SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Friday, January 13, 2017

Tiada unsur RASUAH dan tiada tindakan lanjut

 
  Jawapan SPRM terhadap kes melibatkan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang didapati memiliki ratusan juta wang tunai di pejabatnya kepada ahli politik..
 Tiada unsur RASUAH dan tiada tindakan lanjut.

  Sebelum ini Bernama melaporkan pada 7 Oktober 2015 :
 Barang kemas yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah bernilai RM3.64 juta.

Menurut sumber rapat dengan pasukan pegawai penyiasat dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah, SPRM telah mendapatkan khidmat seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat.

 "Berat barang kemas bagi suspek berjawatan pengarah adalah 14.5kg yang bernilai RM2.74 juta manakala nilai barang kemas seberat 4.8kg bagi suspek berjawatan timbalan pengarah dianggarkan dalam RM900,000," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

 Menurut sumber itu lagi, proses menilai barang kemas itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi ini dan selesai kira-kira 12.15 tengah hari.

 Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

 Sehingga kini, nilai rampasan melebihi RM114.5 juta diperoleh daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

 Dalam sidang media pada Rabu lepas (5 Okt), Azam mendedahkan rampasan wang tunai dan sejumlah barang kemas serta sembilan kereta mewah.

 Pengarah dan timbalan pengarah itu ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Okt ini bagi membantu siasatan.

  Pengarah dan timbalan pengarah Air Sabah ditahan reman bersama dua lagi individu awam sehingga 11 Okt ini bagi membantu dakwaan rasuah membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.
Nak tahu siapa malaunnya , sila baca lagi di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Hai kan sabah fixed deposit BN. Mana boleh ganggu

Anonymous said...

Malaysia negara kartun...

tgrahmat said...

Aku cukup pelik dgn sprm ni.tangkap tp x dak kes.setahu aku bila bpr dulu buka IP dah Ada 50 % bukti,ini dah bertan dult,berkilo mas mazih x dak kes. Ni mesti duit Arab p letak bwh kAtil. Tp okt tak tau

tgrahmat said...

Aku cukup pelik dgn sprm ni.tangkap tp x dak kes.setahu aku bila bpr dulu buka IP dah Ada 50 % bukti,ini dah bertan dult,berkilo mas mazih x dak kes. Ni mesti duit Arab p letak bwh kAtil. Tp okt tak tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...