GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, January 22, 2017

Dr M dedahkan perjanjian sulit yang sebenarnya


   Beriya benar Umno cuba menghasut orang Melayu untuk benci DAP dengan tuduhan kononnya Lim Kit Siang DAP meminta untuk jadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memenangi pilihan raya umum akan datang.

  Kononnya wujud pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.

 Kononnya, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 Cubaan Umno dan media pro Umno itu kantoi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blognya mendedahkan bahawa MCA yang telah meminta jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 2009. Bukan DAP!

 Dr Mahathir kata Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan timbalan perdana menteri kedua untuk presiden parti itu, sebagai tambahan kepada jawatan timbalan pengerusi Barisan Nasional.

 Seorang anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian telah mengakui bahawa ia adalah benar selepas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan permintaan itu dalam blognya semalam.

 Malah beliau mempertahankan permintaan partinya untuk jawatan timbalan perdana menteri, berkata ia bukan satu "kesalahan" untuk menyampaikan hasrat masyarakat Cina untuk "memperkasakan".

 Beliau menjelaskan bahawa parti itu mewakili pengundi Cina telah membuat permintaan itu, melihat jawatan itu sebagai "kuasa" untuk menyelesaikan masalah-masalah bukan-Melayu, masyarakat bukan-Islam.

  Kah! Kah! Kah! Kalau MCA tak mengapa... asalkan jangan DAP sebab DAP tu kominis. China dari China Kominis Ok.... Kah! Kah! Kah!
Comments
4 Comments

4 comments :

Ir Anonymous said...

Bangang yg pertama: bilamasa pulak tun m jadi pm masa tahun 2009 yg menyebabkan mca mintak jawatan tpm drpd tun m.

Bangang yg kedua: pas tidak pernah ada perjanjian dgn mca sebagaimana pas pernah ada dgn dap. Jadi munasabahlah pas hanya serang dap yg telah memgkhianati perjanjian pas dan dap terutama melalui surat tghh/lge tu..

Salwah Abdat said...

Hei bonggok baca 11X baru komen,
Extremely stupid.......!!

Anonymous said...

Ir Anonymous, simpan sahajalah bangang kamu itu sebabnya amat jelas bahawa kamu telah ketinggalan keretapi, tidak sedar apa yang telah berlaku ketika itu tetapi cuba berhajat beri komen...sikit tak ubah macam standard Ahmad Maslan.

Anonymous said...

Ha..ha..ha..betul tu..aku ingat mata dia juling kot..atau buta huruf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...