GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, January 08, 2017

Pas dulu kafirkan Umno, kini Amanah pula ...

 Haji Hadi akui ada perbezaan pandangan dengan al-Qaradhawi.

 Pada mulanya dulu mereka ini sama pandangan dalam isu taqrib sunni-syiah. Hanyasanya al-Qaradhawi telah mengubah pandangannya dan menegaskan bahwa tidak ada gunanya melakukan taqrib Sunni-Syiah kecuali kembali kepada sunnah.

 Menurut al-Qaradhawi, tidak ada gunanya mendekatkan antara mazhab-mazhab Islam dan Syiah. Perbezaan keduanya bukan terjadi di cabang namun di usul agama.

 Lebih jauh al-Qardhawi dalam fatwanya itu, mengungkapkan perbedaan mendasar dalam hal pokok antara Sunni dan Syiah yang tak bisa disatukan.

 “Contoh perbedaan di dalam masalah akidah, yaitu khususnya di dalam masalah imamah. Karena mereka (orang-orang Syi’ah) berkeyakinan bahwa imamah adalah pokok akidah mereka dan termasuk ke dalam rukun akidah mereka. Sedangkan kita (Ahlu Sunnah) menganggapnya hanya sebagai furu’ (cabang) saja dan bukan ushul; atau termasuk amaliyah dan bukan sebagai akidah.

 Akan tetapi imamah di dalam ajaran Syi’ah merupakan pokok ajaran mereka. Karena pokok ajaran mereka bersandar kepada: Al-Washiyah (wasiat politik kepada Ali), Al-Imamah (kepemimpinan Ali dan keturunannya), Al-Ghaibah (masa menghilangnya imam ke-12) dan Ar-Roj’ah (kembalinya Al-Mahdi ke dunia sebelum kiamat untuk menumpas musuh-musuh imam Ahlul Bait).

  Ajaran Syi’ah menyebutkan masalah imamah dengan sangat tegas. Mereka mengatakan barangsiapa yang tidak beriman kepada imamah ini, maka tidak dianggap sebagai orang yang beriman. Mereka juga mengatakan bahwa imamah ini berasal dari Rasulullah SAW, yang dimulai dari Ali RA kemudian dikuti oleh sebelas imam setelah Ali RA.

  Di dalam kitab Ushul Al-Kafi dari Abi Ja’far (Al-Baqir) bahwasanya dia telah berkata, “Islam itu dibangun di atas 5 dasar: Shalat, zakat, puasa, haji dan wilayah (kekuasaan).

 Tidak ada rukun yang lebih ditekankan kecuali rukun al-wilayah ini. Akan tetapi manusia hanya mengambil empat perkara dan mereka meninggalkan rukun ini, yaitu al-wilayah.” (Ushul Al-Kafi, jilid 2 hal. 18).

  Berikut saya sertakan komentar menarik dari dua orang sahabat di fesbuk :
 Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi : Al-Qaradhawi ada berbeza pandangan dgn Ibnu Taimiyyah, antaranya dalam isu muzik. Abdul Hadi ada berbeza pandangan dengan al-Qaradhawi dlm isu taqrib sunni - syiah. 
 Kalau begitu, apa salahnya kalau aku dan kami berbeza pandangan dgn Abdul Hadi dalam pendekatan politik di Malaysia. Bukankah aku dan kami berbuat perkara yg sama iaitu berbeza pandangan?

 Oooo... kamu mana setanding dgn Abdul Hadi utk berbeza pandangan dengannya. Kalau begitu, adakah Abdul Hadi juga setanding dgn al-Qaradhawi?
  Begitulah juga dengan PAS dan Umno, mereka ada berbeza pandangan atau pendapat. Perbezaan PENDAPAT sahaja. Bukan masalah asas aqidah dan agama hingga kafir mengkafir ....
Dr. A. Zachary S : Dalam perkara politik dan pemerintahan, ia tergolong dalam kemaslahatan umat Islam. Justeru ia perlu diselesaikan berdasarkan pendapat dan tentunya ia tergolong dalam perkara khilafiah.

 Buktinya tahun 80-an dulu, PAS mengkafirkan Umno, menganggap Umno perjuangkan sistem taghut dan hanya PAS sahaja yg perjuang Islam.

Hingga satu ketika,
PAS = ISLAM,  ISLAM= PAS
UMNO = TAGHUT,  TAGHUT= UMNO

 Tetapi hari ini, PAS boleh menerima Umno, bermakna PAS akur bahawa perbezaan mereka dengan Umno adalah di atas PERBEZAAN PENDAPAT sahaja. Bukan masalah asas aqidah dan agama.

 Jika perbezaan antara PAS dengan Umno di atas dasar aqidah, tentu pemimpin PAS terus konsisten mengkafirkan Umno.

 Namun takfiri kini beralih dari mensasarkan Umno, kepada Amanah pula.

 Jadi ini jelas bahawa PAS adalah sebuah parti yg dipimpin oleh pemimpin. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Sheikh Qardawi dah ubah pandangan dia berkaitan taqrib sunni-syiah.
Hj hadi dah ubah pandangan dia berkaitan Amanat hj hadi.
Ulama boleh berubah pandangan berdasarkan keadaan semasa tp ulama jgn jd jumud dan fanatik

Anonymous said...

Ini bermaksud AmAnah tu sama dgn Umno-BN bg Pas... Sbb saling tolong menolong utk hancurkan Pas.

Anonymous said...

Dgn hj hadi sbg presiden pas, tiada perlu pertolongan sesiapa utk hancurkan Pas. hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...