SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Sunday, December 18, 2016

Pas lebih sesuai jadi jemaah tabligh je..

Oleh : YB Hanipa Maidin


1. Jika saya boleh mencadangkan saya ingin cadangkan Pas jadi jemaah tabligh sahaja. 

2. Kita tahu Jemaah Tabligh menjalankan usaha murni mengajak orang ke masjid untuk solat. Setahu saya Jemaah Tabligh tidak ambil pusing soal politik maka ia tak perlu nak sibuk ambil tahu pasal pilihanraya atau tahaluf siyasi. 

3. Memandangkan banyak kali kita dengar Pas kata menang pilihanraya tak penting ...maka elok sgt Pas tak payah masuk pilihanraya sebab mana mana parti politik masuk pilihanraya sebab nak menang! 

4. Skrg ni pun tak jelas Pas nak kawan dengan siapa..sama ada pakatan pembangkang atau BN? Yg terbaru saya difahamkan tiada wakil Pas yg dtg ke Putrajaya beri sokongan moral kpd DSAI n family. Jika betul, malang sungguh lah! Harap2 x betul lah walaupun frankly speaking, saya tahu sgt pendiran Presiden Pas ttg DSAI! 

5. PKR dan Bersatu yang melihat lebih jauh untuk kalahkan BN dlm pilihanraya nampaknya bersungguh sungguh cuba memujuk Pas...saya tabik usaha murni mereka...cuma satu hakikat yg penting adalah antara Pkr, Amanah, Dap dan Bersatu, bagi saya parti yg paling kenal rapat dgn Pas adalah Amanah sebab Amanah org kata tahu " ins and outs of Pas". 

6. Secara jujur, saya amat kesian dan simpati dgn ahli2 bawahan dan penyokong2 Pas spt mereka2 yg selalu beri komen dlm fb saya ni, yg saya percaya mereka yg ikhlas dan mahu lihat Islam berdaulat, tapi isunya apa yg mereka tahu tentang Pas lebih drpa apa yg Hj Mat Sabu , Hj Salahuddin Ayub, Dr Hatta Rami, Dato Husam Musa, Khalid Samad, Ust Ahmad Awang, Mazlan Aliman, Dr Mujahid, Dr Zul , Dr Maria, Dato Seri Hj Nizar, Hj Asmuni Awi dan banyak lagi tahu , yg mana mereka adalah orang yg duduk lama dlm kepimpinn Pas Pusat? 

7. Apa pun spt mana org kata, the ball is in Pas' court now.
Comments
7 Comments

7 comments :

tanya sama itu hud hud said...

mcmna nak jadi jemaah tabligh,lebai tabligh tak makan dedak,tak penah pulak jumpa puak tabligh bawa tin milo minta derma..
jadi puak almaunah ok kut.chief al senik bleh tolong ajar,ajar skali cara nak larikan anak dara org

Taming said...

apa yg penting adalah umat jgn bodoh dlm mengenal agama sendiri.

jgn fhm islam dgn hukum hakam semata2. islam membawa akhlak. membawa rahmat. supaya setiap makluk rasa nikmat hidup ini bila islam bertakhta... bukan rasa tk selesa.

daripada seekor kambing...org bukan islam...alam semulajadi dn umat khas semua merasa bertuah dgn islam..

umat jgn mudah lentuk apa saja yg dilabel islam. asalkn imej islam saja maka disokong matiwan kunun beriman lah tu.

cuba tnya pnyokong pas berapa ramai yg bc draf ruu... haramm ramai yg bc.

sebb otak dn akidah mereka dh diletak dlm poket pemimpin mereka.

sebb pemimpin dgn mudah mengguna perisai wala secara total. dn ugutan jd kafir klu tidak setuju ddn apa saja yg berimej islam

akhirnya umat beriman kpd imej semata2.. bkn roh islam sebenar.

pemimpin pula anggap mereka waris nabi saw walaupun akhlak kalah abu jahal lg.

dulu anwar dibela dlm kes fitnah liwat. sekarang anwar dibiar dgn fitnah yg sama. bukankah itu bukti pas hj hadi sudah jauh tersesat.

klu najib perompak blh disantuni atas nama melayu islam... apakah anwar bukan islam dn bukan melayu maka dia dibenci hj hadi.

bersihkn lah hati dr mazmumah... baru bicara tentang perjuangan islam.

islam dibarat berkembang pesat...islam dimalaysia semakin sendat. yg kafir terus dibiar kafir malah dimusuhi dgn label harbi.

agak2 nabi saw gembira atau sedih dgn pembawakan kamu ini?

Anonymous said...

apa la lu..mnjatuhkan imej tabligh..!! pas x layak pon nk jadi gerakan tabligh..bila mana si nonmuslim yg tak faham hukum hudud menolak perlaksanaan hudud, terus di perangi..apa hampa lebai pas ingat lin guan eng sama anthony loke tu minta nak jadi cina ka sebelum Allah hidopkan di bumi...tak ada mesra alam langsung..x dak nesra tabligh langsung,,ingat kita dah Allah takdir jadi islam di dunia ni kira utk nk perang saja dgn non muslim yg tak faham islam..cabaran tu sikit ja Allah bagi dah mengelabah nk perang DAP.(aku punya teori lain..tapi tak pa sangka baik..).ingat senang ke nk masok syurga Allah,,pakai no keahlian pas saja ka...dei poodahhh!! habih pengikut jadi bengong dgn kelaku hampa...masa pas d tadbir oleh org pantai barat dulu tak jadi mcm nie..mai sekog ni habiihss jadi tungganag tebalik..assabiyah bengong...

Anonymous said...

Belitan lobai hadi orang dah tahu..
Kalau dulu hadi cakap...aku takbiirrr
Tapi sekarang hadi cakap..takbuuurrr...
Pembelit ayat quran no 1 malaysia...

Anonymous said...

Dah lah merosakkan nama parti..

Tolong lah jangan nak kotor kan tabligh pulak !

Ketua macam itu, kalau jadi Ketua curi kambing untuk 5, 6 orang pun boleh mengagalkan operasi masuk kandang kambing.

aminsihat said...

Rasulullah pernah berpesan, dunia akhir zaman akan dipenuhi dengan fitnah yang dibawa oleh dajjal dan kuncu-kuncunya. Kebanyakan manusia pada masa itu tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kebatilan. Alim ulamak yang takut dengan Allah dituduh sebagai pendusta, manakala orang-orang fasik dan kafir dianggap sebagai pembela dan dijadikan ketua. Oleh itu kembalilah kepada Al-Quraan dan Hadith supaya kita tidak tertipu dengan fitnah atau lebih buruk lagi menjadi agen pemfitnah dengan menyebarkan berita-berita yang meragukan. Allah berfirman “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]. Wallahu A'lam.

Lelaki Dicermin said...

Boleh saudara masukkan mesej ni dlm salah satu blog pro parti pas.. biar sedar sikit.. walau 1% sedar tak mengapa.. asal ada kesedaran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...