BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Saturday, December 17, 2016

USAH BERLEBIHAN MEMUJI YDP AGONG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 


1) Sejak Sultan Muhammad ke-5, ramai orang puji macam-macam. Islamik, bagus, disayangi dan sebagainya. OK lah. Tapi jangan terlalu mengagung sangat kebagusan beliau. Saya yakin dia pun tak suka jika anda semua puji lebih-lebih. Sampai dia pakai selipar getah pun orang puji. Apehal. 

2) Kita tahu rakyat Kelantan sayangkan beliau. Tapi sekarang beliau sudah menjadi YDP Agong. Jadikan rakyat Malaysia juga sayangkan beliau, bukan bikin orang lain menyampah kepada beliau akibat daripada sikap anda sendiri yang lebih-lebih memuji. 

3) Pujian lebih-lebih akan mendatangkan banyak keburukan jangka masa panjang. Cukup sekadar kita bersyukur ada YDP Agong yang baik. Kuasa beliau pun tak menyeluruh untuk mengawal segala benda. Ada had. Malah pemerintahannya hanya dalam tempoh lima tahun. 

4) Jika kita bersyukur dengan nikmat adanya YDP Agong yang baik seperti beliau, inshaAllah next agong juga akan baik. Mungkin akan jadi lebih baik. Bukanlah Allah sudah kata jika kamu bersyukur, akan Kami tambah lagi nikmat itu? 

5) Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau, menyebabkan rakyat negeri lain meyampah secara tidak sedar, malah mesti diingat, kumpulan ultra liberal pasti menangguk di air keruh. Mereka ini bukan suka sangat dengan imej Islamisasi. Buka minda. Jangan merepek bukan-bukan. 

6) Pakai selipar getah pun anda kecoh. Solat subuh berjamaah pun anda kecoh. Lepak dengan rakyat jelata pun anda kecoh. Ya, kita faham anda bangga. Tapi bersederhana. Beliau bukan maksum. Bukan dewa. Jangan pujian anda merosakkan beliau samada diri beliau ataupun persepsi terhadap beliau. 

7) Untuk tempoh lima tahun ini, biar seluruh rakyat Malaysia rasa bangga dengan YDP Agong. Bukan budak-budak Kelantan sahaja yang bangga. Methodnya, anda sendiri lah fikir. Beliau adalah Agong Malaysia. Biar semua lapisan masyarakat bangga, tanpa mengira latar belakang kenegerian, bangsa dan agama. 

Sekian ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Sebagian orang mungkin gila akan pujian sehingga yang diharap-harapkan adalah komentar baik dari orang lain. Padahal pujian seringkali menipu.

Begitu pula kita pun sering berperilaku memuji orang lain di hadapannya. Dari satu sisi kala menimbulkan sisi negatif, ini adalah suatu hal yang tidak baik.

  Ada yang berkata tak salah memaparkan perkara yang baik untuk menjadi contoh teladan... Saya jawab, bukan baru sehari dua ni sahaja baginda jadi Sultan Kelantan....Cerita mengenai Baginda Tuanku sudah lama diviralkan ketika Allahyarham TGNA masih hidup dulu...

 Lagi pula, bukan baru kali ini kita mendapat seorang YDP Agong... Dah banyak kali gilir berganti... Ramai yang dah ditabalkan sebagai YDP Agong....

 Maka kalaulah aku yang diantara yang pernah jadi Agong, tentulah aku akan terasa hati bila puji-pujian menggunung dilimpahkan kepada YDP Agong hok terbaru ini.... Kenapa sewaktu aku jadi Agong dulu tak dapat pujian macam ini?

Seperti apa yang Dr Tanaka sebutkan : "Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau ...." telah pun berlaku... pagi ini terima wasap mendakwa kononnya:

 Sultan Muhammad ke 5 YDP Agong Malaysia adalah keturunan Rasulullah saw generasi yang ke-35.

Disamping dakwaan tersebut, disebut pula bahawa : Kajian ini belum dibuktikan kesahihannya.....  alahai...??

 Abu Musa berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar seorang pria berlebih-lebihan dalam memuji seorang. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda,
 أهْلَكْتُم- أو قطعتم ظهرَ – الرجل 
”Kalian telah membinasakan atau mematahkan punggung orang itu.”(Shahih): [Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 54-Bab Maa Yukrohu Minat Tamaduh. Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 67]

  Kalau ingin memuji seseorang atas kebaikannya yang kita saksikan sendiri, pujilah dia ketika dia sudah wafat. Kalau masih hidup, jangan, soalnya kita tidak tahu bagaimana akhir hidupnya. Bisa jadi di akhir hidupnya dia banyak berbuat maksiat. Lebih-lebih, kalau seseorang dipuji ketika masih hidup, mungkin dia jadi takabbur (sombong), 'ujub sama dirinya, tidak ikhlas dalam beramal. Rasulullah bersabda, "Janganlah kalian merasa takjub dengan amal seseorang, hingga kalian melihat bagaimana hidupnya berakhir." [Shahih: Ash-Shahihah no. 1334]

Pada pandangan saya perkara yang patut diviralkan ialah jika ada apa-apa kebajikan atau bantuan terhadap orang lain. Umpamanya bantuan kepada rakyat Kelantan yang masih perit menanggung derita akibat banjir besar yang baru lalu...

 Sultan sebagai payung negara, pelindung rakyat.... Maka apalah salahnya kita didedahkan dengan perkhabaran mengenainya bukan sekadar rethorik pujian seperti yang lazim disebut-sebut 'berjiwa rakyat'!

Wan Mohd Aman : Masih ada rakyat Kelantan mangsa banjir yang tak dapat lagi rumah kekal dan masih tinggal di rumah transit.Takde orang bising pun.Manakala "sultan" Kelantan pergi solat subuh bawa kereta sendiri, semua orang bising macam hilang akal.
Comments
3 Comments

3 comments :

TIMNAJIB said...

Aku...kalau golongan2 bangsawan yang berkhidmat demi agama dan rakyat nya aku salute.

Seperti IMAM-IMAM besar kita...
Shafie,Ghazali,hanafi dan maliki.
Memperjuangkan Agama dan negara(rakyat) sanggup di penjara dan dibunuh oleh pemimpin dan raja yang zalim.

Anonymous said...

Memuji lebeh baik dr memuja..rakyat teruja sebenarnya..

Lelaki Dicermin said...

Sampai skg aku menjadi tanda tanya.. kenapa agong ni tidak suka dgn husam.. padahal..kalau di tanya pd rakyat malaysia semua boleh bg tahu sape husam tu.. di mana kah silapnya.. husam tak boleh menjawab.. sbb sikap org melayu lain dr puak2 dlm dunia ni..kau tegur atau sebut kesalahan sultan kau salah.. biar kau perlekeh agama islam takpe.. jgn kau perlekehkan sultan.. itulah bangsa yg dikatakan oleh hang tuah.. tak hilang melayu di dunia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...