JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, January 17, 2017

Pas parti yang sangat bercelaru


Pas mengaku mengamalkan politik matang dan sejahtera tetapi sebenarnya ia adalah sebuah parti yang bercelaru.

Pas mengaku sebagai rakan pembangkang, tapi tidak pernah sehaluan bersama pembangkang dalam tindakannya.

 Dengan Umno pun mahu bersama, tapi Mursyidul 'Amnya kata, tidak mahu bersama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular....

Kalau ini bukan celaru namanya apa dia?

 Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man suruh Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan masalah kerusi dengan Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Menurut TITM, AMANAH akan ‘membuat kacau’ dalam proses pemilihan dan pembahagian kerusi dan bukannya PAS.

  Apasal TITM sibuk-sibuk nak nasihat orang lain? Ini tentu kerana marah dan dengki sebab Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memilih untuk bersama Pakatan Harapan dan tidak bersama Pas.

  Kalau PPBM memilih untuk bersama Pas, apakah Pas tidak akan berebut kerusi dengan PPBM? Apakah Pas akan beri laluan kepada PPBM?

  Kelebihan PH ialah permuafakatannya. PPBM dan AMANAH bertanding di kerusi majoriti Melayu pastinya akan ada masalah. Namun masalah tersebut pastinya akan dapat diselesaikan perundingan yang ada tolak ansur di semua pihak yang terbabit. Kelebihan dipihak AMANAH ialah kesetiaaannya berpegang kepada janji.

 Berbanding dengan Pas, melalui pengalaman sewaktu dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas yang sering mengkhianati janji bersama.

Nak tergelak pula bila TITM mengaku partinya sebagai rakan pembangkang dan minta  dihormati sebagai rakan pembangkang!

TITM melalut apa ni? Dia lupakah yang partinya asyik-asyik mengambil sikap berkecuali dan tidak mahu bersama dengan pembangkang dalam banyak isu.

Pas mengambil sikap berkecuali da­lam usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rah­man seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu 8 Mac lalu.

Dalam Bajet 2017, sebelas Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian di Dewan Rakyat.

Pada sidang DUN Perak, PAS tidak mengundi bagi memilih speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru.

 Kemudiannya pula setelah 5 hari berdebat, tapi ketika proses undi bajet negeri untuk 2017, 3 orang ADUN PAS iaitu ADUN Gunung Semanggol, Titi Serong & Selinsing tidak mengundi.

PAS berkecuali terhadap Deklarasi Rakyat ditaja oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pas bukan sahaja berkecuali dengan kebangkitan arus perdana rakyat yang menuntut pilihan raya bersih melalui himpunan BERSIH 5, malah mencerca dan menghina kebangkitan rakyat yang mahukan pembaharuan.

Tingkahlaku parti PAS yang memilih untuk berkecuali dalam beberapa hal diatas itu memberi mesej yang cukup jelas bahawa mereka tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PAS telah memilih suatu pendirian berkecuali yang pada hakikatnya lebih cenderung terhadap UMNO dan dilihat membantu Umno / BN.

Dan paling bercelaru lagi bila Mursyidul 'Am Pas, Hashim Jasin menegaskan, mereka tidak akan sekali-kali bersama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular.

Katanya lagi, Pas tidak akan bersama-sama dengan mana-mana parti kecuali parti itu sedia menerima Pas sebagai pemimpin!!

Pas mahu orang lain ikut kata dia? Kah! Kah! kah! .... dengan parti yang kleptokrasi tak mengapa ??
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

betul la kata ostaz pas sendiri yg pas kini telah hilang pegangan untuk satu dari 3 tonggak utama ugama iaitu "akhlak" (yg 2 lagi ialah akidah dan syariat).

wahai tuan guru, ana bersetuju jika pas mempertahankan kerusi yg sediaada hingga ketitisan peluh tetakhir dari diambil oleh pkr atau amanah atau dap atau bersatu sekiranya pas masih dlm gabungan pakatan. jika itu berlaku (kerusi pas diambil tanpa rundingan) barulah boleh dikatakan pas dikhianati.

tapi tuan guru, pas kini telah membuat keputusan untuk tidak bergabung dgn ph. jadi apa kejadahnya hak pas untuk menghalang orang lain dari bertanding dikerusi pas sebelum ini. kerusi itu bukan milik ibu dan ayah pas.

lagi pun sejarah telah menunjukkan bahawa pertentangan boleh di buat bila mana perjanjian dimungkari.

wahai tuan guru..kembalilah kepada akhlak islam yg sebenar dalam isu kerusi ini. daripada bertanding tapi bukan untuk menang spt kata pemimpin pas sendiri, rasanya elok diberi kepada orang lain yg berjuang untuk menghapuskan kezaliman.

Anonymous said...

Pelbagai alasan drpd pandap yg kian tidak tentu arah

Anonymous said...

Tak tahulah apa nk jadi dgn pas...dulu2 TITM amat dihormati dipentas ceramah tv forum perdana tp sekarang aku melihat dia seperti org gila di tepi jalan saja..hadi lagilah teruk..dah mcm org gila mandi telanjang bogel dalam lombong tepi jalan sesak di siang hari.

Anonymous said...

Hoi walaun gila. Bagi ler hujah sikit. Takkan pakai ayat satu baris jer. Hadi awe dan titm. Kedua nye vodoh n vangang n varua umno najib. Kikiki

Adrian Winson said...

100% Pinjaman untuk tawaran anda!

Kadar faedah yang rendah
Kadar serendah 3%! Kadar faedah 0% untuk 6 bulan pertama

TIDAK DITERIMA / TIDAK COLLATERAL
Tidak perlu memanfaatkan sebarang aset untuk memperoleh modal

NO RESTRICTIONS
Dana boleh digunakan sama seperti wang tunai.

PEMBIAYAAN SEBAGAI HINGGA 15 HARI
Proses kelulusan cepat

Kami tidak mengenakan bayaran untuk mengemukakan permohonan, kami dibayar semata-mata berdasarkan keputusan.

PENGELUARAN INCOME NO
Pendapatan yang dinyatakan sahaja

Hubungi kami hari ini melalui e-mel. Springleaf_finance@outlook.com


  Adrian Winson

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...