GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, December 02, 2016

PAU : Ampusana, Ampusini ...

Ada netizen kata, kali ini paling ramai kaum Bunian turut menyertai PAU....
 PAU kali ini adalah yang paling tidak ramai dihadiri. Kalaulah ini dijadikan pengukur jumlah ahli Umno yang masih setia, berapa yang masih tinggal ??? 

"Begitu juga dengan parti politik, ada yang mengaku ahli juta-juta, tetapi bila buat majlis yang kehadiran dibayar mirip diupah, nak penuhkan dewan kecil dengan manusia biasa pun tak boleh. Sebab yang ramainya ialah ahli bunian. " tulis seorang netizen di fesbuknya.

Yang hadir itu pun belum tentu lagi akan undi umno dalam PRU 14 nanti.

 Kehadiran yang lesu jelas menyatakan kepada kita semua bahawa, PAU bukan lagi perhimpunan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia.

 Umno bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Kata-kata 'Rakyat didahulukan' hanyalah rhetorik umpama menanam tebu dibibir Najib yang merah!

Tidak ada perwakilan yg membangkitkan masalah rakyat yang dibebani kos sara hidup akibat GST, nilai Ringgit jatuh dan pemotongan subsidi hingga taraf kehidupan mendadak naik tanpa seiring dengan pendapatan ekonomi rakyat.

Kenaikan melibatkan serba-serbi, harga barang keperluan harian, kadar tambang serta kos perkhidmat­an termasuk pengangkutan awam.

Khabarnya, perwakilan hanya dibenarkan berucap dan berbahas melalui teks yang diluluskan.....Maka sebab itulah tidak ada isu rasuah dan integriti, dibangkitkan walaupun Umno sarat dengan isu-isu tersebut.

Tidak ada yang membangkitkan soal 1MDB yang melibatkan kehilangan wang kerajaan yang terlalu besar. Apatah lagi nak bertanya kepada PM Najib mengenai 2.6 billion Ringgit yang tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

Perhimpunan Umno sepatutnya menjadi flatform bagi perwakilan membawa suara daripada akar umbi dan pandangan setiap lapisan masyarakat  supaya dapat dirumuskan dan dapat dirasai denyut nadi akar umbi dan rakyat keseluruhannya bukan sekadar lebih kepada perhimpunan elit yang ampu sana, ampu sini.

Program Bicara Rakyat mendapat sambutan yang menggalakan.
Bandingkanlah dengan sambutan rakyat sewaktu Program Bicara Rakyat Melaka Bersatu, di Kg Kerubong Tengah, Melaka malam 29 Nov lalu, ribuan hadir mendengar ceramah oleh pimpinan PPBM, PKR dan PAS. Lebih mengujakan, seramai 250 orang ahli Umno Bahagian Tangga Batu isytihar keluar Umno dan menyertai PPBM!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

salam cikgu.utuk menang pru 14 seterusnya merasa mentadbir di putrajaya, barisan opposition wajib menentang amno bn dgn satu perlambangan sahaja..molek benar kiranya diguna sahaja logo PKR agar ada kesatuan disitu, ppbm dan amanah pastinya tidak keberatan agar dapat amno bn ditumbang K.o tinggal sahaja lagi dap bersediakah menggunakan logo Pkr bertanding demi realisasikan 1 lwn 1..andai yg ini pun pakatan harapan tidak mampu berkoloborasi dgn baik serta jitu, jgn bermimpi menjadi kerjaan..INI KALILAH sahaja pru ke 14 ini klu PH mau menang..(tiada istilah ini kali atau lain kali lg slps kali ini..-kata jiran sy mrs. Kaliani.)this is final chance for PH. double your strenghten until victory. Chaiyokk!!

Anonymous said...

"Bandingkanlah dengan sambutan rakyat sewaktu Program Bicara Rakyat Melaka Bersatu, di Kg Kerubong Tengah, Melaka malam 29 Nov lalu, ribuan hadir mendengar ceramah oleh pimpinan PPBM, PKR dan PAS"... Pas???..yg betul Pas ke Amanah ni Tuan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...