JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, January 01, 2017

Pengkhianatan Pas terhadap PKR


  PKR berkali-kali dikhianati PAS dalam isu agihan kerusi beberapa pilihan raya sebelum ini.

 Rundingan kerusi pada 1999, 2004, 2008, (dan) 2013 adalah cerita pengkhianatan Pas. Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh telah dipersetujui secara hitam putih di atas kertas di peruntukan kepada PKR, tapi dikhianati.

 Pun begitu, masih ada yang tidak serik dikalangan PKR kerana  masih ada kalangan yang mahu mengadakan rundingan dengan PAS bagi menjamin pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 ...???

  Walaupun begitu, Parti Amanah Negara mengucapkan syabas dan terima kasih diatas sikap setia kawan dan sokongan Wan Fauzuldin selaku Ketua Penerangan Keadilan Pahang yang telah menukilkan seperti berikut di akaun fesbuknya :
Wfauzdin Ns :  Amanah jgn khuatir. Wlaupun kamu parti baru, masih ramai dlm Keadilan yg sanggup pertahankan kamu sepertimana Keadilan mula2 wujud dulu dipertahankan oleh Pas dizaman Arwah Us Fadzil dan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

 Aku di antara yg akan pertahankan Amanah kerana jasa2 pimpinan Amanah skrg yg sanggup susah senang bsama DS Anwar Ibrahim tidak dpt kami lupakan.

 Kalau kita sayang pada Anwar, kita kena berbaik dan bantu orang yg berjasa pada Anwar. Kalau kita berbaik dgn orang yg tak pernah tunjuk simpati pada Anwar, kita patut malu mengaku menjadi warisan perjuangan Anwar dan malu memegang jawatan yg diperolehi hasil dari perjuangan reformasi.
 Apa yang dinyatakan oleh  Ketua Penerangan Keadilan Pahang itu merupakan pengakuan yang ikhlas dan berani bahawa memang adanya sebilangan kecil dlm Keadilan yg menggugat kewujudan Amanah bersama Pakatan Harapan.

 Pimpinan Pas yang dulunya sanggup bersusah payah membantu DS Anwar Ibrahim hingga mereka digelar 'Anwarinas' kini telah berhijrah menubuhkan Parti Amanah Negara.

  "Kalau kita sayang pada Anwar, kita kena berbaik dan bantu orang yg berjasa pada Anwar..." Ungkapan Wan Fauzuldin ini memang tepat sekali. Mengkhianati mereka yang pernah berjasa adalah umpama melepaskan anjing tersepit!

 PKR tidak patut melupakan pengorbanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim sehinggakan mereka berdua dicemuh dengan gelaran 'Broker' dan 'Barua' oleh Hj Hadi!

 Dan mereka berdua ini yang telah menyelamatkan kerajaan PR jatuh ke tangan Pas / Umno, kini bersama Amanah.

Ya, memang kita patut malu berbaik dgn orang yg tidak pernah tunjuk simpati pada Anwar. Pernahkah Hj Hadi atau mana-mana pemimpin Pas yang bersolidariti bersama Anwar ketika Anwar dihadapkan ke mahkamah?

  Sedangkan Tun Mahathir sendiri mampu melakukannya, kenapa tidak seorang ulama seperti Hj Hadi yang terus bersikap dendam dan benci terhadap Anwar?

 Malah sikap permusuhan Hj Hadi terhadap PKR jelas terserlah bila Hj Hadi menghina presiden PKR, Dr Wan Azizah tidak layak jadi Menteri Besar kerana beliau seorang wanita!

 Hairan.... kini ada pula dikalangan PKR yang mahu jadi barua dan broker kepada Pas pula....
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

ya betul.hj hadi bole mamposs da..marakbar ya hadi!! marakbar ente..hahahagaaaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...