GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, December 16, 2016

Nak suruh bekerjasama pun gagal, inikan pula nak bersatu (bergabung)...

Saranan Dr Afif timb amk pusat agar AMANAH bergabung dgn Keadilan telah ditolak oleh Setiusaha Agong Keadilan Sdr Saifudin Nasution atas alasan Amanah wajar diberi peluang utk kembangkan sayapnya.

 Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan pula berkata AMANAH sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.

 Sila ikuti pula pandangan dan teguran berupa muhasabah secara keras (qaulan syadida) daripada Ahmad Sayuti Basiron:

Ini contoh kejahilan dalam kepimpinan PH / Pkr yg sgt susah utk dibetulkan...

 Qaradhawi sebut...:

 Antara punca plg utama perpecahan ummah adalah sebab "terlalu mahu bersatu", atau terlalu memaksa utk kesatuan diwujudkan walhal perbezaan sendiri pun gagal di uruskan.

Sama juga dlm Pas.

 Antara punca utama Kubang Lembek aka Pas Terengganu sgt berhukum "haramnya ta'adud jama'ah" adalah kerana mahukan semua org "bersatu dlm Pas". Maka mereka haramkan JIM, Haluan, Abim atau apa pun jamaah lain.

 Nik Zawawi pun sebut di khalayak students Mesir pada 20/4/2012.... "Ikram, Abim, Haluan, Isma... sbg "jamaah bathil". Hanya kerana mahukan semua org sokong Pas, beri undi pada Pas dlm PRU13 lepas.

 Mereka tolak pandangan rasmi Qaradhawi yg menyatakan "taadud jamaah adalah harus", selama ia bersifat tanawwu' dan ta'awun dgn matlamat Islam yg sama. Yg berbeza hanyalah approaches / strategy (wasilah).

 Qaradhawi sebut yg diharamkan berlaku adalah apabila taadud jamaah bersifat "tanaqud" atau saling wujudkan berbalahan.

 Pandangan Qaradhawi ini ditolak oleh Dewan Ulamak, dan skrg ditolak oleh majoriti Pas. Semua org diwajibkan secara qat'ie utk bersama Pas, maka di situlah "kunci apabila nak masuk syurga" dgn nombor keahlian Pas. Kejahilan yg dah sampai tahap sesat yg menyesatkan.

 Bila cartel dah sgt rapat dgn Pas skrg...

 Maka skrg sbhgn cartel pun dah berfikir yg sama. Ajak semua masuk PKR utk mudahkan kerja. Walau jelas matlamat dan halatuju PKR langsunng tak sama dgn Amanah.

Inilah manifestasi kegagalan berhujjah dan kegagalan menguruskan perbedaan.

 Maka Qaradhawi menyebut inilah antara faktor plg utama perpecahan itu lebih meluas apabila fitrah perbezaan cuba dinafikan, tapi meletakkan kekuasaan sbg jalan penyelesaian...

Komen al-Husseyn :

Apa yang disanggah oleh Ahmad Sayuti diatas itu adalah berhubung sikap sebahagian kalangan pimpinan PKR yang dikenali sebagai 'cartel' yang masih menganggap AMANAH  tidak mampu berkembang untuk menggantikan Pas.

Gabungan tiga parti DAP, PKR dan AMANAH menubuhkan Pakatan Harapan adalah untuk menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur akibat pengkhianatan Pas.

 Jelas bahawa kewujudan AMANAH dalam Pakatan Harapan adalah sebagai menggantikan Pas.

 Namun ada kalangan 'cartel' yang masih lagi tergila-gila mengharapkan Pas untuk membantu menjamin kedudukan mereka walaupun telah banyak kali Pas melakukan pengkhianatan terhadap PKR. Masih tidak serik?

 Tian Chua dari PKR menyatakan tidak yakin boleh menang dalam pilihanraya umum akan datang tanpa sokongan Pas. Sebaliknya Dr Hatta Ramli bekas Pengarah Pilihanraya Pas yang kini bersama Amanah dengan penuh yakin menyatakan akan meletakan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang!

 Tian Chua kalau tidak yakin menang di kerusi Batu, eloklah serahkan kerusi Batu kepada Amanah sebagaimana saranan Sani Hamzan, Ketua Pemuda AMANAH.
Comments
2 Comments

2 comments :

abrarmujahideen said...

Sesuais utk kartel Azmin Ali kahkahkah

Saya Aida said...

RESPON TERHADAP ISU PETISYEN PARLIMEN PULAI

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Saya telah membaca satu berita dalam sebuah portal maya bertajuk "Bekas ahli PAS berdepan risiko muflis" berkaitan dengan kos guaman yang telah dikenakan ke atas sdr Za'aba bin Ibrahim.

2. Saya telah menghubungi sdr Za'aba melalui telefon pada petang hari Khamis dan kami telah bercakap selama hampir setengah jam berkaitan dengan isu ini.

3. Za'aba adalah di antara sahabat yang sangat rapat dengan saya bermula daripada PASTI sebagai Bendahari di waktu saya sebagai Pengarah PASTI Negeri Johor dan pernah menjadi Exco Dewan Pemuda dan Setiausaha Politik kepada saya ketika saya diamanahkan sebagai Ketua DPPNJ.

4. Dalam perbualan kami, beliau telah menjelaskan tentang kes yang beliau hadapi dan kutipan yang diterima masih lagi jauh daripada jumlah yang dikenakan ke atasnya sebagai Pempetisyen Parlimen Pulai.

5. Dalam perbualan tersebut, saya juga memberikan beberapa idea kepada beliau bagaimana untuk menyelesaikan perkara tersebut. Sdr Za'aba juga memaklumkan kepada saya bahawa kutipan masih belum mencukupi lagi.

6. Dalam perbualan tersebut juga saya telah mengingatkan kembali sdr Za'aba bahawa semua pempetisyen termasuk beliau bahawa risiko yang bakal dihadapi apabila kes tersebut kalah di mahkamah iaitu kemungkinan akan jatuh jatuh muflis jika denda tidak diselesaikan dan ketika ia difailkan di mahkamah beliau juga memahami tentang risiko itu.

7. Sebagai makluman, keputusan PAS Pusat bahawa petisyen hanya perlu dilakukan jika kekalahan yang majoriti kurang dari 1000 undi. Di Johor hanya kerusi DUN Gambir yang memenuhi kreteria tersebut namun DUN Mahkota, DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai tidak termasuk dalam kerusi yang perlu dipetisyenkan. Petisyen bagi Parlimen Pulai adalah di atas permintaan mantan calon yang bertanding ketika itu.

8. DUN Mahkota sebagai contohnya telah kalah 1,107 undi namun petisyen telah dibuat kerana isu terdapatnya kertas undi luar iaitu daripada DUN Nusajaya dalam tong undi awal DUN Mahkota. Petisyen telah dibuat setelah PAS kawasan Kluang bersetuju dengan keputusan untuk memfailkan petisyen tanpa mengeluarkan apa-apa kos.

9. Saya selaku Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang dan mantan calon telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan dana bagi menanggung kos guaman tanpa menggunakan kewangan PAS kawasan Kluang.

10. Begitu juga dengan kos untuk membayar denda apabila kes kalah di mahkamah turut tidak menggunakan kewangan PAS tetapi satu jawatankuasa dibentuk untuk mengumpul dana.

11. Saya menghubungi Pemangku YDP PAS kawasan Pulai sdr Dzulkifli Suleiman untuk mendapatkan maklum balas tentang kedudukan petisyen bagi kerusi Parlimen Pulai.

12. Difahamkan bahawa AJK PAS Kawasan Pulai tidak pernah bersetuju di dalam mana-mana mesyuarat ketika itu tetapi hanya dimaklumkan sahaja oleh YDP sdr Abdullah Ideris tentang penggunaan kewangan untuk kos mahkamah. Malah, PAS kawasan Pulai telah pun membelanjakan RM10 ribu untuk memfailkan petisyen pada peringkat awal.

13. Saya bersimpati dengan bebanan yang dihadapi oleh sdr Za'aba dan saya mendoakan agar beliau akan berjaya mencapai sasaran mengumpul sumbangan yang diharapkan.

Sekian. Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
18 Disember 2016

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...