SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Friday, January 27, 2017

Kerajaan Kelantan Mengaku Seleweng Dana Yayasan Tok Kenali beli tanah

 Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Hj Wan Roslan Wan Hamat melalui laman fesbuk di sini telah mengakui menggunakan dana Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) untuk membeli lot tanah milik individu tertentu.

 Tanah yang dibeli itu bagi tujuan menyelamatkan tanah Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina diatas tanah milik individu, katanya.

 Beliau menafikan Tugu Banjir yang dibina oleh Badan Bukan Kerajaan di Kuala Krai itu termasuk didalam tanah yang dibeli oleh Yayasan Tok Kenali seperti yang didakwa oleh Husam.

Beliau menganggap kenyataan Husam mengenai isu tersebut adalah tidak betul dan sangat tidak bertangungjawab.

YB Dato' Haji Husam Musa sebelum ini telah mendedahkan di sini mengenai pembaziran penggunaan wang Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) berjumlah RM300ribu dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai tahun lalu.

Husam mempersoalkan mengapa wang dari YATK digunakan sedangkan arwah Tok guru dengan jelas mahu penubuhan yayasan ini ditumpukan sepenuhnya untuk pendidikan dan pembinaan insan.

 "Ini penyelewangan besar yang harus tidak dimaafkan oleh rakyat Kelantan," katanya.

 Semua pihak maklum katanya, ialah bantuan kepada mangsa banjir 2014 yang sehingga kini tidak selesai.

"RM300 ribu bukan nilai yang kecil, kalau kita bina rumah mangsa banjir hampir sepuluh buah rumah boleh disiapkan," katanya.

 Ekoran reaksi Hj Wan Roslan terhadap pendedahan Husam tersebut, Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad menyatakan rasa gembiranya diatas pengakuan Hj Wan Roslan menggunakan dana Yayasan Amanah Tok Kenali untuk membeli lot tanah tersebut.

 Banyak perkara-perkara lain berkaitan pembelian tanah tersebut telah didedahkan oleh Che Ibrahim Mohamad melalui tulisannya di laman fesbuknya :
 Alhamdulillah, Kerajaan Kelantan telah mengaku Yayasan Amanah Tok Kenali telah menggunakan dananya untuk membeli dua lot tanah milik seorang cina kononnya bagi menyelamatkan Masjid Jauhar yg dibina di atas tanah tersebut.

Sepanjang pengetahuan ambo, Pas Kawasan Kuala Krai telah membina bangunan dua tingkat di atas tanah tersebut, tingkat bawah digunakan sebagai surau yg dinamakan Masjid Jauhar, manakala tingkat atas merupakan pusat aktiviti Pas/Majlis Tindakan Dun Guchil.

 Selepas itu Majlis Daerah Kuala Krai pula membina 5 unit kedai untuk disewa di atas tanah yg sama dan mengutip sewa drp penyewa2nya.

 Selepas berpuluh puluh (semenjak 1991) mendirikan bangunan di atas tanah tersebut, barulah disedari rupa2nya tanah tersebut adalah milik persendirian dan ada status hak milik yg sah.

 Bagi mengatasi isu ini, YATK telah di arah oleh TMB Kelantan supaya membeli tanah tersebut. Ambo difahamkan YATK merancang untuk membina bazar bazar jualan di atas tanah tersebut.

 Isu utama sekarang ialah;

 1. Mengapa Pas Kawasan Kuala Krai dan Majlis Daerah Kuala Krai membina bangunan kekal atas tanah persendirian tanpa menyelidik status hak milik tanah tersebut, sedangkan ternyata tanah itu dimiliki secara sah oleh seorang cina yang menetap di Kuala Lumpur.

2. Apa rasionalnya dana YATK telah digunakan untuk membeli tanah tersebut di mana perbelanjaannya jelas bercanggah dengan objektif penubuhan YATK, mengapa tidak menggunakan dana MDKK yg telah mendirikan dan mengutip sewa kedai kedai atas tanah tersebut atau mengarahkan MAIK membuat pengambilan semula tanah tersebut untuk diwakafkan sebagai tapak masjid?

3. Selepas tanah tersebut dibeli oleh YATK, bagaimana dengan status Pej MTD Guchil, dewan sebelah atas surau/masjid jauhar yg menjadi pusat kegiatan Pas serta kedai kedai yg telah dibina oleh MDKK, adakah ianya akan diserah kpd YATK atau mengekalkan status quo sebagaimana yang asal?

 Adapun isu Tugu Banjir insya Allah ambo akan ulas selepas Lot 2330 disahkan status terkininya.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...