SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

RAYA PAKATAN

RAYA PAKATAN
JOM BERSAMA RAYA

Sunday, December 04, 2016

Ulama' Mangan dan Umara' Kleptokrasi berpimpin dan bergandingan tangan


Ulama' Mangan dan Umara' Kleptokrasi
berpimpin dan bergandingan tangan
 Hari ini PM Najib Razak dan timbalannya, Zahid Hamidi bersama-sama memimpin tangan ulama besar dunia, Hj Hadi menghadiri perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya di pekarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya di negara berkenaan.

 Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin kumpulan samseng Baju Merah, Jamal Yunus.
Hj Hadi sebaris dengan Samseng Baju Merah dan  MO1, Kepala
Kleptokrasi Malaysia 
Tahniah kepada Hj Hadi kerana berjaya dapat berkumpul bersama-sama kumpulan Jamal Yunus, samseng Baju Merah dan MO1, kepala Kleptokrasi Malaysia dalam satu perhimpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini.

"TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam"  terang Ust Idris Ahmad difesbuknya.

"Mana yang salahnya?" tanya Idris lagi. Mana mungkin seorang tokoh ulama besar dunia macam Hj Hadi boleh buat salah!

Nampak cool jer... tapi di dalam hati siapa yg tahu?
 Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh pun selamba duduk berhimpit-himpit rapat di sebelah Kat Ijat...

 Janganlah pula ada yang nak bersangka buruk dan sebarkan fitnah... Nik Abduh ni warak orangnya...

 Jangan sampai nanti mereka menadah tangan ke langit mendoakan laknat ke atas kalian ... kelak kamu tidak mencium bau syorga!

  Sumpahan ibu si Tanggang pun Allah qabulkan, inikan pula doa dari seorang ulama bertaraf dunia!
Comments
3 Comments

3 comments :

Mohammad abdul rahim said...

Jahatnya hati kau lebai husin....
Susah di akhirat kau nanti

Anonymous said...

Apakah hasil himpunan ini? Kita tgk nanti sama ada rohingya akan terselamat atau semua ini hanya satu lg sandiwara politik

Anonymous said...

Dengan nama Allah, pri14 saya tidak akan undi pas seperti sebelumnya. Umno bukan mendaulatkan Islam dan mengapa pas memuliakan umno?

Nauzubillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...