SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

RAYA PAKATAN

RAYA PAKATAN
JOM BERSAMA RAYA

Sunday, December 18, 2016

Orang PAS berlakon jadi pembela Sultan dan Raja....


  Walaupun telah mengakui ketelanjuran kata dan memohon maaf secara terbuka  kepada YDP Agung dan rakyat Malaysia (baca di sini), Mohd Faiz terus dikecam terutamanya oleh kalangan walaun dari Pan Malaysia Islamic Party yang turut mengambil kesempatan cuba mengaitkannya dengan parti Amanah Negara.

   Setiap orang ada melakukan kesilapan dan keterlanjuran. Apa yang penting adalah sikap dan tindakan seseorang itu apabila telah menyedarinya.

  Sikap dan tindakan Mohd Faiz yang telah mengakui ketelanjurannya dan telah pun memohon maaf patut mendapat pujian. Dia adalah lebih baik dari orang yang sombong dan tidak mahu mengaku kesalahannya memfitnah pill kuda, tuduh orang itu kominis, tuduh orang itu kapior, tuduh orang tu mati akan ditanam di jirat Cina.....

  Dengar ceritanya, kini Mohd Faiz dah ditangkap polis dan ditahan di IPD Klang semalam untuk direman hari ini...??

Sifat peribadi Sultan Kelantan, yg merendah diri.. yang bersahaja itu bukan lah perkara baru, memang menjadi amalan biasa Sultan Kelantan sejak pemerintahan Tok Guru Nik Aziz lagi.. ia bukan satu perkara yang kita harus hairan dan takjub...

  Tapi apabila ada yang terlalu berlebih-lebihan memuji, maka tidak hairanlah ada pula yang berasa jelek dan terasa macam nak muntah! Umpama kita dihidangkan minuman yang terlalu berlebihan dibubuh gula hingga kemanisan nya itu tidak dapat diterima oleh tekak dan jika diminum juga, mungkin mengakibatkan muntah!

 Berikut beberapa komen netizen menyentuh kenyataan Mohd Faiz :

  Kecoh pula viral tentang budak bernama Faiz yang mengkritik imej warak YDP Agong.

 Heh. Anda baru jumpa satu spesis mcm ni ke? Saya jumpa spesis mcm ni sangat ramai dah. Faiz tu kira paling proper laa ayat dia. Malah yang kritik dan kutuk imej islamisasi YDP Agong sangat ramai. Bahkan sebelum beliau jadi Agong lagi. Anda sahaja yang masih bergelumang dengan dunia puji-pujian. Anda hanya ada friend dan friend of friend yang baik-baik je, kan? Wake up lah.

 Saya terdetik, takkan YDP Agong yg tak pernah 'kacau' orang, tak pernah ada rekod buruk, malah bagus pula tu... takkan laa ramai kutuk dan menyampah?

Saya kaji puncanya. Salah satu puncanya adalah mereka berdepan dengan golongan 'pentaksub' Agong yang berlebih2 memuji. Anda boleh buat survey sendiri. Join group2 budak-budak liberal, budak2 mabuk dunia. Anda akan jumpa.

 Sebab itu saya tulis artikel USAH BERLEBIHAN MEMUJI YDP AGONG yang tetiba orang yang takde kena mengena dengan 'memuji berlebihan' pula yang sentap. Err...bunga-bunga taksub kot? Haha jangan marah. Anda boleh saja claim "kami faham kami tahu kami kenal Sultan kami", (macamlah orang lain tak kenal ha ha). Tapi anda kena ingat, ini kehidupan di dunia, bukan di syurga. Pasti ada pro dan kontra. Jika ada yang bangga, pasti ada yang menyampah. Jika ada yang sayang, pasti ada yang benci. Anda kena faham dan berfikir. Bukan merepek seperti mabuk budu (Adei... nanti kena marah lagi lah saya).

 Hanya budak-budak tak lulus PMR je kut tak faham berkenaan artikel saya. Maaf. Untuk budak-budak terer Bahasa Melayu PMR yang kritik penggunaan "Beliau" terhadap YDP Agong. Saya mahu sebut, selalunya dalam penulisan saya, "Baginda" selalu saya guna untuk para Nabi. Saya tak mahu setarakan Agong dengan Nabi dari sudut panggilan. Maaf ye. Penulisan anda, anda punya pasal.

 Peace no War.

 Kepada budak yang bernama Faiz tu, you tak yah kritik macam orang tak study. You makan feed banyak sangat daripada pentaksub Sultan Kelantan, sebab tu you buat komen tahap sengal macam tu.

 Sebenarnya YDP Agong baru saja dilantik. Najib pon orang kasi 100 hari tempoh lepas dilantik jadi PM. Better you dapatkan maklumat daripada Istana lah apa aktiviti YDP Agong kalau you betol nak tau. Setakat makan news feed budak-budak taksub, you akan hanya nampak vertikal saja lah kut. YDP Agong is more than that lah.

 Sekian.  Dr Tanaka Mustafa

Ahmad Muslim Badawi Badawi : Orang PAS toksah lah berlakon tiba2 jadi pembela Sultan dan Raja2 pulak, dah macam perangai UMNO lah Pulak.. macam lah aku lupa.. mcm mana Ulama PAS kutuk, hina Sultan dan Mufti Perak masa rampasan kuasa di Perak dulu..mufti Harusani hangpa panggil Haramsani..

Azli Taliban siap seru demo depan Istana Perak lagi, siap ungkap rela nyawa dan darah jadi taruhan.. ada ahli PAS yg baring depan kereta Sultan.. ada pulak yang baling batu sampai pecah cermin kereta rombongan di Raja masa tu.. ye lahh.. masa tu bila UMNO kata hangpa hina Raja, hangpa tak panggil hina..hangpa Panggil itu Jihad.. kalau korang buat ada jer dalil.

Mohd Shubihi: Status Dr Faiz tu kalau pun salah dan biadap ianya adalah dari diri dan perlakuan dia sendiri, tak dak kena mengena dgn Amanah atau mana-mana parti yg berkaitan dgn Pakatan Harapan..

 Kalau pun profile dia berlatar belakang logo Amanah dan dia bergambar dgn DSAI itu tak bermakna Hj Mat Sabu atau KeADILan pun nak diseret dalam isu ini..

 Rasional la sikit walaun parti pak aji oi, kalau nak ikut sifir hampa tu maknanya semua ustat-ustat hampa tu pun mcm mokhtar senik jugak la.. jenih suka nak melucah dgn janda.. boleh ka nak kata mcm tu??

Mat Alishah : Aku heran laa tgk bila kita jd seronok dan bangga bila Tuanku turun solat... Pakai capal crook... Pandu kereta pie surau masjid solat jamaah.... Pada aku itu biasa... Tak perlu nak seronok sangat benda yg Tuanku buat tu tak ada yg peliknya.. Jika kita semua hari2 dok buat cam Tuanku... Tuanku Solat Jamaah.. Kita pon juga Allah suruh solat berjamaah... Tuanku pakai capal crook.. Kita pon pakai...

 Melainkan Tuanku arah jgn OSA kan laporan 1MDB, SPRM tangkap jerong kecik besaq bawa kemuka pengadilan.., bagi pindaan akta355 berjaya direalisasikan...itu baru satu keindahan dan kemanisan .....

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi : Kekaguman melampau kpd individu tertentu boleh membawa kepada taksub. Tidak kiralah sama ada individu yang dikagumi itu ulama, raja, ketua, syeikh, maulana, tuan, boss, suami, isteri atau sesiapa sahaja.

 Semua perkara perlu berada di atas landasan sederhana. Hormatilah orang berpangkat, berilmu, berkedudukan, berakhlak, berusia, tapi tak perlulah kagum melampau. Berpada-padalah.

 Berhala lahir daripada kekaguman melampau kepada tokoh. Ada nabi yang dipertuhankan kerana kegaguman melampau kepadanya. Itu adalah tahap yang paling teruk dalam kekaguman.

Annuar Ismail : Rakyat Malaysia nk sensetif kepada perkara yg bukan sensetif. Malah dia bukanlah kenyataan parti pon. Yg kecoh sgt sbb dia adalah ahli parti. Kalu makluk x boleh dikritik kena sound mansuhkan shj Artikel 10 Perlembagaan Persekutuaan.

Hasbie Muda : Kenyataan merapu dan takfiri YDP kawasan dan Pesuruhjaya negeri bukan kenyataan rasmi PAS.

Tetapi status kontroversi di FB milik penyokong AMANAH (yang tidak berjawatan dan keahliannya masih diragui) adalah kenyataan rasmi AMANAH. Politik matang? 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Aku tak salah rakyat kelantan kalau aku duduk dalam kasut rakyat kelantan pun aku marah sebab cuba menghina tuanku sultan begitu wark tapi yang aku hairan orang politik semua cuba menagguk diair yang keruh konon budak kurang cukup akal kenapa YDPA yang lepas-lepas tidak mengampu keperibadian agung yang lepas seperti yang diagungkan pada tuanku sultan muhammad ke v ini adakah orang politik melihat kperibadian tuanku merimaskan hati orang politik,fikirlah bukan semua kuasa yang kita miliki hak mutlak kita hanya Allah saj yang berhak berkuasa mutlak keatas hamba Nya jadi biarkanlah tuanku dengan keberadiannya inilah peninggalan Tuan Guru allah yarham Tok guru Nik Aziz Nik Mat yang jelas dihati kita tuanku adalah seorang raja dan pemerentah yan sebenarnya patuh syariah sebagai pemerentah yang memberi tauladan yang sepatutnya rakyat ikuti dan taat kpada pemerentahan nya.

kamal mansor said...

Kita patut bersyukur dapat Agong yang merendah diri dari yang angkoh tak bertempat,Allahuakhbar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...