepi sahaja...saman entah kemana2 entah..hari selesa terus berlalu..

Well done PAS....anda berjaya masuk perangkap politik UMNO. Salahkan diri sendiri! Selamat sedondon dan selamat kena tendang dengan rakyat kebanyak kan...coming soon.

tanya sama itu hud hud said...

tak tumbuh tak melata..
tak sungguh orang tak kata..

Anonymous said...

Hello brother

Mula-mula tulis dalam bahasa arab....nak kena terjemahkan ke bahasa trengganu, sekelian lama.

Dari bahasa trengganu ke bahasa melayu ...sekelian lama.

Dari bahasa melayu ke.bahasa inggeris...Lagi lah lama..

Dah siap.. kena pulak semak samada kena tak dengan bahasa law..

Betul dah hantar dan bagi tempoh 7 hari.. krismas pulak dah. Lepas krismas dia orang sambut pulak new year..

Tenguk lah lepas macamana ?

Mr. said...

Sembang si Ayatollah Hadi

Anonymous said...

PAS masih menunggu Clare Rewcastle Brown untuk memberikan jawapan dalam bahasa arab daa...

Anonymous said...

Aku rasa SR ada strategi dia. Dlm masa 4 bulan kebelakang SR ada banyak masa utk korek dan cari bukti. Mungkin tunggu pengumuman PRU saja. Lps tu segalanya terburai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...