GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, January 01, 2017

1,872 dipindahkan di Kelantan akibat banjir malam tadi

Menunggu bantuan untuk bergerak ke kawasan yang lebih selamat
di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, 31 Disember 2016.
- Foto Bernama
Sesi persekolahan 2017 di 25 buah sekolah di Terengganu yang sepatutnya bermula hari ini telah ditangguhkan berikutan banjir yang melanda negeri itu awal hari ini.

 Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu , Shafruddin Ali Hussin berkata ia membabitkan 2,430 sekolah rendah dan 962 sekolah menengah.

Bilangan mangsa banjir negeri ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 3,292 berbanding 2,031 pada pukul 6 petang.

 Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, pada pukul 10 malam, 10 pusat pemindahan baru telah dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 43 di enam daerah di negeri ini.

 Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Rusmi Mahmood berkata setakat ini, 993 keluarga telah terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri itu awal hari ini. Baca lagi di sini

  Sementara di Kelantan, dilaporkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 1,872 orang daripada 524 keluarga sehingga 9 malam tadi berbanding 1,067 mangsa daripada 258 keluarga yang direkodkan pada pukul 6 petang.

 Pengarah Pertahanan Awam Negeri (APM) Zainuddin Hussin berkata semua mangsa banjir ditempatkan di 17 pusat pemindahan di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.

 "Sehingga pukul 9 malam, terdapat 654 mangsa di 10 pusat pemindahan di Kuala Krai, 1,046 orang di lima pusat di Jeli dan 172 orang di dua pusat pemindahan di Tanah Merah," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. 

 Beliau menjangkakan jumlah itu mungkin meningkat lagi malam ini sedang proses memindahkan mangsa banjir di tiga kawasan masih berjalan. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

  Selain merakamkan simpati kepada mangsa banjir yang terlibat, kita juga patut salahkan Hj Hadi kerana gagal membentangkan RUU Hudud di parlimen... Nik Abduh kata, bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat hudud... bhahahaha!

KUALA LUMPUR – Bencara banjir besar yang melanda Kelantan petanda bahawa pelaksanaan undang-undang hudud perlu dilaksanakan di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bencana banjir besar itu mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada hukuman Allah dan menjauhi larangannya.

“Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat hudud.

“Hadapi banjir dengan taqwa dan keinsafan di akal. Ia pulangkan kita dengan kesuburan di hati sebagaimana di bumi juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media kelmarin melaporkan banjir yang lebih besar dikhuatiri melanda Kelantan ekoran hujan lebat yang berterusan sementara faktor cuaca yang tidak menentu.

Fenomena cuaca itu turut menyebabkan jumlah mangsa banjir di Pahang dan Terengganu meningkat semula apabila beberapa kawasan kembali dinaiki air.~ sumber 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kesiannn nik abodoh. Pagi pagi dah kena sekeh dgn bang husseyn. Tp tahniah aku sokong. Bkn salah ibu ngandong. Salah diri abduh yg begitu bodohhh. Sbb dlm kepala abodoh tiada lain dio ingat kecuali hudud hudud hudhud. Kikikiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...