SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Tuesday, January 24, 2017

Seleweng projek ikan RM47.6 juta, 5 pegawai Felda ditahan

SPRM berkata 4 yang ditahan itu ialah bekas pengarah besar Felda bergelar Datuk, bekas timbalan pengarah Felda (Sumber Strategik), ketua hartanah Felda di London, pegawai Projek Sturgeon dan penolong pegawai tadbir.
PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 4 pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar “Datuk” kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta sejak 2014.

 Empat individu itu ialah bekas pengarah besar Felda bergelar Datuk berusia 57 tahun, bekas timbalan pengarah Felda (Sumber Strategik), ketua hartanah Felda di London, pegawai Projek Sturgeon dan penolong pegawai tadbir Felda.

Semua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi dan 1.30 petang hari ini menerusi Op Caviar.

Sumber berkata difahamkan pada Januari 2013, satu mesyuarat diadakan berhubung projek itu, tetapi Lembaga Pengarah meminta salah seorang suspek menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan.

Bagaimanapun, katanya suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014 dan menandatangani perjanjian dengan syarikat penternakan ikan sturgeon di Korea bernilai RM146.24 juta.

“Siasatan awal SPRM mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Pahang, dan pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea itu seminggu selepas FCSB ditubuhkan,” katanya.

Sumber berkata disebabkan unit kewangan juga di bawah pengurusannya, suspek sehingga kini meluluskan kira-kira RM47.6 juta daripada dana Felda bagi membuat pembayaran kepada syarikat Korea itu melalui FCSB tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menandatangani perjanjian berkenaan.

“Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek ikan sturgeon yang ditandatangani itu meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (TTSA) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).

“Perjanjian itu dipercayai ditandatangani suspek bergelar Datuk dan pengarah FCSB,” katanya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata pihaknya juga merampas dokumen berhubung projek itu bagi membantu siasatan lanjut.

Semua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Ikan bilis akan dikambing hitamkan oleh kepimpinan najib yang membawa masuk tok isa kedalam felda inilah kesudahannya yang jadi mangsa peneroka lihatlah nanti apa kesudahan isue felda .

Anonymous said...

Ni SPRM korang siasat MAD ISA SAMAD tu.dengaq citer Anak dia tibai duit Peneroka Felda dengar jual balik Baja.apa hangpa Tak Nampok ka

Anonymous said...

Bila musang diletak utk jaga reban ayam...
Siapa yg pilih isa samad? Najib
Siapa yg pilih najib? Pengundi felda juga.
Rasakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...